Malam itu, mereka duduk berkumpul. Turut disertai ibu dan ayah Athif. Mereka berbincang untuk pertunangan Areen dan Athif. Perbincangan itu adalah tanpa pengetahuan Areen. Hanya rancangan keluarga. Sebaik sahaja Areen balik ke Malaysia, dia akan ditunangkan dengan Athif.
"Pakcik dengan makcik setuju kalau Athif setuju" kata pakcik Rian mewakili dia dan isterinya, makcik Asnah. Athif tersenyum.
"Athif setuju, yah"
"Amboi, nak kahwin laju je" sakat Yusuf. Mereka yang lain tergelak. Athif sudah menahan malu.
Muka Asyraf yang tadi sakan gelak ketawa menjadi serius serta merta.
"Okay pakcik. 5 April Areen balik sini. Jadi dia akan ditunangkan dengan Athif 9 April" kata Asyraf untuk memastikan semula tarikh mereka. Pakcik Rian mengangguk.
Husna bangun dari duduk dan berjalan menuju katil. Dia bersandar dikepala katil. Wajah Asyraf dipandang. Suaminya disebelah ralit membaca buku. Memang kebiasaannya sebelum tidur, Asyraf akan mengambil 10 hingga 20 minit untuk membaca.
"Abang" lembut suara Husna memanggil. Asyraf masih leka dengan bukunya. Husna geram tiada sahutan dari lelaki itu. Dia menarik perlahan buku ditangan Asyraf dan meletakkan buku itu di meja kecil sebelahnya.
Asyraf tersentak. Dia memandang lama wajah Husna.
"Apa dia sayang?" Soal Asyraf seraya memegang tangan kecil Husna. Husna tersenyum.
"Betul ke apa kita buat ni?" Soal Husna risau.
"In Sha Allah Areen setuju" balas Asyraf menenangkan isterinya.
Dia tahu apa yang dia buat. Lagipun, ini je cara untuk tunaikan permintaan arwah Haziq untuk jaga Areen.
"Tapi.. kan Areen cakap dia anggap Athif tu abang je" Husna berkata lagi.
"Sayang. Cinta tu boleh dipupuk selepas kahwin. Tak semestinya kena cinta sebelum kahwin" kata Asyraf dengan nada perlahan seraya menghadiahkan senyuman. Husna membalas senyuman itu lalu mengangguk.
Husna dan Asyraf serentak mematikan lampu kecil yang berada disisi mereka. Hanya beberapa lampu kecil yang melekat di dinding masih terbuka.
••••••••••••••••••••
Mereka berjalan memasuki kedai Habib. Pekerja disitu menyambut mereka dengan sebuah senyuman yang manis. Mereka juga turut menghadiahkan senyuman buat pekerja tersebut.
"Nak cari cincin apa?" Soal seorang pekerja perempuan yang bertudung. Mereka sudah melabuhkan punggung di kerusi yang sedia ada.
"Cincin tunang" jawab makcik Asnah.
Mereka bertiga meniti satu per satu bentuk cincin yang berada didalam tempat kaca dihadapan.
"Tengok dulu ye. Kalau ada yang berkenan bagitau" kata pekerja itu sambil tersenyum. Mereka mengangguk.
Athif tersenyum saat melihat sebentuk cincin yang menarik perhatiannya. Dia meminta pekerja tadi untuk melihat cincin itu dengan lebih dekat.
"Ibu, ayah.. cantik tak cincin ni?" Soal Athif sambil menunjukkan sebentuk cincin kepada mereka.
"MasyaAllah, cantiknya.. ibu tak sabar nak tengok Areen pakai. Cantik sangat." Kata makcik Asnah gembira.
"Mana yang ibu kamu suka, ayah pun suka" balas pakcik Rian pula. Athif dan makcik Asnah tersenyum. Perempuan lingkungan 50-an itu menepuk perlahan lengan suaminya.
Athif memandang semula pekerja tadi. Dia menghulurkan cincin itu.
"Okay. Saya ambil yang ini" kata Athif.
"Untung tunang encik. Pandai pilih cincin. Mesti lawa orangnya" kata pekerja itu sambil tersenyum lalu masuk kesebuah bilik meninggalkan mereka. Athif tersenyum.
Harap lah Areen suka cincin tu. Tak sabar nak tengok dia pakai.
"Ini cincin nya. Total RM 2000" pekerja itu menghulurkan sebuah paper bag kecil yang mengandungi cincin yang dipilih oleh Athif. Athif mengambil paper bag itu.
Dia mengeluarkan dompetnya, kad bank dikeluarkan lalu dihulur kepada pekerja tersebut.
"Pin or wave?" Soal pekerja itu.
"Wave" seraya itu kad tersebut diletakkan pada mesin kecil. Bunyi "Titt" kedengaran. Menandakan duit sudah diterima. Pekerja itu memulangkan semula kad bank Athif.
Athif dan ibu bapanya mengucapkan terima kasih lalu mengatur langkah keluar dari kedai.
YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
Ficción GeneralHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...