Haziq melihat jam ditangan. Menunjukkan pukul 8:15 p.m.
"Athif! Lama lagi ke?" Jerit Haziq supaya Athif yang berada ditingkat atas mendengarnya. Athif tidak membalas.
Beberapa minit kemudian dia turun dan berjalan kearah pintu.
"Dah jom" kata Athif sambil memulas tombol pintu. Haziq bangun dan berjalan keluar rumah.
Kereta Haziq laju meninggalkan kawasan perumahan.
"Asal lambat sangat kau siap ni? Ko percayalah cakap aku nanti budak tu bising" Haziq memandang Athif lama. Nak marah, tapi kena sabar. Selalunya dia lah orang paling awal siap, tapi harini ajak main badminton, terus siap lambat. Mengalahkan orang ada bini.
"Sorry lah. Rambut aku ni tiba-tiba buat hal" balas Athif seraya tertawa kecil.
Sesampainya di perkarangan rumah Areen, Athif dan Haziq melihat Areen sudah berdiri dihadapan pintu rumah sambil bercekak pinggang. Areen berjalan menghampiri keretanya.
"Asal garang naw muka dia?" Soal Athif seolah tidak percaya. Seperti singa yang sedang berjalan kearah kereta Haziq. Haziq mengusap perlahan belakang tengkuknya.
Matilah aku. Nak jawab apa dengan Areen ni? Haish nak tak nak tadah je lah telinga.
Pintu disebelah pemandu dibuka dari luar. Athif tersenyum sebaik sahaja melihat wajah garang gadis itu.
"Hai Areen" sapa Athif. Haziq disebelah turut tersenyum.
Areen tidak membalas. Dia menutup semula pintu itu, kemudian dibuka pula pintu dibahagian belakang dan masuk kedalam kereta. Masih tiada senyuman di wajah gadis itu. Haziq memusingkan sedikit badannya dan memandang wajah Areen yang mula muram. Dia tersenyum.
"Areen abang minta maaf ye lambat" kata Haziq serba salah.
"Areen.. abang pon minta maaf, abang yang lambat sebenarnya" kata Athif pula serba salah.
Areen memandang Haziq, kemudian beralih ke Athif. Dia mengukirkan senyuman.
"Masa abang and abang Athif nampak Areen dekat depan pintu tu, sebenarnya tak sampai seminit pon Areen kat situ. Areen baru siap" Kata Areen sambil tergelak perlahan.
Athif dan Haziq tercengang. Mereka memandang antara satu sama lain. Ya Allah, kitaorang kena prank ke ni? Bertuah punya budak.
"So Areen tak marah kitaorang lah ni?" Soal Athif. Areen mengangguk seraya tersenyum.
Kereta Haziq laju meninggalkan perkarangan rumah itu. Kereta yang dipandu menuju ke dewan MMA, dewan dimana tempat untuk bermain badminton.
Areen selalu bermain badminton dengan Yusuf, Husna dan Asyraf. Tetapi sejak kebelakangan ini mereka sibuk dengan kerja. Baru hari ni dia berkesempatan untuk bersukan, itupun Haziq yang ajak. Kalau tak memang dia tak akan main. Lagi pula susah juga nak ajak si Haziq tu main badminton, sibuk memanjang. Maklumlah polis kan.
Athif pula seronok lah dapat main badminton, 'Favourite sport' lah katakan. Kalau tak dengan Haziq, ada rakan seunit yang lain dia main sama-sama.
Mereka tidak main terlalu lama, hanya beberapa jam sahaja. Dari pukul 8 sampai pukul 10.
Areen ni jenis tak pro sangat main badminton, tapi boleh lah kalahkan Haziq dengan mata 21-17. Dekat sekolah pun jarang nak libatkan diri dalam aktiviti sukan, tunggu kena paksa baru nak sertai sekali.
Athif dan Haziq jalan beriringan masuk ke dalam dewan turut dibuntuti Areen dibelakang. Bila mereka masuk, ramai lah juga orang dalam tu, tapi masih ada gelanggang untuk mereka bertiga main.
Mereka jalan kearah gelanggang yang paling hujung, dekat situ je kosong. Sambil berjalan, mata Areen melilau melihat orang-orang yang sedang bermain. Ada yang tepat memukul bulu tangkis, ada yang gaya lebih, tapi tak kena langsung bulu tangkis. Ada juga yang mengelak kerana takut bulu tangkis, adakala dia tergelak sorang-sorang.
YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...