TDDH~18

41 4 0
                                    

Selepas 6 tahun,

Dia bersandar di dinding kereta. Menanti kehadiran si dia. Melihat jam ditangan. Sepatutnya sudah keluar sekarang.

Dia tersenyum manis melihat susuk tubuh si dia dengan senyuman yang terhias dibibir. Dia menanggalkan kaca mata hitam dan meletakkan keatas kepala.

Kini si dia sudah berada dihadapannya dengan senyuman yang tidak lekang.

"Hey! Long time no see!" Kata gadis itu gembira. Lelaki itu tersenyum.

"Do you miss me?" Soal dia kepada si gadis dihadapannya. Tangan sudah disilangkan ke dada. Gadis itu memegang dagunya, gaya seperti orang berfikir.

"Ermm, a bit lah" balasnya seraya ketawa kecil. Dia terus masuk kedalam kereta disebelah pemandu.

Lelaki itu tergelak kecil. Dia menarik beg bagasi milik gadis itu dan diletakkan ke kerusi bahagian belakang.

Finally, you are back, Areen.

Dia tersenyum gembira saat kereta yang dinaikinya sudah sampai dirumah ahli keluarga dia.

"Ya Allah. I miss you, house!" Jerit Areen didalam kereta. Athif menggeleng perlahan kepalanya.

Haish budak ni, tak pernah nak berubah. Perangai macam budak-budak.

Areen keluar dari kereta. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Assalammualaikum" dia memberi salam.

"Akak! Abang!" Dia gembira apabila melihat ahli keluarganya. Pantas dia mendapatkan Alisa. Mereka berpelukan.

"Areen sihat?" Soal Alisa. Dia memegang kedua pipi Areen. Areen tersenyum.

"Alhamdulillah, sihat kak" balas Areen. Matanya melilau mencari seseorang.

"Mana kak Husna?" Dia tidak nampak kakak iparnya langsung. Tiba-tiba, suara itu datang.

"Ada orang cari saya ke tu?" Soal Husna yang sedang berjalan menghampiri mereka. Husna dan Areen saling berpelukkan.

Bahagianya rasa dapat balik ke pangkuan keluarga.

Athif menyalam Asyraf dan Yusuf. Mereka semua mengambil tempat dimeja makan untuk makan tengah hari. Athif meletakkan beg bagasi Areen ditepi dinding.

Sepanjang dimeja makan, mereka hanya bualkan tentang kehidupan dan pelajaran Areen disana. Boleh dikatakan terperinci lah Areen cerita.

Di UK, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, dia tak ada bawa balik boyfriend mat saleh. Adalah sorang dua nak cuba, tapi dia tak layan. Bukan taste dia lah mat saleh. Dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang.

Hanya sedikit sahaja lagi cita-citanya akan tercapai. Disamping itu, dia mencari semangat baru dan kehidupan baru disana. Cumanya, mungkin tak sama seperti dulu. Walaupun jasadnya berada jauh daripada si dia, tetapi hati tetap sama. Tak pernah berubah.

Selesai makan, Areen terus naik ke bilik tidurnya. Dia merebahkan badan diatas katil. Senyuman gembira terukir.

"Welcome home Areen!" Katanya sendirian. Dia bergolek-golek diatas katil empuknya. Bantal busuk diambil dan dipeluk erat.

Maklumlah, memang nak bawa, tapi beg tak muat. Jadi terpaksalah tinggalkan.

Areen diam seketika sambil memandang siling bilik. Kemudian dia bangun dan mencapai satu bingkai gambar. Gambar dia bersama Haziq. Dia senyum melihat gambar itu.

"Abang. Areen dah balik Malaysia. Areen dah habis belajar. Sikit je lagi Areen nak jadi lawyer. Abang nak Areen kejar cita-cita Areen. Tapi abang tak ada, abang tinggalkan Areen." Katanya sendirian seraya air mata yang mengalir. Dia memeluk gambar itu.

Kalau abang Haziq ada, semestinya dia bangga dengan aku. Aku mesti lebih semangat nak belajar. Tapi Allah lebih sayangkan dia.

Kau kuat Areen! Kau kena kuat! Panjang lagi perjalan hidup kau. Kau tak boleh lemah.

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now