TDDH~3

60 5 0
                                    

Selesai makan tengah hari, mereka masih tidak berganjak dari meja makan. Mereka menikmati puding karamel yang dibuat oleh Husna sebagai pencuci mulut. Husna mahir membuat pelbagai pencuci mulut.

"Ariana Syereen binti Amsyar" Areen tersedak sebaik nama panjangnya disebut. Dia memandang wajah Asyraf

"Apa? Tak payah lah sebut nama panjang" balas Areen lalu menyuapkan puding karamel kedalam mulut

"Result mana? Nak tengok. Dapat berapa A?" Soal Asyraf. Kini perkara yang dinantikan oleh mereka akan tiba sebentar saja lagi.

Tetapi tidak bagi Haziq dan Athif. Mereka lebih awal mengetahui keputusan Areen memandangkan Haziq menemani Areen ke sekolah manakala Athif telah dijemput oleh pihak sekolah untuk menyerahkan slip spm kepada pelajar.

Perlahan tangannya masuk ke dalam poket kecil ditepi begnya. Dia menarik perlahan kertas slip itu. Mata-mata yang lain tertumpu pada Areen yang sedang mengeluarkan slipnya. Digenggam kertas itu ditangan, muka sedikit tertunduk. Mukanya juga tidak seperti mula-mula ketika mereka sedang berbual dan makan. Melihat riak wajah Areen, mereka sedikit kerisauan. Adakah keputusan Areen tidak bagus?

"Areen. Why?" Soal Alisa. Semua masih menanti akan jawapan yang keluar daripada mulut gadis itu. Areen masih berdiam diri. Tiba-tiba...

"I got straight A+ for my spm!!!" Jerit Areen sambil mengangkat kedua tangannya keatas. Haziq tersenyum melihat gelagat Areen yang macam budak kecil.

Haih budak ni, luluh jantung dibuatnya. Mereka gembira dan bersyukur atas kejayaan Areen. Husna yang berada disebelah Areen mengusap kepala gadis itu lembut. Areen tersenyum.

"Eh budak ni. Pandai berlakon eh. Meh sini kertas tu, abang nak tengok" Asyraf meminta slip keputusan itu, Areen segera memberikan kepada Husna, diserahkan pula kepada suaminya.

"Tahniah Areen"

"Haa dapat straight A tu. Nak request apa?" Soal Yusuf

Areen berfikir sesuatu sambil tangannya diletakkan pada dagu. Jangan minta pelik-pelik sudah lah.

"Not now. Areen bukan nak sekarang. Soon. The important is, lawyer." Kata Areen sambil tersenyum ada makna.

••••••••••••••••••••


"Bila Areen nak bagitau diorang?" Soal Haziq. Mereka jalan menuju ke kereta Haziq. Areen diam buat seketika.

"Ehem ehem" Haziq dan Areen serentak memandang Athif

"Areen kan?" Areen mengangguk

"Terima kasih untuk makan tengah hari. Abang ucapkan tahniah atas kejayaan awak" kata Athif sambil menghadiahkan senyuman

"Sama-sama pakcik" balas Areen sambil tersengih. Saja dia menyakat Athif. Athif pula hanya senyum apabila Areen memanggilnya pakcik. Tak apalah, budak lagi.

Haziq meminta Athif untuk masuk dulu ke dalam kereta dan menunggunya. Athif tahu Haziq mahu berborak dengan Areen. Dia kemudian berlalu masuk ke dalam kereta.

"Areen tak tahu bila, tapi soon"

"Areen sanggup ke nak berpisah dengan abang?" Soal Haziq ingin tahu. Areen memandang wajahnya.

"Tipulah kalau Areen kata Areen sanggup. Tapi ni untuk masa depan Areen, untuk impian dan cita-cita Areen" balasnya dengan nada perlahan.

Sejujurnya Haziq pon tidak sanggup untuk berpisah dengan Areen. Tetapi untuk masa depan gadis itu, dia terpaksa reda. Dia juga berharap Areen akan mencapai impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang peguam.

"Abang akan tunggu Areen" kata Haziq sambil tangan kanannya diangkat seperti murid membaca ikrar. Areen memandang lama wajah Haziq sambil tersenyum.

"Kenapa pandang abang macam tu?" Soal Haziq sedikit kekok

"Thank you abang sebab sudi nak tunggu Areen. Areen janji Areen akan belajar sungguh-sungguh dekat sana" kata Areen sambil mengangkat tangannya sama seperti Haziq.

Haziq meminta diri untuk pergi. Dia berlalu masuk kedalam kereta. Kemudian keretanya hilang dari pandangan mata Areen.

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now