TDDH~6

43 5 0
                                    

"Serious lah?!" Soal Husna terkejut. Riak wajahnya bertukar 360 darjah. Mereka yang lain juga turut bertukar wajah. Wajah terkejut bercampur gembira. Masing-masing senyumannya tidak lekang dari bibir.

Areen mengangguk. Hatinya kini gembira tidak terkata. Tiada bantahan dari sesiapa. Malah mereka bersyukur. Tidak lama lagi impian Areen akan tercapai.

"Congrats Areen" ucap Alisa

"Areen take care okay" kata Husna

"Belajar elok-elok" pesan Asyraf

"Kat sana belajar, jangan cari pakwe mat saleh pula" kata Yusuf. Mereka semua tergelak. Areen tersenyum.

"Areen setia lah long, buat apa nak cari kalau kat sini dah ada" kata Areen membawa maksud isi tersirat. Yusuf berkerut.

"Abang tak kisah kalau Areen dengan Haziq. Lagipun dah kenal dia lama kan. Abang tengok dia pun macam suka je dekat Areen" Areen tersenyum malu.

Haish abang ni, ada pula cakap macam tu. Tahu-tahu pula apa aku maksudkan ni.

Areen mengambil cawan air yang terletak disebelah kanan pinggannya. Dia minum dengan perlahan.

"Kalau dengan Athif pun apa salahnya. Along tengok pun sesuai juga" kata Yusuf mengusik. Areen tersedak.

Haa?! Athif? No,no and no. Tu kawan abang Haziq kot. Lagipun aku tak minat dia. Entah-entah dah ada yang punya.

"Tak nak lah Areen. Tak minat" wajahnya seperti endah tak endah.

Husna, Alisa, Yusuf dan Asyraf memandang sesama mereka dan tersenyum. Seperti sudah faham apa isi hati Areen.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Eee ada ke patut along cakap aku dengan Athif sesuai. Kalau dia lelaki melayu terakhir pun, belum tentulah!" Kata Areen menyampah. Dia baring diatas katil memandang siling biliknya.

Iphone diatas meja kecil belah kanan katilnya dicapai. Whatsapp App dibuka, mencari nama seseorang.

Areen: Assalammualaikum. Abang dah tidur ke?

Tinggg!

Haziq: Waalaikumussalam, belum lagi. Ni Areen kenapa tak tidur?

Areen: Tak mengantuk lagi. Abang....

Haziq: Ye Areen.

Areen: Areen dah bagitau kakak and abang.

Haziq: Diorang cakap apa?

Areen: Diorang setuju. Diorang happy sangat bila Areen cakap Areen dapat tawaran dekat UK.

Haziq tidak membalas. Areen pelik. Tadi bukan main laju lagi balas. Dia mula risau.

Areen: Abang okay tak?

Tinggg!
Baru satu saat matikan iphone nya, bunyi notifikasi masuk. Haziq.

Haziq: Abang okay. Cuma abang takut untuk berpisah dengan Areen.

Areen sebak baca ayat Haziq.

Kuatkanlah hatinya ya Allah. Kau kuatkan dan tabahkan juga hati aku untuk belajar bersungguh-sungguh disana. Kau jagakan hati dia untukku. Kau jagakan dia untukku.

Air mata sudah mengalir.

Areen: Abang jangan risau and takut. Abang doakan Areen okay.

Haziq: Abang akan tunggu Areen. Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila-bila.

Areen: Thank you abang.

Haziq: Sama-sama. Good night Areen. Assalammualaikum.

Dia menjawab salam didalam hati. Air matanya masih mengalir, tetapi dia tidak nangis teresak-esak.

Berat hatinya untuk berpisah dengan lelaki bernama Haziq Uqasyah. Bukan hanya Haziq seorang, tetapi Alisa, Yusuf, Aysraf, dan Husna.

6 tahun dia akan menetap di UK, bukan mudah untuk dia lalui hidup tanpa keluarga disana. Tapi ini juga salah satu cara untuk dia belajar hidup berdikari.

Walaupun sudah belajar berdikari sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia, tetapi kali ini berbeza kerana tiada seorang pon ahli keluarganya.

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now