TDDH~15

35 4 0
                                    

Masing-masing sudah menepuk dahi. Apa kena dengan si Areen ni?

"Cuba bagitau abang. Areen anggap Athif tu apa?" Soal Asyraf serius.

Haish, tak baiknya lah buat Athif tu macam tu. Kalau nak, cakap lah nak. Kalau tak nak, cakap tak nak, simple.

"Macam abang dengan adik, thats it" kata Areen berterus terang.

Eee apa plan diorang sebenarnya ni? Kenapa aku orang last yang tahu? Bencilah! Abang Haziq tolong Areen!!!

"Areen anggap Haziq tu apa pulak?" Soal Aysraf lalu menghabiskan teh tariknya yang berbaki lagi sikit.

"Seorang lelaki dan seorang perempuan" Areen tersenyum.

Okay faham. Tapi Haziq dah tak ada. Areen pula mana ada 'boyfriend'.

"Areen masuk dulu. Bye!" Areen terus berlari masuk ke dalam rumah.

Dia berlari naik ke tingkat atas. Pintu biliknya dihempas sebaik masuk ke dalam. Areen merebahkan badan diatas katil. Bantal peluknya diambil dan menutup wajah. Dia menjerit, tetapi tidak didengari yang lain kerana dia menutup wajahnya.

"Abang!!! Kenapa abang tinggalkan Areen?" Dia kini sudah menangis teresak-esak.

Bahagianya kini tidak akan ada. Semuanya dah berubah. Dia nekad bawa diri ke UK. Biarlah dia seorang yang rasa kesakitan ini. Dan dia akan cuba untuk mencari semangat baru. Cita-cita dan impiannya masih belum tercapai.

Areen mencapai surat yang diberi oleh Haziq diatas meja kecil sebelah katil. Dia membaca semula surat itu.

Ya, suatu hari nanti, dia tetap kena lupakan Haziq. Tapi baginya, melupakan adalah perkara yang paling sukar daripada memaafkan. Kita boleh memaafkan, tapi kita tak boleh melupakan.

Pemergian dia adalah satu kehilangan yang besar juga. Dari kecil dia kenal lelaki itu, semua kemahuan dan kehendak gadis itu pon lelaki itu tahu. Tapi sekarang, dia bukanlah menjadi gadis tersebut. Sangat sukar untuk dia terima semua ini. Tapi, inilah kenyataannya.

Satu hari, semua yang kita sayang tetap akan pergi meninggalkan. Tiada apa yang kekal di dunia, bahkan, bayang-bayang pon akan pergi meninggalkan kita dalam kegelapan.

Mencintai tidak harus memiliki. Sekarang, cinta itu tidak dapat didunia, tapi cinta itu akan dapat disana nanti. Ya, dia sedang tunggu disana. Yang hidup, mestilah kena teruskan hidup.

Cinta sejati tidak berakhir dengan kematian, jika Allah SWT menghendaki, cinta itu akan berlanjut sampai ke syurga.

Ya Allah, peluklah aku hingga hatiku bisa merasa tenang dan damai. Hapuskanlah air mataku hingga aku bisa merasa sabar dan ikhlas.

Areen terjaga dari lena. Jam dinding dipandang, pukul tujuh malam. Dia meraup perlahan wajahnya. Dia tersentak apabila seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Areen.. bangun. Dah maghrib" jerit Husna disebalik pintu.

"Ye. Areen dah bangun ni" dia turun dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air.

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now