TDDH~20

43 7 0
                                        

Tudung bawal yang terletak kemas diatas kepala diperbetulkan buat kali terakhir.

Pintu bilik dibuka dari luar. Areen tersenyum melihat Alisa dan Husna. Baju kurung moden berwarna baby blue yang dipakai oleh mereka sangat cantik. Nampak macam perempuan melayu terakhir. Sesuai dengan bajunya yang berwarna putih.

"Areen dah siap?" Soal Husna. Areen mengangguk.

"Jom. Tetamu dah sampai tu" hatinya mula berdebar-debar. Dia bangun dari kerusi. Perlahan kaki mengatur langkah keluar dari bilik.

Sebaik menuruni anak tangga, semua mata memandang kearahnya. Areen tersenyum. Dia sudah menahan malu. Alisa dan Husna setia dibelakang gadis itu.

Dia mengambil tempat disebuah kerusi yang diletakkan dipelamin. Mata memandang kebawah. Malu.

Makcik Asnah mengambil tempat disebelah Areen. Dia menghadiahkan senyuman kepadanya. Makcik Asnah turut tersenyum.

Makcik Asnah mengambil cincin yang dihulurkan oleh Husna. Kemudian giliran Areen pula menghulurkan tangan, makcik Asnah menyambut lembut tangan gadis itu.

Cincin itu disarungkan perlahan ke jari manis Areen. Makcik Asnah tersenyum. Turut diikuti yang lain.

Cantik! Macam tuannya. Areen tersenyum menahan malu apabila terdengar ada tetamu disitu memuji kecantikan dan cincin yang dipakainya.

Selepas menyarungkan cincin, Areen menyalam tangan makcik Asnah. Mereka berpelukan. Makcik Asnah mengusap perlahan bahu Areen.

"Makcik, abang Athif tak datang sekali ke?" Soal Areen.

"Dia datang. Kat luar rasanya tu"

"Tak payahlah panggil makcik, panggil ibu. Dah nak kahwin dengan anak ibu kan" kata makcik Asnah dengan senyuman yang tidak lekang.

Areen tersenyum seraya mengangguk.

Sebaik selesai majlis sarung cincin. Tetamu semua dijamah dengan makan tengah hari. Mereka duduk dikhemah yang terletak dihalaman rumah.

Areen duduk dipondok memandangkan dia tidak suka ramai orang. Sesak. Maklumlah, dia jenis pemalu. Nasib baik pondok yang dia duduk tak ada orang.

Areen minum air membasahkan tekak. Dari dia bersiap tadi, dia langsung tak minum air. Sedang dia ralit minum, satu suara menyapa. Membuatkan gadis itu menahan malu, rasa macam tak biasa. Padahal bukannya baru jumpa semalam.

"Assalammualaikum" sapa Athif yang sudahh duduk disebelah Areen. Dia menghadiahkan senyuman.

"Waalaikumussalam" balas Areen turut menghadiahkan senyuman. Alamak, tetiba rasa kekok.

Baru tiga hari tak jumpa dia. Tapi rasa macam 300 tahun tak jumpa. Masa Athif ambil kat airport pon biasa je, macam abang dengan adik. Tapi kali ni lain sikit, dah jadi tunang orang lah ye. Mestilah malu yang tersangatlah malu.

"Kenapa Areen tak duduk dekat sana?" Soal Athif pelik. Ye lah selalunya duduk dengan keluarga, ni duk sorang-sorang buat apa? Healing? Areen tersenyum kecil.

"Abang tau kan Areen tak suka crowded" balasnya. Athif mengangguk perlahan. Muka cuba diukirkan senyuman walaupun sudah menahan malu.

Haish macam manalah boleh lupa. Baru jadi tunang orang, belum lagi bapak budak.

Areen memandang wajah Athif. Athif juga turut memandang Areen. Senyuman menghiasi wajah mereka.

"Abang, thank you. And Areen minta maaf" kata Areen secara tiba-tiba. Athif hairan. Minta maaf sebab apa?

"Minta maaf sebab apa?" Soalnya inginkan jawapan. Areen diam seketika.

"Areen, Athif. Jom makan! Berbual dari tadi, dah kenyang ke?" Asyraf menyergah entah dari mana. Mereka berdua tersentak. Masing-masing tersenyum menahan malu. Eeeii mengada.

Athif dan Areen berjalan kearah khemah. Athif duduk disebelah pakcik Rian manakala Areen duduk disebelah Alisa.

Alhamdulillah, majlis pertunangan Areen dan Athif berjalan dengan lancar.

Cincin tunang Areen yang dipilih oleh Athif

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Cincin tunang Areen yang dipilih oleh Athif. Cantik kan?

Tetap Dia Di Hati Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang