••••••••••••••••••••
Kepada buah hati abang, Ariana Syereen.
Assalammualaikum Areen. Bila Areen baca surat ni, bermaksud abang dah tak ada. Abang minta maaf sebab abang janji abang akan balik. Abang buat Areen tertunggu-tunggu. Abang dah tak boleh jaga Areen. Abang dah tak boleh sentiasa berada disisi Areen. Abang tak mampu tunaikan permintaan papa Areen buat kali terakhir. Abang minta maaf. Areen adalah gadis yang mampu membuka pintu hati abang, Areen buat hari-hari abang gembira dan ceria. Abang takkan lupakan kenangan abang dan Areen sampai bila-bila. Maafkan andai abang ada buat salah atau terkasar bahasa pada Areen. Abang takkan ada dengan Areen masa graduation Areen nanti. Walaupun abang tak ada dengan Areen masa Areen kejar cita-cita dan impian, abang nak Areen tahu abang sentiasa doakan Areen. Areen kena kuat, tabah. Mesti teruskan hidup. Areen masih ada Alisa dan Asyraf. Areen kena banggakan diorang, Areen seorang je harapan diorang. Abang tahu Areen kuat, Areen tak mudah mengalah. Suatu hari nanti, Areen tetap kena lupakan abang juga. Abang minta maaf buat kali terakhir. Areen jaga diri ye, abang sayangkan Areen sampai bila-bila. Itu janji abang!
Haziq Uqasyah.
••••••••••••••••••••
Air matanya turun dengan laju. Itulah isi hati Haziq Uqasyah. Dia rindu sangat-sangat dengan lelaki itu. Sudah 3 hari Haziq pergi meninggalkan dunia.
Athif memandang wajah Areen dengan penuh simpati.
"Areen kena kuat. Allah takkan uji hambanya diluar kemampuannya"
"Areen tak kuat abang. Kenapa abang Haziq? Apa salah dia?" Kata Areen dengan yang sudah menangis teresak-esak. Surat ditangan dia pandang lama.
"Allah lebih sayangkan dia daripada abang dan Areen sayangkan dia. Areen.. Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya" Air mata sudah bergenang di mata. Kehilangan Haziq kehilangan yang sangat terkesan.
Athif bangun dari duduk. Dia memandang Areen lama. Tidak mampu lagi untuk terus barada disitu. Dia perlu kuat. Dia mesti kuat untuk tunaikan permintaan kawan baiknya itu.
"Abang pergi dulu. Assalammualaikum" dia terus meninggalkan Areen dalam keadaan menangis. Dia mahu memberi ruang kepada Areen.
Areen tidak menghiraukan langsung tentang Athif. Dia masih duduk dibuaian teringatkan Haziq.
Mampukah dia tanpa Haziq? Umpama lampu takkan hidup tanpa elektrik. Apapun yang terjadi, dia tetap kena teruskan hidup. Pasti ada kebahagiaan selepas kesedihan.
Satu suara menyapa dia. Alisa.
"Areen. Akak ada. Akak akan sentiasa ada dengan Areen walau apapun terjadi. Areen adik akak. Akak sayang Areen sampai bila-bila." Areen terus memeluk erat tubuh Alisa. Alisa memberikan kata-kata semangat supaya Areen terus kuat. Pelukan mereka terlerai. Alisa menyeka air mata Areen.
"Dah. Jangan menangis. Jom masuk dalam, akak ada buatkan favourite dessert Areen. Areen sukakan bread butter pudding?" Soal Alisa. Areen mengangguk. Alisa tersenyum seraya menarik perlahan tangan Areen dan mereka berjalan masuk kedalam rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...