Titt!
Titt!
Titt!
Athif sedih. Gadis dihadapannya masih belum sedar. Apa yang perlu dia buat untuk bagi Areen bangun.
"Areen.. dah seminggu Areen tidur. Areen tak nak bangun ke? Areen tak rindu abang ke?" Kata Athif dengan nada sedih. Tangan Areen digenggam erat. Athif meletakkan dahinya diatas genggaman tangan dia dan Areen. Akhirnya, dia terlelap.
Alisa dan Husna masuk kedalam bilik Areen. Mereka nampak Athif sedang nyenyak tidur sambil tangannya memegang tangan Areen. Mereka tersenyum.
Makanan yang dimasak oleh Husna diletakkan diatas meja kecil sebelah katil. Alisa dan Husna terkejut saat memdengar bunyi mesin yang berpanjangan.
Ttttttttttiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt!!
Mereka panik. Tetapi Athif masih belum sedar.
"Panggil doktor" kata Alisa. Husna bergegas keluar dari bilik memanggil doktor.
Husna kembali bersama doktor dan beberapa orang jururawat. Mendengar kekecohan itu, Athif tersedar. Dalam mamai, dia lihat tapak tangan Areen berada diatas lengannya. Tangan lagi sebelah masih elok dalam genggaman.
Sebaik nampak doktor dan jururawat disebelah Areen. Dia terus bangun dan membiarkan doktor cek Areen. Dia terkejut saat dengar bunyi mesin itu berpanjangan dan hanya nampak garis lurus dimesin tersebut.
Dia memandang kearah Alisa dan Husna. Kedua-dua perempuan itu dalam keadaan amat risau dan air mata mengalir di pipi.
Doktor keluar dari bilik Areen. Riak wajahnya tiada garis senyuman.
"Saya minta maaf. Ariana tak dapat diselamatkan. Salam takziah saya ucapkan" kata doktor itu dengan nada sedih.
Alisa dan Husna tak dapat menahan air mata. Mereka menangis. Athif yang masih mamai, cuba menghadam kata-kata doktor itu.
Tak dapat diselamatkan? Salam takziah? Areen dah meninggal? Dia dah tinggalkan aku? Macam Haziq tinggalkan aku.
Athif terduduk. Dia meraup wajahnya. Dia tak sangka Areen juga akan tinggalkan dia. Tak sampai 24jam mereka bertunang.
Dia kecewa apabila kebahagiaan yang mula berputik musnah sebegitu saja. Areen tidak dapat merasa kebahagiaan. Dia juga turut sama.
Adakah ini pengakhiran mereka? Kebahagiaan yang tidak bisa mereka miliki. Dia adalah pinjaman dari Allah. Dan sekarang Allah telah ambil dia balik.
•••••••••••••••••••
Dia mengiringi jenazah Areen dengan air mata. Orang yang dia sayang telah pergi meninggalkan dia. Allah meminjamkan Areen kepada dia hanya sekejap. Dia kecewa, dia tak dapat jaga Areen seperti yang dijanjikan.
Selesai mengebumikan jenazah dan membaca talkin. Athif duduk memandang tanah kubur Areen. Air matanya mengalir.
Kenapa orang yang dia sayang tinggalkan dia? Areen. Haziq. Berat hatinya untuk terima semua ni. Baru semalam dia bertunang dengan Areen. Harini gadis itu pergi meninggalkan dia buat selamanya.
Inilah jalan hidup mereka. Singkat. Tetapi tetap ada kenangan yang tersemat dihati.
••••••••••••••••••••
Surat yang diberi oleh Areen dia buka. Surat itu diserahkan oleh Asyraf semasa mereka berjalan untuk pulang kerumah.
Tertera namanya, Athif Azreen.
Abang...
Maafkan Areen. Ampunkan Areen dari hujung rambut sampai hujung kaki. Cinta abang tulus. Tapi Areen tak layak dapat cinta tulus abang. Abang lelaki yang baik. Areen happy sangat dapat jumpa dengan abang walaupun perkenalan kita singkat. Abang adalah sebahagian jalan cerita Areen. Areen minta maaf, Areen tipu abang. Sejujurnya, selama 6 tahun Areen di UK, Areen tak pernah lupakan arwah abang Haziq. Sekali pon tak. Masa balik Malaysia, perasaan tu tetap sama abang. Areen cuba, tapi dia lah lelaki yang membuka pintu hati Areen. Areen minta maaf sebab Areen tak berterus terang. Abang jangan salah faham, tujuan Areen bertunang dengan abang bukan untuk gunakan abang untuk lupakan abang Haziq. Tapi Areen ikhlas, Areen nekad untuk cari kebahagiaan baru. Dan kebahagiaan baru tu dengan abang. Abang, bukankah Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya?
Ariana Syereen.
••••••••••••••••••••
Cinta Areen lebih tulus. Hanya Haziq Uqasyah yang bertakhta di hati Ariana Syereen. Areen seorang gadis yang setia.
TAMAT

YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...