Mereka makan tengah hari bersama-sama di kantin ibu pejabat. Ramai juga anggota dan pegawai polis yang duduk makan tengah hari disitu. Haziq dan Athif menikmati nasi berlauk yang mereka ambil. Kebiasaannya, mereka memang akan ke kantin menjelang waktu rehat.
"Ziq, semalam aku terserempak dengan Areen dekat Latte Cafe, lepastu kitaorang makan sama-sama. Aku belanja dia."
"Tahu" ringkas Haziq membalas. Athif hairan. Macam mana Haziq boleh tahu sedangkan dia tidak bagitahu kawannya langsung.
"Macam mana kau tahu?" Soal Athif ingin tahu.
"Areen bagitau. Ko tau dia cakap apa lagi?" Soal Haziq
"Dia ada bagitau aku yang kau cakap kat dia kau belum kahwin. Lepastu dia bagitau aku dia terkejut gila, mati-mati ingat kau dah kahwin. Kau tau apa yang menyebabkan dia cakap kau dah kahwin?" Soal Haziq lagi
"Sebab apa?" Tanya Athif pula
"Dia cakap sebab muka kau macam bapak anak dua" Athif terkedu. Haziq sudah mula ketawa, tetapi masih dalam kawalan.
"Bapak anak dua eh!!! Nak kena budak ni" Athif pula sudah mula ketawa.
Haih apalah Areen ni. Ada ke patut cakap muka aku muka bapak anak dua. Nampak sangat eh muka aku dah kahwin? Patutlah mula-mula jumpa panggil pakcik.
Gelak-tawa mereka terhenti apabila azan berkumandang. Itu menandakan waktu solat zohor telah masuk. Setelah itu mereka segera menghabiskan makanan. Agar tidak lambat untuk solat berjemaah bersama.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Areen duduk dibuaian kayu dihalaman rumah keseorangan. Pada malam itu, angin bertiup sepoi-sepoi. Suhu malam yang sejuk, membuatkan gadis itu mengelamun jauh. Adakala nya tudung yang terletak rapi diatas bahu terjatuh-jatuh. Areen hanya menyelempangkan tanpa sebarang pin. Maklumlah, duduk rumah je. Bukan nak pergi kenduri.
Sedang dia duduk mengelamun, Asyraf yang dari dalam rumah berjalan kearah adiknya. Dia mengambil tempat disebelah Areen. Gadis itu masih tidak sedar akan kehadiran abangnya.
"Jauh mengelamun!" Sergah Asyraf sambil menepuk bahu Areen. Areen tersentak. Dia memukul bahu Asyraf bertubi-tubi.
"Sakit lah!!!" Jerit Asyraf sambil ketawa. Tidak begitu kuat untuk semua orang dengar. Areen sudah buat riak wajah marah.
"Haa tu lah! Buat Areen macam tu lagi. Nasib baik Areen tak ada heart attack"
"Jom masuk. Kak Husna dengan Kak Lisa dah siap masak tu" kata Asyraf. Areen membulat mata. Dia terus berlari masuk kedalam rumah meninggalkan Asyraf. Asyraf pula hanya menggeleng kepala perlahan.
Mereka makan sambil berbual-bual. Ada topik mengenai hari-hari mereka, ada topik mengenai kerja, ada topik mengenai rancangan untuk aktiviti keluarga. Areen hanya diam sambil mengunyah nasi yang didalam mulut. Gayanya seperti memikirkan tentang sesuatu.
"Akak abang, Areen ada nak cakap something ni" Areen memotong perbualan diantara mereka. Dia tidak tahu hendak mula dari mana, jadi dia terpaksa menyelit. Sudah tiba masanya untuk memberitahu mereka tentang apa yang disimpannya selama ini.
"Cakap apa?" Soal Alisa. Asyraf menyedok lauk dihadapannya sambil menanti jawapan. Yusuf dan Husna juga turut menanti jawapan.
Sabar Areen. Slowly. You can do it! Why diorang nak marah kau, kau nak pergi belajar, kau nak kejar cita-cita kau, thats it!
"Kan haritu abang ngan kakak tanya Areen nak apa?" Areen membiarkan ayatnya tergantung. Mereka masih menanti jawapan yang lebih tepat untuk didengarinya. Areen menarik nafas dalam-dalam.
"Areen dapat tawaran sambung belajar dekat UK. Lagi sebulan Areen akan flight pergi UK" dia memerhati wajah mereka satu per satu. Harapannya adalah supaya ahli keluarganya menyetujui akan keputusan dia.

YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
Ficción GeneralHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...