TDDH~2

78 9 0
                                        

Kereta Haziq berhenti di tempat letak kereta rumah Areen. Areen duduk dirumah lot, jadi tempat letak kereta dirumahnya agak luas.

Areen keluar dari kereta, dia berjalan beberapa langkah menuju ke pintu masuk. Dia memberhentikan langkahnya dan badan dipusingkan kebelakang. Dia hairan Haziq dan Athif masih belum keluar dari kereta.

Athif POV》

"Rumah siapa ni? Besar gila, kalah istana" bisiknya dalam hati

Dia melihat Areen sudah keluar dari kereta.

"Ziq, rumah dia ke?" Soal Athif

"Haah" balas Haziq ringkas. Kemudian tingkapnya diketuk. Dia menekan butang kecil disebelah, seraya itu tingkap terbuka. Dia tersenyum melihat muka kekok yang dipamerkan oleh gadis itu.

《End POV》

Dia berjalan dan berhenti disebelah tingkap pemandu. Areen mengetuk tingkap pemandu beberapa kali. Seraya itu laju tingkap itu meluncur kebawah dan menampakkan muka Haziq dan Athif sedang memandangnya. Areen sedikit kekok.

"Abang, tak nak masuk ke? Diorang ada dekat dalam tu?" Tanya Areen. Dia tidak sabar untuk memberitahu abang dan kakaknya tentang keputusan spm yang diperolehinya. Alhamdulillah, dia mendapatkan gred A+ untuk kesemua mata pelajaran.

"Okay abang masuk sekarang"

"Tu.. ajak lah pakcik tu masuk sekali" Areen terus berlalu masuk kedalam rumah.

Areen berhenti dihadapan pintu masuk sambil membuka kasut sekolahnya dengan agak terburu.

"Assalammualaikum, abang.. kakak!!!" Areen berlari untuk mendapatkan kakak dan abangnya.

Sesampai diruang tamu, tiada orang. Dia hairan. Langkah diteruskan pula menuju ke ruang makan, kakak, abang, abang ipar serta kakak iparnya sedang duduk dimeja makan sambil terhidang beberapa lauk-pauk yang menyelerakan. Mereka tersenyum melihat wajah ceria Areen.

"Areen dah balik? Sini duduk makan?" Alisa mengajak adiknya untuk makan bersama-sama. Mereka juga tidak sabar untuk mengetahui keputusan spm Areen. Areen berjalan mengambil tempat disebelah kakak iparnya, Husna.

"Haziq mana?" Soal Asyraf dan abang iparnya iaitu Yusuf, serentak.

"Tu" Areen menunjukkan kearah dua orang lelaki yang berjalan menghampiri meja makan. Dia bersalam dengan Asyraf dan Yusuf. Athif turut bersalam. Mereka bersalam sambil menghadiahkan senyuman antara satu sama lain.

Haziq mengambil tempat di sebelah Areen. Athif pula sedikit terpinga, kemudian dia menarik kerusi dan duduk disebelah Yusuf apabila dipelawa lelaki itu. Yusuf juga perasan akan muka Athif yang sedikit kekok memandangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

"Haziq. Siapa ni? Tak nak kenalkan ke? Future husband Areen ke?" Soal Yusuf sambil tersengih macam kerang busuk. Areen yang sedang minum air terbatuk, nasib baik tak disemburnya air yang didalam mulut. Saat itu mereka semua sudah mengambil nasi dan lauk.

Areen memberikan pandangan tajam kepada abang iparnya. Yusuf pula hanya tersengih.

"Ni Athif, kawan sekolah aku. Sekarang aku duduk satu balai dengan dia. Plus, satu unit" balas Haziq

Mereka makan tengah hari sambil berbual-bual. Ada ketika Areen hampir menitiskan air mata apabila asyik diusik oleh Haziq. Mereka yang lain sudah biasa dengan perangai Haziq yang suka mengusik Areen. Areen lebih rapat dengan Haziq berbanding dengan Asyraf yang merupakan abang kandungnya. Sampaikan tak tahu Haziq atau Asyraf abang kandung Areen. Athif tersenyum melihat suasana dimeja makan itu

Tetap Dia Di Hati Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang