TDDH~11

44 4 0
                                    

12:00 Tengah Hari.

Tiga buah van polis bergerak secara konvoi menuju ke Sentul. Turut diiringi empat buah kereta polis. Dua dihadapan, dua lagi dibelakang.

Haziq dan Athif berada di van pertama. Arman dan Syafiq berada di van kedua. Manakala Khairul, Wahab dan Ayub berada di van yang ketiga.

Sepanjang perjalanan, tiada sebarang suara atau gelak tawa yang didengari. Mereka perlu fokus dan bersedia untuk menghadapi pelbagai ancaman musuh kerana bahaya boleh berlaku dimana-mana sahaja.

13:05 Petang.

Mereka tiba disebuah gudang yang kedudukannya terpencil. Gudang itu tampak seperti gudang lama yang terbiar.

Mereka keluar dari van dengan pantas dalam keadaan berbaris. Haziq, Athif dan anak buah mereka berdiri disebalik pintu gudang. Posisi mereka kini bertentangan. Disebelah Athif, Syafiq dan anak buahnya menjadi sokongan jika salah satu ketua dan anak buahnya termasuk perangkap musuh.

Manakala Wahab, Ayub, Khairul dan Arman masing-masing berada di pintu belakang gudang dan penjuru luar gudang.

Haziq mengangkat tangan kanannya dan menghayunkan sedikit kedepan kepada anak buah dibelakang. Isyarat untuk membuka pintu gudang. Dua orang lelaki berjalan dan menghampiri pintu yang besar itu. Mereka menarik pintu itu dengan segala kekuatan yang ada. Perlahan pintu itu terbuka, tetapi tidak begitu besar. Haziq,Athif dan Syafiq jalan serentak masuk kedalam gudang. Mereka menyorok diantara kotak kayu yang tersusun rapi.

Dapat dilihat kuncu-kuncu Rico sedang membuat syabu. Manakala Rico nya pula sedang duduk diatas sebuah sofa sambil memantau kerja mereka.

Mereka membincang strategi dengan menggunakan isyarat tangan. Anak buah mereka fokus dengan tugasan yang diberi oleh ketua.

Athif akan kekal berada di kedudukan mereka sekarang ini. Haziq pula ditempatkan untuk berada disebalik dinding berdekatan dengan Rico. Manakala Syafiq berada dibalik tong-tong berwarna biru yang disusun secara rapi, dalam tong itu terdapat syabu yang sudah sedia untuk dijual dan dihantar kepada pelanggan.

Kini, Rico dan kuncu-kuncunya sudah dikepung. Mereka juga tidak menyedari akan kehadiran polis.

13:10 Petang.

Mereka memulakan serangan secara mengejut dari arah penjuru. Mereka yang sedang membuat syabu tersentak. Rico juga terkejut.

Bang!

Bang!

Bang!

Belum sempat mereka keluarkan pistol, polis sudah menembak mereka, membuatkan mereka terdorong kebelakang dan tumbang. Ada yang sempat lari dan menyelamatkan nyawa sendiri. Tetapi pantas dikejar oleh polis.

Haziq yang berlari kearah Rico dengan pantas menyepak tangan lelaki itu. Membuatkan pistol yang berada ditangan Rico jatuh keatas lantai. Rico terus berlari meninggalkan Haziq. Haziq berlari dengan pantas untuk mengejar Rico. Lelaki itu hampir dapat keluar daripada gudang, tetapi tidak sempat kerana Haziq lebih pantas mendapatkannya.

Kini, mereka berlawan tidak menggunakan sebarang senjata.

Ayub, Wahab, Khairul dan Arman sudah berada didalam gudang sebaik sahaja serbuan dibuat. Mereka juga telah diberitahu strategi serangan melalui radio panggilan.

Majoriti kuncu-kuncu Rico dapat ditangkap. Haziq dan Rico pula masih berlawan. Kedua-dua lelaki itu mempunyai kemahiran berlawan. Sukar untuk menentukan siapa yang menang dan siapa yang tewas.

Haziq menghayunkan kakinya ke perut Rico, lelaki itu terdorong sikit kebelakang. Rico berlari kearah Haziq, tangan sudah dikepal bersedia untuk menumbuk. Tetapi Haziq pantas mengelak. Dia menghadiahkan satu tumbukan yang padu ke muka Rico. Darah terpecik keluar.

Rico mengusap tepi bibirnya seraya tersenyum sinis. Tenaganya kini tidak mampu untuk berlawan, tetapi dia tidak mahu jatuh ditangan polis.

Dia kembali berlawan semula dengan Haziq.
Tanpa disangka oleh Rico, Haziq pantas menghayunkan kakinya kena kepala dia. Rico jatuh terbaring diatas lantai. Haziq mendekati Rico, dia membengkokkan sedikit kakinya ditepi tubuh lelak itu seraya tumbukan bertubi-tubi tepat kena pada wajahnya.

Perbuatannya terhenti apabila seseorang memanggil namanya.

"Haziq!" Haziq menoleh dan berjalan kearah Athif yang tersenyum sedikit. Kini mereka dapat menangkap Rico dan kuncu-kuncunya.

Rico yang sedang nyawa-nyawa ikan melihat Haziq berjalan membelakanginya menuju ke Athif tersenyum sinis. Kesempatan itu, dia melihat sepucuk pistol yang berada tidak jauh darinya. Pantas dia berdiri dengan segala kudratnya dan mencapai pistol itu.
Dia menghalakan pistol itu kearah Haziq dan...

Bang!

Bang!

Dua das tembakan tepat mengenai belakang badan Haziq. Langkahnya terhenti, dia kaku seketika sebelum rebah keatas lantai.

"Haziq!!!" Athif menjerit sekuat hati dan mendapatkan kawannya.

Seraya itu, anak buah dan rakan mereka yang lain datang sebaik mendengar tembakan pistol. Wahab yang melihat perbuatan Rico menembak lelaki itu dengan dua das tembakan. Rico jatuh tidak sedarkan diri.

Kini, Haziq dipangku oleh Athif. Athif menahan air matanya.

"Jaga Areen" Haziq senyum. Seraya itu matanya tutup rapat. Athif mengalirkan air mata. Itulah ayat terakhir yang keluar daripada mulut Haziq. Permintaan lelaki itu untuk kawannya menjaga Areen.

"Haziq!" Athif mengeratkan pelukan mereka. Tidak mampu menghadapi semua ini. Kawan baik nya meninggal didalam pangkuannya.

Yang lain juga sudah mengalirkan air mata. Tetapi segera diseka, inilah takdir mereka sebagai anggota polis. Sememangnya akan ada yang terkorban. Kematian Haziq adalah satu kebanggaan, kerana dia berkorban untuk negara dan menumpaskan orang yang menjual dan mengedar syabu.

Athif menyeka air matanya. Ayat terakhir Haziq diimbas kembali.

'Jaga Areen'

Dia memegang erat tangan Haziq sambil tersenyum.

"Aku akan tunaikan permintaan kau untuk jaga Areen. Itu janji aku, Haziq"

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now