TDDH~10

43 5 0
                                    

Haziq mengambil sudu dan garfu. Sedia untuk menikmati makanannya.

"Abang nak cakap apa?" Soal Areen lalu menyuapkan makanan kedalam mulut. Haziq diam seketika. Dia meletakkan semula sudu dan garfu.

"Lagi dua hari abang akan ada misi. Dekat Sentul"

Areen pandang Haziq lama.

"Abang Athif pergi sekali ke?" Soal Areen.

"Abang pergi" balas Athif dengan senyuman.

Areen pandang wajah Haziq, kelihatan wajah lelaki itu sedikit muram.

"Abang okay tak?" Soal Areen ingin tahu. Haziq senyum dan mengangguk.

Mereka meneruskan makan tanpa berbual lagi tentang misi yang harus Haziq dan Athif lakukan.

Pada Areen, setiap kali Haziq memberitahunya bahawa dia akan menjalani misi, hatinya tidak pernah tenang. Dia selalu risau akan keadaan lelaki itu. Tapi itu adalah tanggungjawab Haziq untuk negara. Dia hanya mampu berdoa agar lelaki itu sentiasa dibawah lindungan Nya.

••••••••••••••••••••

Tiga orang lelaki memasuki bilik simpanan senjata. Lelaki yang sangat mereka kenali, Tuan Syamsul. Berserta dua orang lelaki yang tidak dikenali. Mereka mentabik kepada ketua polis itu. Turut memandang sekilas dua orang lelaki disebelah Tuan Syamsul.

"Saya kenalkan, inspektor dari IPD Kuala Terengganu" Tuan Syamsul memandang kearah dua orang lelaki itu sambil mengangguk kecil. Tanda menyuruh mereka memperkenalkan diri.

"Saya Inspektor Wahab"

"Inspektor Ayub"

Dua orang lelaki itu berjalan dan berjabat tangan dengan lelaki-lelaki yang akan jadi rakan sepasukannya.

Pada petang itu, Syafiq, Arman, Khairul, Haziq, Athif, Wahab dan Ayub berada di bilik simpanan senjata. Setiap daripada mereka memilih senjata yang mahu digunakan untuk menangkap Rico dan kuncu-kuncunya esok.

Setelah berpuas hati dengan senjata yang mahu digunakan, Haziq mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Dia berjalan dan melabuhkan punggung di kerusi depan dinding.

Dia membuka telefonnya dari poket. Menaip sesuatu.

<AREEN POV>

Dia mengambil angin dibuaian halaman rumah.

Tinggg!

Iphone nya diambil yang berada disebelah kanan. Melihat mesej dari seseorang membuatkan dia tersenyum lebar.

Haziq: Areen buat apa tu?

<END OF POV>

Areen: Tak ada buat apa, tengah ambil angin kat luar rumah.

Haziq: Areen dah makan?

Areen: Dah. Abang?

Haziq: Dah juga. Esok abang dah nak gerak. Areen jaga diri.

Areen: Abang pon take care. Abang janji tau abang balik.

Haziq: In Sha Allah. Abang sayang Areen tau. Assalammualaikum.

Haziq mengalirkan air mata. Air mata yang tidak mampu lagi ditahan masa mula-mula mesej Areen. Pada saat ini, dia menyerahkan segalanya kepada yang maha berkuasa. Dia reda jika Allah mengambil nyawanya disaat dia sedang beribadah, iaitu menjalankan misi untuk negara.

Terasa ada seseorang memegang bahunya. Dia menoleh kekanan, Athif. Dia segera mengelap air matanya menggunakan belakang tapak tangan.

"Kau kenapa ni?" Soal Athif dengan wajah risau. Haziq tidak membalas.

"Kau risaukan Areen ke? In Sha Allah kita boleh balik" Athif mengusap belakang badan Haziq. Dia memberikan kata-kata semangat untuk rakan baiknya. Haziq menghadiahkan senyuman. Dia memandang Athif.

"Kalau ditakdirkan Allah tak bagi aku balik. Aku nak kau janji dengan aku, jaga Areen macam mana aku jaga dia" kata Haziq berharap agar Athif dapat menunaikan permintaannya.

Haziq berubah muka.

"Asal cakap macam tu?" Athif bersuara dengan nada tegas.

"Janji dengan aku!" Haziq pula mula menegas. Athif menghela nafas berat.

"Ye aku janji aku jaga dia macam mana kau jaga dia!" Lalu Athif mengalihkan pandangannya dari memandang wajah Haziq. Air mata mula bertakung. Dia tersentak apabila Haziq memeluk tubuhnya. Pantas dia membalas pelukan itu. Air matanya kini sudah mengalir dipipi.

Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka.

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now