Areen mendekati Haziq yang berada disebelahnya tidak jauh. Mukanya sudah kepenatan. Seraya itu Haziq berhenti memukul bulu tangkis. Dia memandang Areen.
"Abang.. abang main lah sorang-sorang dengan abang Athif. Areen penat lah. Nak duduk" kata Areen . Haziq tersenyum.
Alahai, kesian ye budak ni penat.
"Okay. Areen duduk situ dulu" balas Haziq.
Areen berjalan meninggalkan Haziq dan Athif. Dia duduk dibangku belakang Athif. Tidak jauh sangat. Areen mencapai botol airnya, dia minum dengan laju.
Haus sangat tu Areen.
Dia melihat Haziq dan Athif sedang ralit bermain. Areen tersenyum. Hanya beberapa kali sahaja bulu tangkis jatuh ke lantai. Senang cerita boleh dikira lah. Dia mengeluarkan iphone didalam beg sandangnya. Dengan senyuman yang lebar, dia merakam pergerakan lelaki berdua itu sedang bermain. Sedang ralit merakam, cepat-cepat dia masukkan semula iphone nya kedalam beg apabila Haziq dan Athif berjalan kearahnya. Dia hanya tersenyum.
"Areen okay?" Soal Haziq tersengih. Dia mengambil tempat disebelah kanan Areen. Athif pula disebelah kiri Areen. Kini posisi Areen berada diantara Haziq dan Athif.
"Okay. Abang.. Areen lapar lah" katanya dengan riak wajah sedih. Haziq yang sedang mengelap peluh di leher tergelak kecil. Turut diikuti Athif.
Areen. Walaupun dah besar panjang, perangai kebudak-budakkannya tetap tak dapat dipisahkan. Manja, tapi tidak dengan semua orang. Comel dan cantik pula tu. Tapi comel tu lebih lah.
"Abang pun lapar ni. Athif belanja"
"No hal" balas Athif seraya menghadiahkan senyuman kepada mereka.
Mereka jalan keluar dari dewan.
••••••••••••••••••••
"Nasi goreng kampung dengan nescafe ais"
"Nasi goreng tomyam dengan tea o ais"
"Kuew tiaw goreng dengan sirap ais"
Pelayan itu berjalan meninggalkan meja yang diduduki oleh Haziq,Athif dan Areen selepas mengambil pesanan.
Haziq tersentak apabila terasa kakinya disepak perlahan. Dia memandang Athif pelik. Athif membuka telefonnya. Dia menaip sesuatu.
Tinggg!
Haziq pula membuka telefonnya. Mesej daripada Athif dibuka.
Athif: Aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Kau dah tak ada masa. Lagi dua hari tu kita akan prepare semua benda and aku rasa tak sempat nak jumpa Areen.
Haziq menghela nafas berat. Dia memandang Athif. Tiada segaris senyuman diantara mereka. Kemudian pandangan dialihkan pula ke Areen. Gadis itu ralit bermain telefon tanpa disedari ada dua pasang mata memerhatinya.
Kalau ikutkan hati, bukan sekarang masanya untuk beritahu gadis itu. Lagipula mereka sedang mahu makan, jadi dia tak nak kacau mood Areen makan. Tapi dia terpaksa, sebab esok dia dah tak boleh jumpa Areen kerana dia ada banyak benda mahu uruskan. Dan dia tidak tahu bila lagi dia akan berjumpa dengan gadis itu.
Haziq berdoa semoga Areen kuat untuk menerima berita ini. Dia juga kuatkan hati walaupun beberapa hari ni dia berasa tidak sedap hati.
"Areen..." Haziq memanggil gadis itu dengan nada perlahan. Areen memandang wajah Haziq dengan senyuman.
"Abang....." Areen masih menanti. Percakapannya terhenti sebaik sahaja pelayan datang untuk menghantar makanan. Areen serta riak wajahnya yang keliru memandang Haziq.
Athif berdiam diri sambil menikmati makanannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...