Pada petang itu, Areen memandu kereta pergi ke cafe kegemarannya, iaitu Latte Cafe. Dia akan kesitu setiap kali mempunyai waktu lapang. Disitu jugalah tempat dia menenangkan fikiran dengan menikmati latte dan kek.
Dia memesan menu biasanya iaitu kek red velvet dan latte. Dia ralit menikmati kek itu sambil bermain telefonnya. Tiba-tiba satu suara menyapa. Suara yang tidak dikenali sangat.
"Sorang je ke?" Tanya seorang lelaki kepada Areen. Areen terus memalingkan muka kekiri. Seorang lelaki berdiri disebelah mejanya sambil tersenyum. Areen sedikit terperanjat.
"Haah sorang je" kata Areen kekok sambil tersenyum
"Boleh abang duduk sini?" Tanya Athif tentang kerusi yang berada dihadapan Areen
"Duduklah" ringkas Areen mempelawa. Athif terus mengambil tempat dihadapan Areen. Mereka duduk bertentangan. Areen kekok. Dia kembali menyuap kek kedalam mulutnya.
Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan Athif. Dia memesan hot chocolate dan kek coklat. Pelayan itu berlalu pergi meninggalkan meja yang diduduki oleh Athif dan Areen.
"Wife pakcik tak marah ke pakcik duduk depan saya ni?" Soal Areen sedikit ketakutan. Risau dia jika isteri pakcik tu serang dia sebab duduk semeja dengan suami orang.
Athif tergelak. Areen hairan. Dah kenapa pakcik ni gelak? Aku salah cakap ke?
"Kenapa gelak?"
"Lelaki depan awak yang awak panggil pakcik ni belum kahwin tau. Panggil abang je" kata Athif sambil berbaki sisa ketawa. Areen sudah menahan malu. Mukanya ditundukkan sedikit.
Ya Allah Areen, pakcik ni belum kahwin lah. Tapi bukan salah aku pon. Memang muka dia nampak macam bapak anak dua. Ngam lah tu panggil pakcik.
"Sorry" balasnya dengan nada perlahan
"Nama abang Athif. Athif Azreen. Nama awak?" Areen tidak lagi menundukkan kepala, tetapi mata masih menunduk memandang suku kek red velvet dipinggannya.
Pesanan yang dipesan oleh Athif sudah sampai. Dia mengucapkan terima kasih kepada pelayan lelaki bernama Ahmad. Dia menghirup perlahan hot chocolatenya. Kemudian cawan diletakkan diatas piring yang tersedia. Soalan masih belum terjawab.
Athif memandang Areen. Gadis itu tengah mengelamun. Athif memetik jarinya tepat dihapadan wajah Areen. Dia tersentak. Melihat wajah Areen yang mamai macam baru bangun tidur, membuatkan Athif tersenyum kecil. Comel wajah Areen masa tu.
"Apa dia? Sorry tak dengar" kata Areen dalam keadaan blur. Athif menggeleng kepala perlahan.
"Kan abang tanya nama awak"
"Ermm.. Ariana Syereen. Panggil Areen je" kata Areen sedikit tersenyum. Athif mengangguk perlahan.
"Abang Athif dah lama ke kenal dengan abang Haziq?" soal Areen
"Dah lama juga, dari sekolah menengah. Tapi after habis sekolah kitaorang dah tak jumpa, ni baru jumpa balik" terang Athif. Dia dan Haziq sudah kenal sejak bangku sekolah. Mereka sama-sama masuk kumpulan bola sepak sekolah sampai ke peringkat negeri. Walaupun sudah beberapa tahun, bola sepak masih segar dalam ingatan mereka.
Selesai makan, Areen meminta diri kepada Athif untuk pulang memandangkan sudah lewat petang. Lagipun dia sorang, bahaya kalau terjadi apa-apa.
Areen meminta bil bayaran kepada pelayan. Sebaik pelayan menunjukkan jumlah bil, Areen mencapai dompetnya untuk membayar. Tetapi Athif lebih pantas mengeluarkan dompetnya terlebih dahulu. Ia membuatkan Areen sedikit terkejut.
"Takpe abang belanja" kata Athif sambil menghulurkan kad bank miliknya kepada pelayan.
"Hari ni je tau. Abang jangan buat macam tu selalu, Areen seganlah. Dengan abang Haziq pon macam tu" kata Areen sambil buat muka rasa bersalah. Athif berkerut.
"Dengan abang Haziq pon macam tu? Maksud Areen?" Soal Athif kurang jelas.
"Setiap kali keluar pergi mana-mana, mesti abang Haziq yang bayarkan. Bila Areen nak ganti duit dia, dia tak bagi. Jadi Areen seganlah walaupun dah kenal dia lama" terang Areen. Athif mengangguk, dia tidak membalas apa-apa. Hanya senyum sahaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/341557841-288-k897223.jpg)
YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...