Mereka makan sambil rancak berbual. Areen menoleh saat iphone nya berdering.
Abang Athif is calling...
Areen mencapai iphone nya, butang berwarna hijau dileret ke kanan. Kemudian diletakkan ke tepi telinga.
"Hello" Areen bersuara.
"A.. Areen" suara Athif kedengaran. Areen pelik. Kenapa lain macam je suara Athif.
"Abang okay tak? Kenapa ni?" Soal Areen. Dia mula berubah wajah. Mereka yang berada dimeja makan memandang wajah risau Areen.
"Abang Haziq" Areen masih menanti. Panggilan diantara mereka sunyi seketika.
"Kenapa dengan abang Haziq?!" Areen meninggikan suaranya sedikit. Air mata mula bertakung.
Ya Allah. Apa yang jadi dekat abang Haziq? Kau permudahkan lah urusannya. Kau kuatkanlah hati aku untuk menerima berita ini ya Allah.
"Dia dah tak ada. Abang Haziq dah meninggal dunia" Athif terus memutuskan talian. Tidak mampu lagi menahan air mata.
Areen terkedu. Dia sudah mengalirkan air mata.
"Areen. Whats wrong?" Soal Alisa. Dia risau dengan keadaan Areen yang tiba-tiba menangis.
"A..bang Haziq dah meninggal" kata Areen dengan nada sedu sedan. Mereka semua terkejut.
"Innalillahhiwainna'ilaihirojiun"
••••••••••••••••••••
Areen menangis saat jenazah arwah Haziq sudah masuk ke liang lahad.
Sungguh dia tidak sangka, ini kali terakhir dia bertemu dengan Haziq Uqasyah.
Alisa yang berada disebelah kanannya, mengusap perlahan bahu Areen supaya gadis itu dapat menenangkan diri. Areen pandang sekilas keberadaan Athif yang sedang duduk diatas tikar berhadapan kubur arwah Haziq.
Lelaki itu langsung tidak mengalirkan air mata. Tapi jauh disudut hati, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu betapa peritnya kehilangan kawan baik dan rakan seperjuangannya.
••••••••••••••••••••
Dia duduk diatas katil. Lutut dirapatkan kedada. Air mata mengalir tidak henti. Dia kehilangan kedua ibu bapanya, kini, dia kehilangan seorang lelaki yang sudah dianggap abang atau lebih lagi seorang lelaki yang dia takut jika hilang atau pergi. Tetapi ini semua ketentuannya.
Kini, semua gelak tawa itu hilang serta merta. Tiada lagi Haziq Uqasyah di dunia nyata. Tiada lagi lelaki yang akan membuat Ariana Syereen gelak ketawa, tiada lagi lelaki untuk mengadu masalah. Tiada lagi tempat untuk bermanja.
Hanya kenangan yang tinggal di hatinya.
Pintu biliknya diketuk dan seraya dibuka dari luar. Susuk tubuh Alisa menghampiri katil. Alisa duduk dibirai katil bertentangan dengan Areen.
"Athif datang. Nak jumpa Areen" Areen tidak memberikan respon, dia mengalihkan pandangan ke tingkap biliknya. Alisa mendapatkan tangan gadis itu, diusapnya perlahan. Areen memandang Alisa dengan wajah yang tiada senyuman.
"Pergilah jumpa dia. Mana tahu ada hal penting pasal Haziq" kata Alisa memujuk. Dia risau akan keadaan adiknya kini, tidak selera makan. Asyik berkurung je dalam bilik. Gelak tawanya juga tidak lagi kedengaran.
Alisa bangun dan berjalan keluar dari bilik.Areen mencari Athif di ruang tamu, tidak kelihatan. Dia melangkah ke pintu rumah, kepala dijengukkan sedikit. Athif duduk dibuaian halaman rumah. Dia mengatur langkah pergi ke situ.
Dia terus duduk disebelah Athif. Athif terkejut. Dengan tak bagi salam nya budak ni.
"Kenapa abang nak jumpa Areen?" Soal Areen. Dia langsung tidak memandang wajah lelaki itu.
"Areen. Pandang abang" pinta Athif. Dia faham sangat akan keadaan gadis itu sekarang. Tapi dia juga perlu tunaikan permintaan arwah Haziq.
Areen terus memandang wajah Athif. Wajah gadis itu sedikit sembam. Athif menghulurkan sepucuk surat. Areen mengambil surat itu.
"Surat apa ni?" Soal Areen hairan.
"Surat Areen. Sebelum abang dengan abang Haziq gerak pergi Sentul, dia suruh bagi surat ni dekat Areen" terang Athif.
Areen membuka surat itu. Tertulis..
![](https://img.wattpad.com/cover/341557841-288-k897223.jpg)
YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...