Dia duduk dihadapan meja solek. Cincin yang tersarung dijari manis dipandang. Senyuman manis terukir.
Beberapa saat kemudian, senyuman itu semakin pudar. Wajahnya bertukar menjadi sendu. Air mata jatuh perlahan ke pipi.
Dia menarik laci meja soleknya, sebuah buku dan pen dikeluarkan. Dengan air mata yang terus mengalir, dia menulis sesuatu dibuku itu.
Halaman yang ditulis ditarik sehingga memisahkan dari tulang buku. Dilipat dan diletakkan sahaja atas meja. Buku dan pen dimasukkan semula kedalam laci.
Kunci kereta dicapai dan berlalu keluar bilik. Tiada siapa perasan akan perbuatannya saat itu.
Hari sudah larut malam, dia tiada hala tuju. Hanya melayan perasaan sahaja ketika itu. Air matanya masih lagi mengalir. Tetapi kali ini dia sudah menangis teresak-esak.
"Areen minta maaf abang. Maafkan Areen." Cincin tunangnya dipandang dengan mata yang basah dek kerana air mata.
Pemanduannya tika itu sangat merbahaya. Dia tidak perasan akan sebuah treler yang sedang keluar dari simpang.
Pinn!
Pinn!
Bamm!
Keretanya bergolek tiga ratus enam puluh darjah. Treler itu pula sudah terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Penglihatannya tidak nampak dengan jelas. Ia semakin samar-samar. Ada orang berlari menghampirinya.
"Areen minta maaf" bisiknya perlahan sebelum mata tertutup rapat.
••••••••••••••••••••
Athif masih belum tidur. Dia duduk diruang tamu menonton perlawanan badminton. Memang itu sahaja kegemarannya.
Cawan diatas meja kopi dicapai, dia minum air bagi membasahkan tekak. Telefonnya berdering saat dia meletakkan semula cawan diatas meja. Telefon diambil. Nama yang dikenalinya.
Asyraf is calling...
Athif: Hello. Kenapa call malam-malam ni?
Asyraf: Aku ada nak bagitau ni. Ko sabar banyak-banyak.
Athif: Kenapa ni? Kau okay tak?
Asyraf: Areen....
Athif: Kenapa dengan Areen?
Asyraf: Dia accident. Sekarang dekat HKL.
Athif terdiam. Dengan pantas dia bangun mengambil kunci kereta diatas meja dibelakang sofa dia duduk. Dia masuk kedalam kereta. Keretanya laju meninggalkan kawasan rumah.
Tidak henti dia berdoa semoga gadis itu selamat dan dalam keadaan baik. Luluh hatinya saat diberitahu gadis itu kemalangan. Kelajuan kereta ditambahkan lagi. Dia risau akan kedaan Areen.
Setibanya di hospital, dia berlari menuju ke unit kecemasan. Lega hatinya Asyraf, Alisa, Husna dan Yusuf disitu.
"Areen macam mana?" Soal Athif dalam keadaan risau.
"Tak tahu lagi. Doktor masih tengah rawat" terang Asyraf. Athif mengangguk.
Setelah satu jam menunggu, seorang doktor perempuan keluar dari bilik kecemasan. Dia menghampiri mereka.
"Ni ahli keluarga Ariana Syereen ke?" Soal doktor bernama Farah. Mereka mengangguk.
"Saya ada berita kurang baik. Ariana sekarang dalam keadaan koma. Kami dapati ada sedikit pendarahan dikepalanya. Masa orang awam bawa Ariana kesini, ada yang mengatakan kereta yang dipandu Ariana terbalik dan berpusing jauh. Saya harap banyakkan bersabar. Kejap lagi pesakit akan dipindahkan ke bilik wad" terang doktor Farah. Mereka sedih dengan apa yang didengarnya.
"Bila adik saya akan sedar doktor?" Soal Alisa.
"Mungkin lagi 3 hari, mungkin seminggu. Bergantung kepada semangat Ariana. Ahli keluarga juga sentiasa kena berkomunikasi dengan pesakit. Walaupun pesakit dalam keadaan koma. Tetapi mereka tahu apa yang jadi dikeadaan sekeliling. Saya pergi dulu" pinta doktor Farah kemudian berlalu meninggalkan mereka.
Mereka sedih akan keadaan gadis itu sekarang. Dalam masa yang sama, macam mana Areen boleh kemalangan? Setahu mereka, kecuali Athif, Areen berada didalam biliknya. Areen pon tak ada bagitau dia nak keluar.
YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
Fiksi UmumHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...