PROLOG

68 4 0
                                    

Gadis itu masih berada di biliknya walaupun keadaan di luar sangatlah bising tetapi tetap tidak menganggu dia yang daritadi menatap langit di balkoni. Tangannya terlihat tidak lepas memegang telefonnya.

Mengharap seseorang yang menjadi punca dia tersenyum kembali akan menelefon dia walaupun sekadar memberi pesanan ringkas untuknya juga sangat bermakna untuk gadis itu.

Dia masih menanti kerana dia tahu lelaki itu bukan seperti seseorang di masa lalunya. Dia percaya lelaki itu akan muncul.

Bunyi ketukkan pintu mengalih perhatian gadis itu. Setelah dia menyahut maka terbuka lah pintu itu dan muncul sosok wanita jelita yang cantik mengenakan abaya.

Gadis itu diam masih menanti apa yang wanita jelita tersebut yang ternyata adalah ibu tiri dia mahu.

"El, ibu rasa kita patut-"

"No! El tak akan batalkan majlis ini." tegas gadis itu berkata memotong perbicaraan ibu tirinya. Hah! Gila ke nak batalkan majlis dia?

"Tapi El dah hampir sejam kita tunggu dan dia masih tak muncul. Pak imam pun tak boleh tunggu lama lagi. Sebentar lagi dia ada majlis lain pula." jawab ibu tiri El tersebut dengan matanya tidak lepas menatap anak tiri dia yang sangat cantik mengenakan baju nikah berwarna putih itu dengan solekan tipis yang cukup menyerlah kecantikkan dia dan dia akui kecantikkan anak tiri dia memang mewarisi arwah mama kandung Elnaura.

"keputusan El masih sama pernikahan ini akan tetap berlangsung walaupun dia datang lambat sekali pun even dia tak muncul majlis ini akan berjalan seperti biasa." Begitu tegas dia berkata. Kali ini dia akan pertahankan. Tak akan dia biarkan perkara silam berlaku lagi.

Ya, hari ini merupakan hari pernikahan Elnaura dengan lelaki yang berjaya membuat seorang Elnaura Alanna kembali berani dan percaya untuk memulakan hubungan ini.

Lelaki itulah yang berjaya membuat Elnaura percaya dan mahu mencuba akan cinta lagi walaupun pada awalnya lelaki itu agak dingin tapi entah kenapa dia tetap membuat Elnaura tertarik dengan lelaki itu.

Kerana itu jugalah Elnaura Alanna percaya yang dia akan muncul walau macam mana sekali pun.

Dia tak pernah memungkiri janjinya dan Elnaura masih pegang akan janji itu.

Elnaura akan tetap menunggu.

Tapi entah kenapa perasaan dia dari tadi tidak sedap hati. Adakah dia terlalu takut?

Takut untuk dikecewakan buat kali kedua?

Lagi sekali Elnaura mengelengkan kepalanya cuba menghapus fikiran buruknya.

Lelaki itu bukan seperti seseorang di masa lalunya. Dia sangat berbeza.

Elnaura akan tetap menunggu walau apapun jadi.

"Saya tahu awak akan datang." gumam dia perlahan.

**

22/11/2023

My first story! Maaf kalau ada kesalahan dari segi tatabahasa dan juga typo. Maklumlah first time kan.

Enjoy!

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now