BAB 13

32 1 0
                                    

Amsyar masuk ke bilik yang dulunya berkunci. Bilik itu penuh dengan gambar mereka. Amsyar mendekat ke dinding yang terdapat gambar mereka.

Dia mengelus perlahan gambar itu.

"I'm sorry." Gumam Amsyar perlahan penuh penyesalan. Lalu dia menyadarkan dahi dia di dinding tersebut.

Ya dia sudah ingat semuanya.

Pertama kali dia ingat adalah di bilik ini juga. Saat itu Amsyar tak sengaja melihat pintu bilik ini yang sudah di buka separuh mengingatkan sebelum ini pintu ini sering di kunci oleh Dato Elmizan.

Dato Elmizan sering terlupa untuk membuang barang-barang yang terdapat di bilik ini atas permintaan Elnaura dan Amsyar bersyukur Dato Elmizan sering lupa untuk membuang barang-barang yang sangat berharga untuk Amsyar.

Masuk saja dia di bilik itu terlalu banyak gambar dia bersama dengan Elnaura bahkan lukisan wajah dia juga ada.

Dan boom! Semua memori dia datang begitu saja selepas hampir sebulan perkahwinan dia dan Arianna

Saat dia sudah mendapat memori dia kembali  semuanya sudah terlambat dia sudah pun berkahwin dan Elnaura menghilang.

Puas dia mencari Elnaura niat ingin memperbaiki hubungan mereka. Tapi sayangnya Elnaura seakan hilang begitu saja.

Dia terduduk dan melepaskan tangisan dia di situ. Kenapa begini sekali takdir mereka?

Kau bodoh Amsyar bodoh! Kalau lahh kau dengar cakap keluarga kau semua ini tak akan terjadi.

Dia ingat kata-kata adik dia

"Abang akan menyesal. Percaya lahh cakap Mel."

Ya betul Mel abang betul-betul menyesal kalau dia dengan bodohnya tidak membatalkan pernikahan mereka mungkin saat ini dia sedang berbahagia bersama dengan Elnaura mungkin juga sudah ada anak.

Selepas saja dia sudah mendapat ingatan dia kembali memang dia terus jadi dingin dengan Arianna.

Bahkan dia juga hampir mencederakan Arianna saat dia sudah mendapat memori dia balik.

Perempuan tak guna! Ambil kesempatan saat dia hilang ingatan.

"I want you back Naura." Gumam Amsyar perlahan.

Apalagi Elnaura sekarang benar-benar sudah berbeza. Gadis ini sudah lebih yakin dengan diri dia sendiri dan juga tegas. Dia jadi teringat layanan kasar dia pada Elnaura. Sumpah dia betul-betul menyesal!

Amsyar sendiri terkejut saat dia mengetahui Elnaura sudah menjadi model terkenal di New York. Dia sering ikut perkembangan gadis itu. Mahu menyusul kesana? Kalau ikutkan dia memang hampir ke New York tapi dia tahankan diri dia.

Tapi jujur Amsyar lebih rindu melihat Elnaura memegang pensil daripada melihat gadis itu berjalan di atas pentas.

Oh ya bukankah Elnaura ada show? Rasanya tak sempat jika dia pergi sekarang.

**

"Miss Elnaura. Sudah boleh bersedia ya." Ujar perempuan itu.

Seakan mengerti Elnaura belek lagi wajah dia di cermin. Dress putih tali nipis yang dikenakan juga dia betulkan sedikit. Panjang dress itu sampai mencecah lantai agak sukar sikit untuk Elnaura bergerak. Terdapat mahkota kecil di kepala dia. Kasut juga berwarna putih 5 inci.

"Miss." Panggil perempuan itu sambil menganggukan kepalanya.

Elnaura mengerti dia menghela nafasnya. Dagu di angkat sedikit. Wajahnya yang tersenyum tipis langsung hilang di gantikan dengan muka dingin dia.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now