BAB 10

23 2 0
                                    

Dia baring di atas katil sambil menatap siling bilik. Fikiran dia saat ini benar-benar kosong. Dia betul-betul sudah lelah.

Adakah susah untuk dia merasakan bahagia yang sebenar? Dia sangkakan kebahagiaan sudah menjadi milik dia tapi dia silap.

Rupanya jalan untuk menuju kebahagiaan sangatlah sulit. Tanpa sedar laluan menuju kebahagiaan terdapat duri. Duri yang menyakitkan sehingga meninggalkan luka yang sangat dalam sehingga ianya meninggalkan parut.

Parut yang tidak akan hilang. Sakit yang dia rasa tak akan dia lupakan sehingga akhir nafas dia.

Jika dia diberi peluang mahu saja dia berpatah balik saat-saat pertama kali mereka berkenalan hanya untuk dia berlari jauh dari lelaki itu agar dia tak perlu merasakan sakit ini.

Dia menyesal kerana membuka hati dia untuk lelaki itu. Sangat-sangat menyesal.

Dia sangkakan lelaki itu kebahagiaan dia tetapi ternyata lelaki itu adalah penderitaan dia.

Cinta ini sangat menyakitkan. Dia bersumpah tak akan pernah mahu lagi merasai cinta ini lagi. Ianya racun!

Air mata dia tanpa sedar menitis sehingga membuat gadis itu yang ternyata adalah Elnaura ketawa kecil sehingga tawa itu menjadi esakkan.

Ruangan bilik dia hanyalah penuh dengan tangisan seorang Elnaura Alanna.

"How could you Amsyar." gumam Elnaura lirih. Tidak adakah perasaan cinta buatnya? Walaupun lelaki itu hilang ingatan tak akan sikit pun cinta itu tak ada?

"Kau tipu Amsyar. Kau kata kau sayangkan aku! Kau kata kau cintakan aku! Tapi kenapa?! Kenapa perasaan tu terus hilang?!" Ujar Elnaura menahan emosi dengan air mata yang masih setia mengalir.

"Apa yang ada pada Arianna sehingga kau sanggup buat macam ni dekat aku." Gumam Elnaura sambil memegang dadanya yang sesak.

Akhirnya dia terusan menangis melepaskan perasaan sakitnya.

**

Elnaura turun dengan wajah dingin walaupun matanya terlihat bengkak kerana terlalu banyak menangis. Tapi dia masih juga turun untuk makan malam bersama keluarganya.

Kalau ikutkan dia memang tak mahu turun tapi untuk apa dia jadi seperti ini? Dia tak mahu terlihat lemah di hadapan Arianna. Dia tak mahu membuat gadis itu puas melihat kehancuran dia.

Langkah kaki dia terhenti saat dia melihat sosok yang dia kenal juga berada di meja makan mereka. Lelaki itu sedang ketawa bersama dengan Arianna seolah dia tak kisah kerana sudah memutuskan pertunangan antara mereka.

Elnaura menarik nafas lalu di hembus perlahan cuba untuk menenangkan diri. Setelah selesai dengan tenangnya dia menuju ke meja makan tersebut dengan wajah dingin.

Tidak berperasaan dia menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Amsyar dan Arianna yang sudah menatap dia dengan terkejut. Manakala Datin Arina yang baru tiba di meja juga terkejut melihat dia.

Dia dengan tenang mengambil pinggan dan isi dengan nasi bersama dengan lauk lain. Lalu makan dengan bersahaja seolah kehadiran mereka bertiga tidak wujud.

"Eh Kak El sorry Arianna tak panggil kakak. Ingatkan kakak taknak makan." Ucap Arianna lembut.

Datin Arina berdehem sambil menatap Arianna dan Amsyar.

"Jadi ke apa yang kamu berdua bincang?" Tanya Datin Arina. Dia tahu ini adalah perkara gila yang sudah dia lakukan! Jika di ketahui oleh suaminya memang teruk mereka di kerjakan.

Amsyar tersenyum lebar. Dia menatap Arianna penuh kasih.

"Mestilah jadi ibu. Tak sangka papa bagi kebenaran untuk gunakan taman rumah ini sebagai pernikahan kami." Ujar Amsyar sambil tersenyum lebar yang membuatkan Datin Arina dan Arianna terkejut mendengar kata kata Amsyar. Apalagi ada Elnaura di meja tersebut!

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now