Setengah hati mencinta,
ku sakit karenamu.———————————
Sekali lafaz kini Arianna sudah sah menjadi isteri Amsyar Khalaf.Baju pengantin yang seharusnya di pakai oleh Elnaura kini di ganti oleh Arianna.
Arianna hanya menggunakan wali hakim mengingatkan dia sudah tidak punya siapa-siapa lagi selain ibu dia.
Pernikahan mereka berlangsung di Hotel Dream's yang seharusnya menjadi majlis persandingan Amsyar dan Arianna. Kelam kabut wedding planner itu ubah suai untuk di jadikan tempat pernikahan mereka. Lalu setelahnya di ubah suai kembali untuk majlis persandingan pula.
Di sebabkan Dato Elmizan tidak turut serta maka rancangan mereka yang pada awalnya mahu membuat majlis nikah di rumah Dato Elmizan langsung tak jadi.
Bahkan rancangan Datin Arina yang ingin melakukan pernikahan Arianna di taman itu turut di batalkan apabila Dato Elmizan tidak mengizinkan mereka untuk menggunakannya.
Tiada senyuman di wajah Puan Melina saat Arianna menghulur tangan untuk salam dan dia hanya balas dengan muka terpaksa.
Manakala Amelia tak mahu turut serta sudah puas di pujuk oleh Abang dia tapi tetap gadis itu buat buat tak dengar. Amsyar akhirnya mengalah memujuk adik dia.
Amsyar mengucup dahi Arianna yang kini sudah sah menjadi isteri dia. Tapi kenapa dia tak rasa apa-apa?
Kucupan itu cukup lama atas arahan fotografer yang di tugas kan untuk mengambil gambar mereka.
Arianna tersenyum manis menatap suami dia yang begitu kacak mengenakan baju melayu putih. Amsyar juga turut membalas senyuman isteri dia.
Tanpa sedar dari jauh sepasang mata memerhati pasangan bahagia itu. Dia mengenakan kaca mata hitamnya untuk menutup mata bengkaknya.
"Semoga berbahagia." Gumam gadis itu yang ternyata adalah Elnaura.
Seharusnya dia yang berada di samping Amsyar bukan Arianna.
**
Dia melempar segala lukisan dia di biliknya. Mengoyak semua lukisan yang penuh dengan Amsyar.
Dia menjerit kuat sambil menangis.
Tidak cukup dia musnahkan lukisan dia tangan Elnaura juga laju menolak kasar segala perhiasan di meja soleknya.
"Arghhhh!!" Jerit Elnaura sambil tangannya menumbuk cermin meja soleknya.
"Aku benci kau!!" Jerit Elnaura lagi bersama tangan yang sudah menitis mengeluarkan darah.
Sakit yang terasa di tangan tidak setanding dengan rasa sakit di hatinya.
Melihat lelaki yang sangat dicintainya sepenuh hati berkahwin dengan perempuan lain dan perempuan itu adalah adik tiri dia sendiri.
"Kenapa kau buat aku macam ni?!" Lemah suara Elnaura lalu dia terduduk.
Bunyi ketukan kuat di pintunya Elnaura abaikan.
"Elnaura?! Buka pintu ni!" Ucap Dato Elmizan risau mendengar bunyi yang kuat terhasil dari bilik Elnaura. Dia cuba untuk membuka pintu tapi di kunci oleh gadis itu.
Dato Elmizan dengan panik menelefon Estella satu satunya sahabat Elnaura.
"Kenapa Amsyar?!" Jerit Elnaura lagi. Lalu dia mengoyak gambar dia bersama dengan Amsyar.
Dia melempar segala barang yang dia capai.
"Elnaura Alanna! Buka pintu ni." Ucap Estella sambil mengetuk pintu bilik dengan kasar. Nasib baik lokasi dia memang berada dekat dengan rumah Dato Elmizan. Setelah papa Elnaura menelefon dia memberitahu tentang kondisi Elnaura dia langsung memandu keretanya dengan laju.
YOU ARE READING
ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)
Storie d'amore"Beauty begins the moment you decide to be yourself." Hanya kerana kesalahan si dia Elnaura bukan lagi diri dia yang dulu. Satu peristiwa telah membuat Elnaura berubah. Diri dia yang sangat suka melukis tiba-tiba menjadi benci dengan lukis sehingga...