BAB 18

36 1 0
                                    

Elnaura tersenyum sinis saat dia membaca gosip tentang dia dan Dahlia semalam.

Dia dah agak mesti benda ini akan jadi. Nasib baik hari ini dan esok dia tak ada apa-apa jadual.

Bunyi deringan telefon mengalihkan perhatian Elnaura yang menatap bangunan bangunan yang kecil saja pemandangan dia mengingatkan dia saat ini berada di penthouse.

Tertera nama 'Qistina' di skrin telefon dia. Elnaura mencebik nak membebel lahh tu. Dia hanya biarkan saja tak sanggup mahu mendengar bebelan gadis itu.

Elnaura masuk ke dalam mengingatkan agar lama juga dia berdiri di balkoni penthouse dia.

Dia duduk di sofa dan menghidupkan televisyen. Telefon yang di pegang dia lempar di sofa sebelah dia.

Melihat gosip dia di berita membuatkan Elnaura bosan. Masih awal lagi tapi dah muncul topik dia.

"Netizen." Elnaura tersenyum sinis sambil mengelengkan kepala dia.

Dia kemaskan ikatan kimono satin dia untuk menutup tubuh dia yang hanya mengenakan night dress paras lutut.

Dengan tenang Elnaura menutup televisyen. Tak ada benda lain agaknya mereka ini asyik cari salah dia je.

Habis lahh telinga dia nanti kena pulas dengan papa.

Kaki dia menuju ke dapur dan seperti biasa sarapan dia kali ini cornflake bersama susu. Kalau dia duduk sendiri hanya itu saja dia jadikan sarapan kadang kadang roti bakar tak pun pancake. Tapi kalau dia balik rumah papa memang dia makan nasi goreng tak pun nasi lemak.

Selesai sarapan Elnaura kini menuju ke bilik dia yang serba putih itu. Dia lalu masuk ke bilik air pula untuk membersihkan diri.

**

"Musuh sudah masuk." Rizqin mendengar suara Knight yang ternyata adalah Arfan di alat komunikasi yang terdapat di telinganya.

"Keep watching." Balas Rizqin dingin dengan pakaian serba hitam. Dia juga mengenakan topi berwarna hitam juga mask untuk menutup wajahnya.

Kali ini dia turut serta dengan misi mereka. Terdapat perculikan yang di jadikan tebusan. Apalagi itu adalah anak gadis kepada Tengku Riyyad. Kini mereka berada di bangunan lama yang mempunyai tingkat 3 yang terbiar dan lokasi bangunan itu berada di tengah hutan.

Posisi Rizqin masih berada di bahagian pohon besar yang dekat dengan jalan masuk. Dia masih memerhati mangsa dia yang tunggu masa saja untuk dia serang.

"Eagle, position?" Tanya Rizqin dingin.

"Clean King." Jawab Eagle yang merupakan sniper mereka.

"Wolf?"

"I'm ready King." Balas Wolf yang sedang bersedia untuk serang.

"Stern?" Rizqin memegang earpiece. Menunggu balasan seseorang. Mereka tak akan mampu meneruskan misi ini tanpa Stern.

Manakala di ruangan rahsia yang serba hitam dan mempunyai banyak skrin dan barang-barang teknologi yang canggih. Terdapat seorang lelaki yang sedang tekun menaip sesuatu di keyboard dan mata begitu tekun melihat skrin. Dia tersenyum sinis setelah berjaya. Lalu dia memegang earpiece dia.

"I'm done." Balas dia singkat.

Rizqin tersenyum sinis setelah mendengar balasan jejaka itu.

"Now!" Tempiknya dan laju kaki dia menuju ke musuh yang berjaga di pintu masuk terkejut melihat kehadiran dia dan belum sempat musuh tersebut mengeluarkan pistol Eagle sudah terlebih dulu menembak musuh mereka mengingatkan dia adalah sniper.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now