Sudah sebulan berlalu dan Amsyar Khalaf masih tidak menyerah untuk mendapatkan perhatian Elnaura Alanna yang makin lama makin dingin itu.
Bila di ajak keluar makan kata gadis itu dia sibuk dengan assignment nya bila di ajak untuk keluar pada hari weekend lagi sekali gadis itu memberi alasan untuk meluangkan masanya dengan kawan baiknya.
Amsyar mengeluh tiap kali teringat penolakkan Elnaura Alanna.
"Kerasnya hati awak." Gumam dia perlahan.
Bahkan sampai saat ini dia masih tidak mempunyai nombor telefon Elnaura Alanna. Bukan dia tidak mintak hanya saja tiap kali dia mintak mesti gadis itu akan memberi jawapan 'sekejap' dan jawapan itu juga lahh yang membuatkan dia masih belum berjaya untuk mendapatkan nombor telefon Elnaura Alanna.
Tak apa Amsyar jangan menyerah! Banyak lagi cara kau boleh buat.
Amsyar tersenyum kecil lalu dia memejam matanya menikmati suasana tenang di taman tempat pertama kali dia menegur Elnaura Alanna.
Getaran terasa di kocek seluarnya. Amsyar membuka mata lalu dia mengeluarkan telefonnya dan tertera nama Qaldi di skrin telefonnya.
Qaldi
Kau kat mana?Itu lahh pesanan ringkas dari satu satunya kawan yang dia kenal di United Kingdom. Qaldi juga lahh tempat dia meluah perasaan sedihnya tiap kali dia ditolak oleh Elnaura Alanna.
Me
Aku kat taman.Qaldi
Tak ingat nak balik ke? Dah nak maghrib Amsyar oii.Amsyar mencebik. Ya Qaldi seorang yang sangat cerewet dan sangat memetingkan kelakuan. Qaldi tak nak terlalu diikutkan budaya orang barat ni. Kerana itu Qaldi amat tidak suka jika dia sering balik lambat ke dormnya.
Me
Ya, nak balik lah ni.Amsyar langsung menyimpan telefonnya kembali. Tidak mahu mendengar Qaldi membebel lagi lebih baik dia balik sekarang.
Haihh siapa siapa yang jadi isteri Qaldi nanti memang malang betul.
**
Malang sangat malang! Macam mana dia boleh dapat partner dengan lelaki itu untuk assignment mereka kali ni?
Dia lagi rela buat seorang diri daripada dengan lelaki itu tapi apakan daya projek mereka kali ini agak lain kerana kali ini mereka harus bukan saja melukis tetapi juga harus mengambil gambar dan pastikan gambar dan hasil lukisan mempunyai kisahnya tersendiri. Setiap kumpulan mempunyai dua orang seorang melukis manakala lagi seorang mengambil gambar.
Elnaura Alanna boleh buat semua itu sendiri tapi arahan pensyarahnya sendiri yang mengatakan mereka harus buat dengan pasangan masing masing tanpa penolakkan.
Rasa menyesal pula ambil kelas Professor Herris terlalu awal. Mengingatkan kelas ini bergabung dengan semua kos art dan akhirnya dia satu kelas dengan Amsyar walaupun Amsyar di kira sebagai senior dia saat ini tapi peduli apa dia?
Akhirnya di sinilah dia berada di kafe dekat dengan tempat belajarnya bersama dengan Amsyar.
Ya Amsyar Khalaf yang menjadi partner dia. Lelaki itu dari tadi tersengih mana taknya? Lelaki itu lahh paling gembira saat dia disatukan dengan Elnaura dengan projek mereka.
"Boleh kita mulakan?" Ucap Elnaura yang memulakan perbicaraan sembari meminum coffee latte.
"Apa kata kita berkeliling di bandar? Untuk mencari inspirasi dengan cara melihat persekitaran kita?" Cadang Amsyar.
Elnaura terlihat tertarik dengan cadangan yang diberi oleh Amsyar. Nampak menarik hmm not bad juga cara lelaki itu berfikir.
"Okay. Bila?" Balas Elnaura.
YOU ARE READING
ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)
Romance"Beauty begins the moment you decide to be yourself." Hanya kerana kesalahan si dia Elnaura bukan lagi diri dia yang dulu. Satu peristiwa telah membuat Elnaura berubah. Diri dia yang sangat suka melukis tiba-tiba menjadi benci dengan lukis sehingga...