Bunyi sudu berlaga kedengaran di dapur. Hanya itu saja suasana sarapan di dapur kediaman milik Dato Elmizan.
Tiada seorang pun yang bersuara. Elnaura juga dari tadi tenang memakan sarapan dia iaitu nasi goreng. Walaupun sudah 3 tahun dia duduk di New York tapi tekak dia masih ingin makanan melayu.
"Arianna dan Amsyar berapa hari lagi duduk sini?" Tanya Datin Arina memecahkan suasana yang dari tadi hening.
"Esok kami dah balik ibu." Jawab Arianna tersenyum kecil manakala Amsyar hanya tenang memakan sarapan dia.
"Ibu suka tengok rumah kau orang ni. Cantik. Pandai kamu hias ya?" Ucap Datin Arina yang sudah beberapa kali pergi ke rumah milik pasangan suami isteri ini.
Elnaura tersenyum sinis. Memang lahh cantik dah dulu dia dengan Amsyar yang sama-sama hias rumah yang sepatutnya rumah mereka.
Arianna tersenyum paksa. Kalau lahh mama tahu siapa yang hias rumah itu.
"Cantik kan? Tangan orang seni ibu. Bukan Amsyar sorang je yang hias." Jawab Amsyar tenang dengan mata melirik Elnaura sebentar.
Elnaura terkedu. Sekejap kenapa dari gaya Amsyar ini macam Amsyar yang dia kenal? Pandangan lelaki itu juga sama.
Adakah lelaki itu sudah ingat?
Elnaura mengigit bibir dia cuba mengawal diri. Dia tak mahu lagi ingat kenangan dulu.
"Oh ya El, malam ni jangan lupa ya papa ada buat makan makan kat taman milik arwah mama El. Dah lama sangat rasanya kita tak buat bbq kan El?" Ucap Dato Elmizan berjaya mengalihkan perhatian Elnaura.
"Serius papa? Mesti lahh El join!" Balas Elnaura teruja. Dulu memang itu sudah jadi kebiasaan papa dan arwah mama yang sering mengadakan BBQ di taman itu apalagi taman arwah mama memang luas bahkan ada swimming pool sekali.
"Nanti jemput lahh sekali Estella dengan pembantu kamu tu."
"Okay pa!" Jawab Elnaura yang benar-benar teruja.
**
Bunyi kamera masih berbunyi dan Elnaura tukar posisi lain untuk di ambil oleh fotografer tersebut.
Tak henti-henti mulut fotografer itu berkata untuk menyuruh Elnaura mengubah gaya lain dan Elnaura turutkan saja.
"Okay done! Thank you for today Elnaura." Ucap fotografer itu setelah hampir 15 minit dia di tugaskan untuk mengambil gambar model tersebut.
Laju kaki Qistina menuju ke majikan dia. Air fresh orange yang di beli oleh dia langsung di hulurkan kepada Elnaura yang langsung menyambut dan meminum air tersebut dengan sedikit rakus.
Hausnya!
Lalu dia menuju ke bilik pemakaian.
"Lepas ni ada apa-apa lagi tak?" Tanya Elnaura kepada pembantu dia yang serius mengemas perlengkapan milik Elnaura di bilik pemakaian.
"Dah tak ada. Cik El dah boleh terus balik." Ujar Qistina yang membuat Elnaura tersenyum lega.
Finally! Dari pagi sampai ke petang dia sibuk dengan photoshoot. Akhirnya selesai juga.
Tangan Elnaura mengambil kapas dan pembersih make up lalu dia membuang segala make up yang berada di wajah dia. Setelah selesai kaki dia masuk ke dalam fitting room untuk menukar baju.
Kini dia kembali dengan baju asalnya iaitu blouse hitam dengan skirt kembang berwarna putih.
Dia dan Qistina keluar dari bangunan tempat Elnaura photoshoot.
YOU ARE READING
ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)
Romance"Beauty begins the moment you decide to be yourself." Hanya kerana kesalahan si dia Elnaura bukan lagi diri dia yang dulu. Satu peristiwa telah membuat Elnaura berubah. Diri dia yang sangat suka melukis tiba-tiba menjadi benci dengan lukis sehingga...