BAB 9

23 1 0
                                    

Kata Doktor Amsyar hilang ingatan. Semua memori Amsyar tentang dia lelaki itu tak ingat.

Tapi Amsyar masih ingat Tuan Amran, Puan Melina dan Amelia hanya dia saja Amsyar tak ingat.

Dan Elnaura faham kenapa mereka memberi dia pandangan sedih. Rupanya lelaki itu tiada memori tentang dia.

Kata Doktor lagi mungkin memori yang Amsyar tak ingat adalah memori yang menyakitkan. Memori menyakitkan tapi pada masa yang sama berarti.

Dia ingatkan hanya di drama atau novel melayu yang dia baca saja tentang watak hero yang hilang ingatan ni.

Tak sangka pula perkara itu betul betul terjadi dekat dia.

Dia jadi teringat pula kejadian tadi. Sangat sakit ya. Tapi dia hanya mampu senyum saja mungkin ini balasan untuk dia.

"Kau siapa?"

Elnaura terdiam. Kenapa Amsyar tiba tiba tanya macam ni? Pandangan mata dia pun tidak lagi hangat seperti dulu ianya menjadi dingin dan kosong. Tiada lagi senyum Amsyar untuk dia. Apa sedang berlaku ni? Adakah Amsyar sedang kenakan dia?

"Tak payah buat lawaklah Amsyar. Apa tanya macam tu. Saya ni Elnaura tunang awak." Ucap Elnaura sambil ketawa kecil cuba menutup perasaan gugup dia.

Amsyar terdiam. Lama dia memerhati wajah gadis itu dan juga kata kata dari gadis bernama Elnaura.

Lalu tak lama.

"Hahahaha kau buat lawak ke ni? Sejak bila aku ada tunang?! Aduhh sumpah kelakar!" Begitu kuat Amsyar ketawa. Dia ada tunang? Gila ke apa. Kenal dengan perempuan tu pun tak tiba tiba mengaku sebagai tunang dia.

Hilang senyuman Elnaura dia terkedu melihat Amsyar yang ketawakan dia seakan dia mengatakan sesuatu yang lucu.

"Amsyar Khalaf! That's too much! Kenapa biadap sangat ni? She's your fiancé Amsyar! Dia adalah perempuan yang Amsyar cinta." Tegur Puan Melina dengan pandangan tajam dia. Terlalu marah melihat Amsyar yang tanpa merasa bersalah kerana sudah ketawakan Elnaura.

Amsyar terdiam setelah mendengar kata kata dari Puan Melina. Dia menoleh kembali menatap gadis itu yang wajahnya sudah sedih. Tiada lagi senyuman seperti tadi.

Betul ke perempuan ni tunang dia? Tapi kenapa dia tak rasa apa apa?

"Tapi Amsyar tak kenal dia ni siapa mama." Kata Amsyar lagi yang membuatkan Elnaura hanya senyum cuba untuk sembunyikan perasaan sakit dia.

Elnaura mengeluh. Tak apalah mungkin ini ujian untuk dia.

Kini dia datang lagi melawat Amsyar saat dia mahu membuka pintu dia terkejut melihat Amsyar yang sedang ketawa bersama seseorang.

Dan orang itu adalah Arianna.

Apa lagi ni?

"El kenapa tak masuk?" Tanya Puan Melina. Dia yang baru saja tiba pelik melihat Elnaura yang hanya diam di hadapan pintu bilik anak lelaki dia.

Elnaura tersentak lalu dia menoleh menatap Puan Melina.

"Tak ada apa Aunty. El teringat El terlupa sesuatu." Ucap El tersenyum cuba sembunyikan perasaan sakit dia.

"Ma? Kenapa berhenti ni?" Tanya Amelia yang turut sampai bersama Tuan Amran dan yang membuat Elnaura terkejut adalah papa dia juga turut datang.

Puan Melina tahu gadis itu menipu lalu laju saja dia masuk dan di ikuti oleh mereka yang lain.

Tersentak Amsyar dan Arianna.

Manakala wajah Arianna terlihat pucat dan Amsyar pula tersenyum bahagia.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now