BAB 14

37 1 0
                                    

Elnaura Alanna ternganga melihat syarikat besar yang berdiri gah di hadapan dia. Betul ke tempat ini? Tapi melihat dari nama syarikat tu betul.

But wow serious besar betul syarikat ni!

Elnaura menarik nafasnya lalu di hembus perlahan. Okay you can do it Elnaura!

Dia berjalan dengan yakin menuju ke pintu masuk syarikat tersebut. Pandangan pegawal di abaikan oleh Elnaura bukan dia ada buat benda jahat pun.

Dia hanya mengenakan blouse putih dan skirt labuh paras lutut berwarna peach tidak lupa juga pakaian tersebut di kenakan dengan kasut booth berwarna hitam.

Pandangan mata dia di sajikan dengan decor syarikar itu yang benar-benar cantik dan mewah!

Terpampang nama syarikat itu.

CRYPTOSHIELDS.

Elnaura menuju ke meja pertanyaan dan perempuan yang berada di meja itu tersenyum manis.

"Ya cik boleh saya bantu?" Penuh sopan perempuan itu bertanya.

"Err saya nak jumpa dengan aduhh saya tak tahu nama dia tapi hanya di panggil dengan R.A dia ada tak?" Tanya Elnaura sempat dia mengaru kepala dia. Nasib baik papa ada sebut kalau tak rasanya dia dah kena halau.

"Cik dah buat perjanjian ke?" Tanya wanita itu yang seperti tahu siapa yang mahu di jumpa oleh Elnaura.

"Dia tak tahu tapi saya betul-betul nak jumpa dengan dia."

Wanita itu hanya diam. Tiada perjanjian patut ke dia izinkan? Risau dia kena marah nanti. Lalu matanya terlihat seseorang yang dia kenal sedang menuju ke meja dia.

"Cik Arfan." Tegur wanita itu sambil menunduk sedikit ke lelaki kacak itu. Mengingatkan jawatan lelaki di hadapan dia ni sangat tinggi berbanding dia sudah tentu dia harus hormat. Apalagi lelaki itu juga senior dia.

Arfan hanya tersenyum tipis.

"Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Arfan sempat mata dia melirik perempuan cantik di sebelah dia. Macam pernah nampak tapi dekat mana ya?

"Cik ni nak jumpa dengan Tuan. Tapi tak buat temu janji." Balas perempuan itu yang membuatkan Arfan menganggukan kepalanya.

"Tak apa, biarkan je dia naik nanti saya sendiri yang cakap dekat Tuan." Ujar Arfan yang membuatkan wanita tersebut akur.

Elnaura hanya terkebil-kebil melihat dua orang di hadapan dia. Masih lagi menunggu. Boleh jumpa ke tak ni?

Arfan menoleh melihat Elnaura.

"Jom ikut saya." Balas Arfan lalu melangkah menuju ke lift di ikuti oleh Elnaura.

Pintu lift di buka dan mereka langsung masuk ke dalam perut lift yang kebetulan tak ada orang. Dia menekan butang tingkat 30.

Elnaura hanya diam. Dia tak tahu nak berbual apa dengan lelaki di hadapan dia ni. Manakala Arfan dari tadi dia fikir dari mana rasanya dia tengok perempuan ini.

Ting

Pintu lift terbuka dan Arfan dengan tenang berjalan manakala Elnaura merasa seram mengingatkan tingkat yang mereka lalu ini sangat sunyi tapi mata dia tak lepas menatap dekorasi kawasan tersebut yang sangat menarik.

Sehingga akhirnya mereka berhenti di hadapan pintu kayu berwarna hitam tersebut.

"Masuklah dulu. Dia sekarang ni tengah ada meeting lagi 10 minit rasanya habislah dia punya meeting." Ujar Arfan sambil membuka pintu tersebut.

Elnaura masuk ke dalam pejabat tersebut sempat dia memberi senyuman pada Arfan.

"Thank you.." Elnaura ragu-ragu untuk memanggil lelaki ini apa.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now