BAB 7

24 1 0
                                    

"Damn!" Amsyar mencarut kuat lalu menumbuk dinding melepaskan perasaan marah dia. Tangan yang terasa sakit kesan menumbuk dinding tadi dia hanya abaikan rasa sakit itu.

Laju kakinya masuk ke bilik air dan membuka bajunya lalu berdiri di bawah pancuran showernya.

Dia membersihkan tubuhnya dengan kasar.

Kenapa jadi macam ni?! Macam mana semua ni boleh terjadi?!

"Sial! Memang sial!" Jerit Amsyar melepaskan perasaan marah dia.

Lalu dia terduduk dengan kepala menunduk menatap lantai dengan tatapan kosong.

Naura..

Baru 2 hari lepas dia ketawa bahagia bersama dengan tunang dia saat mereka sama sama beli perabot untuk rumah mereka nanti.

Air mata Amsyar perlahan mengalir dia tak minta semua ini terjadi dekat dia.

Dia cuma nak bahagia dengan Naura salahkah apa yang dia mahu?

Tapi kenapa? Amsyar sungguh tak kuat jalani hari dia.

"Aku tak kuat. Kenapa berat sangat ujian ini?" Gumam Amsyar lemah.

Dia tak sanggup kehilangan Elnaura Alanna. Dia benar benar akan gila jika dia kehilangan gadis itu.

**

Elnaura begitu tekun melukis di bilik lukisan yang papa sediakan buat dia.

Dia tersenyum kecil melihat hasil lukisan dia. Ya dia melukis Amsyar lelaki yang sangat di cintainya.

Matanya memerhati bilik lukisan dia yang terdapat beberapa lukisan muka Amsyar bahkan di dinding juga terdapat gambar mereka saat saat mereka berada di UK.

Lagi 3 bulan saja lagi dan Elnaura benar benar tidak sabar jadi isteri kepada Amsyar Khalaf.

Dia mengambil telefonnya ingin menelefon sang tunang.

Sudah lama dia tidak jumpa dengan Amsyar kali terakhir mereka jumpa pun masa dia dengan Amsyar beli perabot itu pun 2 minggu lepas.

Banyak kali juga Elnaura ajak Amsyar keluar tapi lelaki itu selalu memberi alasan sibuk dan Elnaura tentu saja faham akan kesibukkan tunang dia itu.

Belum lagi Amsyar outstation di Langkawi selama 4 hari. Membuatkan Elnaura betul betul rindu dengan tunang dia.

Rasanya mesti Amsyar sudah balik dari outstatian kan? Dia tersenyum lebar dan langsung menekan contact nombor milik tunang dia.

1 panggilan tidak berjawab. Elnaura cuba lagi kali kedua pun tidak berjawab.

Setelah kali ketiga baru lahh Amsyar angkat.

"Kenapa lama sangat?" Ucap Elnaura cemberut.

"Sorry. Saya tak dengar." Jawab Amsyar datar.

Elnaura yang baru saja mahu merajuk langsung tak jadi saat dia mendengar nada Amsyar seperti itu.

"Saya kacau awak ke?" Tanya Elnaura serba salah. Kalau dia tahu Amsyar tengah sibuk memang dia takkan kacau.

Terdengar suara Amsyar yang mengeluh.

"Awak tak kacau pun. Ada apa call saya?"

"Saja. Saya rindu sangat dekat awak." Balas Elnaura.

"Itu je ke?" Itu lahh balasan Amsyar.

Elnaura tersentak. Ini kali pertama Amsyar seperti ini. Mungkin Amsyar penat kot sebab tu Amsyar jawab macam ni. Ya mesti Amsyar tengah penat, Elnaura masih lagi cuba fikir positif.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now