BAB 6

22 1 0
                                    

Sudah beberapa hari berlalu hubungan Amsyar dan Elnaura masih lagi dingin. Banyak kali Amsyar cuba untuk jumpa dengan Elnaura tapi Elnaura langsung tidak keluar dari rumah.

Telefon sikit pun tak berangkat bahkan saat dia menghantar pesanan pun tidak di baca oleh Elnaura. Dia hampir mahu gila! Gila kerana terlalu rindukan gadis kesayangan.

Dia benar-benar risaukan Elnaura. Dia tidak bermaksud berkata seperti itu pada Elnaura. Amsyar menyesal sangat sangat menyesal.

Hanya saja saat itu yang dia rasa sangat kecewa bila Elnaura menuduh dia curang di belakang gadis itu. Kerana itu dia terlepas kata. Ah mahu menyesal pun tak guna benda sudah pun jadi. Kerana mulut badan binasa.

"Kau bodoh Amsyar kau bodoh." Gumam Amsyar perlahan.

Dia langsung tidak fokus membuat kerja fikirannya penuh dengan Elnaura. Buat apa dia kerja? Jika dia terusan merasa bersalah dengan tunangnya bahkan rindu dia pada Elnaura sudah tak terkira.

Bukan niat dia untuk berkata seperti itu pada Elnaura hanya saja saat itu dia seolah terbayangkan Arianna itu adik perempuan dia. Kerana itulah keluar kata kata kejam daripada mulut dia sendiri.

Tapi apa boleh buat? Nasi sudah jadi bubur benda pun sudah jadi. Nak menyesal pun tidak guna juga.

Ketukan pintu pejabat mengalihkan perhatian Amsyar.

"Ya pa?" Tanya Amsyar yang pelik melihat Tuan Imran. Ada urusan apa ni?

"Papa cuma nak ingatkan majlis kita dekat Hotel Ryden pada malam esok nanti. Amsyar masih ingatkan?" Ucap Tuan Amran pada anak lelaki dia itu. Bukan dia tidak nampak sudah beberapa hari Amsyar tidak fokus dengan kerja dia. Mahu bertanya dia tahu anak lelaki dia ni takkan buka mulut.

Oh majlis itu. Sejujurnya Amsyar lupa akan majlis yang sering di adakan untuk syarikat.

"Kalau Amsyar tak sihat tak apa lagi pun masih ada papa dan mama kat majlis ni nanti." Kata Tuan Amran lagi.

Amsyar tersenyum menatap papa dia "Amsyar okay pa. Papa jangan risau esok Amsyar akan datang."

"Betul ni? Papa tak kisah pun kalau Amsyar tak datang." Tanya Tuan Amran lagi mahukan kepastian sang anak.

Amsyar menganggukan kepalanya "Ya pa, Amsyar datang."

**

Amsyar mengetuk pintu rumah banglo kepunyaan keluarga Elnaura.

Dia boleh gila jika biarkan Elnaura seperti ini lebih baik dia cepat cepat selesaikan masalah mereka.

Pintu di buka dan muncul Dato Elmizan.

"Eh Amsyar?"

"Maaf kalau kedatangan saya ni secara tiba tiba." Ucap Amsyar sopan.

Dato Elmizan melihat Amsyar yang seperti serabut itu. Tak pernah pernah dia melihat lelaki itu seperti ini tidak terurus.

"Ada apa?" Tanya Dato Elmizan yang seperti tahu kedatangan Amsyar sekarang ini.

"Naura ada? Saya nak jumpa dengan Naura."

"Masuk lahh. El ada tu dekat taman belakang rumah. Dia memang suka duduk situ tiap kali fikiran dia tengah serabut." Ucap Dato Elmizan mempersilakan Amsyar masuk.

Walaupun ini bukan pertama kali dia masuk ke rumah mewah itu tetap saja mata dia meliar melihat keliling rumah itu dan mata dia tertoleh melihat gambar kecil Elnaura yang sedang tersenyum lebar.

Amsyar tersenyum kecil melihat gambar itu.

Comel. Bisik hati dia perlahan.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now