2023, New York
Elnaura menutup bunyi telefon dia yang sangat bingit. Betul-betul menganggu dia punya lena. Sudahlah semalam dia tidur lewat.
Bunyi deringan lagi sekali berbunyi.
"Ya ya aku dah bangun." Ucap Elnaura malas. Memaksa untuk menahan kantuk dia. Risau dia tertidur lagi.
"Kau buat apa lagi Elnaura Alanna?!" Begitu kuat suara itu sampai Elnaura terpaksa menjarakkan telefon dia. Terus segar mata dia!
"Aku buat apa?" Tanya Elnaura. Kaki dia memakai selipar berbulu dan mengemaskan ikatan kimono dia.
Dia pergi ke dapur lalu menuang susu di gelas. Susu di teguk perlahan.
"Kau buat apa dengan model tu?!"
Elnaura mencebik "Mikhail? I just want to teach him a lesson." Balas Elnaura tenang.
"Dengan cara kau malukan dia depan orang ramai? Sekarang ni fans dia semua attack kau kat ig!"
Elnaura mengangkat kedua bahunya acuh.
"Biarlah bukan aku peduli pun."
"Gosip kau pukul kepala Jackson baru je reda ini kau tambah gosip baru pula?" Si pemanggil masih cuba mengawal kesabaran dia melayankan kerenah Elnaura.
Bila fikirkan balik macam kelakar lah pula dia memukul kepala Jackson tapi bukan saja-saja pun dia pukul kepala lelaki itu! Lagi pun bukan Elnaura namanya kalau tak buat hal yang menurut orang lain sangat pelik!
"Bukan aku sengaja pun pukul kepala mamat tu. Dia yang tak faham bahasa seboleh ajak keluar dating lepas tu sampai tahap pegang tangan aku memang dapat lahh." Balas Elnaura. Bila di ingat balik memang melampau ya si Jackson memang patut pun Elnaura hempuk kepala lelaki itu dengan beg gucci dia.
"Mikhail pula buat apa? okay let me guess dia ajak kau keluar juga kann?"
"Hampir betul! Sebab dia mengaku aku ni girlfriend dia. Entah bila masa aku bercinta dengan dia. Memang dapat lahh." Ujar Elnaura geram.
Elnaura terdengar PA dia menarik nafas dalam. Dia tahu mesti pembantu dia sedang cuba menahan sabar.
"Kalau hari-hari kau macam ni Elnaura rasanya aku boleh kena tahan wad sebabkan darah tinggi!"
Elnaura tersengih mendengar kata-kata pembantu dia.
"Okay lahh dah tak ada apa-apa lagi kan?" Tanya Elnaura yang sudah duduk di sofa bersama tangan yang masih memegang air susu.
"Tak ada. Lagi pun kau memang nak settle semuanya cepat kan sebelum kau balik Malaysia. So kerja kau akan banyak dekat sana nanti." Ujar pembantu Elnaura.
Setelah mereka sambung berbual hampir lima minit akhirnya panggilan pun berakhir.
Ya Elnaura sekarang sudah jadi seorang model yang terkenal. Awalnya dia hanya cuba nasib saja saat kawan kepada Estella meminta bantuan dia menjadi model mengingatkan model dia pada saat itu sedang sakit.
Daripada sekali eh tiba-tiba makin banyak pula yang menawarkan dia untuk jadi model.
Elnaura akhirnya jadi suka dengan kerja dia itu.
Dia bangun dari sofa dan menuju ke balkoni. Melihat persekitaran New York yang sentiasa sibuk.
Dia menjadi lagi kejam setiap kali lelaki cuba mendekat. Dia akan tunjukkan sisi dia yang kejam. Menolak lelaki tanpa memikirkan perasaan mereka ada juga sampai tahap memberi dia bunga dan dia tentu saja memijak bunga tersebut di hadapan mereka.
YOU ARE READING
ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)
Romance"Beauty begins the moment you decide to be yourself." Hanya kerana kesalahan si dia Elnaura bukan lagi diri dia yang dulu. Satu peristiwa telah membuat Elnaura berubah. Diri dia yang sangat suka melukis tiba-tiba menjadi benci dengan lukis sehingga...