BAB 3

21 1 0
                                    

2020, MALAYSIA

"Awak fikirkan apa tu?" Tanya Elnaura kepada kekasihnya yang terlihat dari tadi mengelamun.

Tadi dia juga ajak jumpa tapi bila dah jumpa lelaki itu lagi banyak mengelamun daripada layan Elnaura. Gadis itu mencebik tidak puas hati.

"Haa mencebik! Merajuk lahh tu." Usik lelaki itu yang membuatkan Elnaura menjeling geram lelaki itu.

Lelaki itu tertawa kecil melihat kelakuan comel Elnaura.

"Saya fikirkan tentang dulu."

"Tentang dulu?" Tanya Elnaura bingung.

"Ya, masa awal awal saya cuba nak dapatkan awak. Haihh susah betul" keluh lelaki itu muka sedih di buat buat.

Elnaura menatap geram lelaki di hadapannya lalu dia melempar kentang McDonald di muka lelaki itu.

"Oii makanan tu! Ada ni karang saya makan semua makanan awak." Ugut lelaki itu.

"Stay away from my food! Shuu shuu" halau Elnaura sekali dengan tangannya yang bergerak seolah menghalau lelaki itu.

Lelaki itu mencebik tidak puas hati melihat Elnaura dengan muka tidak bersalah menghalau dia.

"Saya balik betul betul karang?" Ugut lelaki itu tapi di abaikan oleh Elnaura.

"Oh tak nak layan eh? Okay fine." Kali ni dia betul betul bangun dari kerusinya.

"Amsyar!" Panggil Elnaura dengan geramnya. Nak gurau pun tak boleh.

"Tahu takut." balas lelaki itu dengan senyuman bangga. Ya lelaki itu adalah Amsyar Khalaf mereka sudah jalinkan hubungan selama 2 tahun selepas mereka keluar untuk membuat projek hubungan mereka jadi semakin rapat.

Sering kali mereka keluar berdua yang membuatkan Elnaura yang awalnya tidak suka akhirnya menjadi suka dengan Amsyar sehinggalah Amsyar dengan berani meluahkan perasaannya kepada Elnaura yang ternyata juga mempunyai perasaan yang sama dengan dia.

Di sinilah mereka sekarang bukan seperti pasangan lain yang selalu dating di tempat mewah tapi Elnaura malah mengajak dia makan di McDonald. Walaupun Amsyar yang mengajak keluar tapi makan di McDonald adalah Elnaura sendiri yang mahu.

"Saya macam tak sangka awak dah jadi milik saya." Ucap Amsyar tiba tiba. Matanya menatap Elnaura dengan penuh cinta. Perasaan dia pada Elnaura makin lama makin tumbuh dia benar benar cintakan Elnaura Alanna dan tidak akan pernah sekali pun dia lepaskan Elnaura.

Elnaura tersenyum manis menatap wajah putih bersih milik Amsyar Khalaf.

"Kenapa cakap macam tu? Mesti lahh saya sentiasa jadi milik awak."

"Then will you be mine?" Ucap Amsyar yang tiba tiba serious.

Elnaura menatap pelik Amsyar. Dah kenapa? Kan dia sudah pun jadi milik lelaki itu tapi kenapa lelaki itu tiba tiba menyoalkannya kembali?

"Will you be mine by being my wife?"

Elnaura yang sedang makan terus terdiam. Dia menatap Amsyar dengan muka terkejutnya tidak menjangka dengan tindakan Amsyar yang melamar dia di McDonald.

Lagi sekali Elnaura katakan di McDonald ya?!

Adakah lelaki di hadapannya sedang bergurau?

"I'm serious sayang will you marry me?" Kali ini Amsyar mengeluarkan kotak cincin yang entah sejak bila di bawa oleh lelaki itu.

Niat Amsyar mahu melamar Elnaura di tempat yang lebih cantik dan mewah tapi apakan daya tiba tiba saja Elnaura teringin mahu makan di McDonald jadi mahu tak mahu terpaksa lahh dia melamar Elnaura di McDonald.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now