BAB 5

26 1 0
                                    

"Oh kau sejak dah bertunang ni jarang eh nak jumpa aku." Ucap Estella pura pura merajuk.

"Tak payah buat muka macam tu. Geli aku." Kata Elnaura dengan muka tak bersalahnya.

Estella menjengilkan matanya. Eh geramnya dia dengan satu satunya sahabat dia iaitu Elnaura Alanna.

"Sampai hati kau." Kata Estella dengan nada sebaknya.

Elnaura mengelengkan kepalanya melihat kelakuan Estella. Bukan dia tidak biasa dengan kelakuan ajaib Estella ini.

"Sorry lahh aku bukan tak nak jumpa kau cuma persiapan kahwin aku ni banyak sangat tu yang sampai tak ada masa dengan kau." Ucap Elnaura juga merasa bersalah kerana sering mengabaikan Estella.

"Babe relax lahh aku gurau je. Aku mesti lahh faham kau busy dengan persiapan kahwin korang ni." Ucap Estella sambil mencicipi air starbucks yang di ordernya.

Suasana di Starbucks juga agak ramai walaupun hari ini hari biasa saja.

Elnaura tersenyum lalu dia juga turut minum air starbucks yang di ordernya itu.

"Macam mana persiapan kau?" Tanya Estella.

"So far semua okay je. Amsyar betul betul free kan masa dia untuk siapkan persiapan kahwin kami." Ucap Elnaura tersenyum kecil saat dia menyebut nama tunang dia itu.

"Cehh dulu punyalah kemain tak nak dengan Amsyar. Last last? Eh dah nak kahwin. Angau betul eh kau dekat dia tu." Ejek Estella dengan senyuman nakalnya.

"Gila kau tak angau aku sayang gila kot dekat dia tu." Ucap Elnaura sambil tersengih yang membuatkan Estella mahu muntah.

Elnaura mencebik melihat reaksi yang di beri oleh Estella.

"Kau tunggu nanti bila turn kau pula baru kau rasa apa aku rasa."

Kali ini giliran Estella pula mencebik.

"Euwww never."

Bukan Elnaura tak tahu betapa dia anti dengan cinta cinta ni. Sangat geli okay?

"Lagi pun Elnaura Alanna bagi aku cinta ini buat orang sanggup melakukan perkara gila and I hate it. Itu bukan style aku." Ujar Estella dengan wajah tenangnya. Manakala Elnaura yang mendengar itu hanya mampu mengelengkan kepala dia.

"Kau punya lahh banyak kawan lelaki tak akan tak ada sorang pun yang sangkut?" Tanya Elnaura yang pelik melihat Estella ini. Nak kata Estella tak cantik pun tipu sangat. Estella sangat lahh cantik apalagi wajahnya mempunyai kacukan German dan matanya juga warna kelabu mengikut genetik ibu dia.

"Bukan taste aku. Dorang terlalu bebas sangatlah memang tak lahh aku nak. Walaupun gaya hidup aku ni nampak bebas tapi aku masih jaga batas aku." Kata kata Estella turut di setuju oleh Elnaura walaupun dia dan Estella tidak memakai tudung tapi mereka masih tahu batas.

"Habis lelaki taste kau jenis macam mana? Pak ustad?" Sindir Elnaura yang membuatkan Estella menjeling.

Estella mendekatkan wajahnya dan Elnaura pelik melihat kelakuan sahabat dia itu.

"Polos. Itu lelaki taste aku iaitu sangat innocence mesti dia akan always blushing? Comel!" Ucap Estella dengan sengihan lebarnya.

Elnaura tercengang mendengar kata kata Estella.

"Gila!" Kutuk Elnaura. Gila betul pemikiran sahabat dia ini tapi apa yang nak di pelik sangat? Itu lahh seorang Estella Melisya.

Elnaura dan Estella saling berpandangan lalu mereka berdua langsung ketawa. Pandangan orang lain di abaikan.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now