BAB 4

17 1 0
                                    

Semuanya berjalan dengan lancar. Elnaura Alanna sudah selamat menjadi tunang Amsyar Khalaf.

Majlis yang diadakan secara kecil kecilan atas permintaan Elnaura sendiri. Dia tidak mahu pertunangannya di hebohkan.

Pejam celik pejam celik sudah 2 bulan dia jadi tunang Amsyar.

Layanan Amsyar pun makin lama makin romantik dan buatkan Elnaura semakin jatuh cinta akan Amsyar. Walaupun kini Amsyar sudah sibuk dengan kerjanya tapi sedikit pun dia tidak lupa akan tunang dia sendiri.

"Hai fiancé." Tegur Amsyar yang sudah duduk di bangku hadapan Elnaura yang fokus dengan menu makanan di kafe tempat untuk mereka bertemu kali ini untuk bincang tentang majlis nikah mereka yang akan berlangsung lagi 5 bulan.

"Hai too fiancé." Balas Elnaura tersenyum lebar menatap sang tunang yang sudah duduk di hadapan dia.

Baju kemeja putih yang dikenakan oleh Amsyar dengan sedikit lipat di bahagian lengan baju dia membuatkan aura Amsyar semakin kacak untuk di lihat.

"Ish kenapa awak kacak sangat ni? Nanti kalau ada perempuan lain suka awak macam mana?" Protes Elnaura yang membuatkan Amsyar tertawa kecil.

"Are you jealous sayang?" Usik Amsyar bersama dengan senyuman nakal dia.

Elnaura mencebik "mesti lahh jealous." Gumam dia perlahan tapi masih di dengar oleh Amsyar.

Membuatkan Amsyar ketawa melihat Elnaura yang makin mencebik itu.

"Tengok tu dia boleh ketawa pula!" Makin geram Elnaura melihat tunangnya itu. Nanti dia merajuk padan muka Amsyar! Ingat senang ke nak pujuk?

"Okay okay saya tak ketawa dah. Tak mau lahh buat muka macam tu." Ucap Amsyar lembut menatap wajah Elnaura yang masih masam itu.

"Alolo dia buat muka macam tu pun dah comel. Cuba kalau dia senyum? Haihh makin cair lahh kita." Goda Amsyar dengan senyumannya itu.

Elnaura yang mendengar itu menahan diri dari tersenyum. Dia bukan merajuk tapi saja je nak buat merajuk.

"Kenapa di tahan senyum tu? Dah tak sudi ke senyum kat kita? Hmm ye lahh siapa lahh kita ni kan. Tak apa kita faham." Ucap Amsyar sambil buat muka sedih.

Elnaura ketawa melihat kelakuan tunang dia.

"Auchh my heart." Muka Amsyar berkerut sambil tangannya pegang dadanya.

"Eh awak kenapa?" Risau Elnaura menatap wajah Amsyar yang seperti menahan sakit.

"Hati saya dah tak kuat tengok senyuman awak apalagi awak punya ketawa. Makin cair hati kita ni." Ucap Amsyar bersama sengihan.

"Amsyar! Awak ni." Ucap Elnaura dengan wajah yang memerah malu dengan usikkan Amsyar.

"Eh dia blushing lahh. Comelnya!" Amsyar makin geram melihat kecomelan Elnaura.

"Sayang dah lahh." Gumam Elnaura sambil menutup wajahnya.

Amsyar ketawa melihat Elnaura.

"Okay tak kacau dah."

Perlahan Elnaura menurunkan tangannya yang menutup wajahnya. Melihat Amsyar yang tersengih itu langsung saja Elnaura memukul lengan Amsyar dengan buku menu itu.

Amsyar mengaduh kesakitan.

"Suka sangat kacau saya." Ucap Elnaura geram.

Amsyar mengosok lengannya yang menjadi mangsa pukulan buku menu oleh Elnaura.

Dia tersengih menatap wajah geram Elnaura.

"Okay kali ni serious. Awak dah order?" Tanya Amsyar.

"Belum. Saya tunggu awak." Jawab Elnaura.

ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)Where stories live. Discover now