"Amsyar stop the car." Gumam Elnaura masih dengan wajah pucat.
Tapi Amsyar masih meneruskan pemanduan dia.
"Stop the car! I need to breathe!!" Kali ini Elnaura sudah meninggikan suara dia. Dia betul-betul memerlukan udara saat ini! Dia tak boleh berada di kereta lama-lama dia merasa sesak.
Amsyar memberi signal untuk memberhentikan kereta.
Laju Elnaura keluar dari kereta BMW 8 series hitam milik Amsyar.
Elnaura terduduk sambil cuba mencari nafas. Dia masih terkejut dengan kejadian tadi. Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.
Dahlia dah tak ada?
Salah dia ke Dahlia mati?
Mengingatkan hal itu membuatkan dia makin sulit untuk bernafas. Damt it Elnaura! Jangan fikirkan benda tu! You need to breathe.
Tapi dia tak boleh!
Amsyar dengan wajah risau mendekat ke Elnaura.
"Naura you're gonna be okay. Breathe in and out. Yes like that!" Gumam Amsyar yang sudah melutut di samping Elnaura untuk menenangkan gadis tersebut.
Kini pernafasan Elnaura sudah kembali normal. Dia menoleh menatap Amsyar yang masih menatap dia risau.
"What are you doing here?" Tanya Elnaura yang pelik melihat Amsyar yang tiba-tiba muncul saat dia di desak oleh wartawan tadi.
"I followed you because I wanted to see you even from afar." Akhirnya Amsyar jujur. Sudah beberapa hari dia memerhatikan Elnaura walaupun dari jauh.
"Are you crazy?!" Ujar Elnaura terkejut. Tak sangka lelaki ini sampai begitu sekali mengikuti dia. Adakah Amsyar sudah gila? Lupakah dia akan isteri dia sendiri?
"I just miss you Naura. Saya tak boleh kawal perasaan rindu saya dekat awak." Kata Amsyar lirih. Dia sudah tak mampu mengawal perasaan rindu dia! Cinta dia terhadap gadis ini masih sama dan tak akan pernah berubah.
"Sudah sudahlah Amsyar. I'm not your old Elnaura anymore. Awak dah kahwin. Fokuslah dekat rumah tangga awak. Cubalah bagi peluang dekat Arianna." Balas Elnaura tenang. Dia dah tak nak ingat kenangan dulu lagi. Terlalu sakit untuk di ingat.
"But I can't Naura! She's not you!" Bantah Amsyar.
"Awak boleh cuma awak yang tak nak cuba." Elnaura tersenyum kecut sambil menatap wajah lelaki yang dulu dia sangat cinta.
Mungkin jika dia Elnaura yang dulu memang dia akan mudah terima lelaki ini lagi tapi sayangnya tak. Elnaura yang dulu sudah mati kerana Elnaura yang dulu tersangatlah lemah.
"Tapi saya tak boleh sayang. Saya tak boleh saya terlalu cintakan awak." Perlahan Amsyar berkata.
"Amsyar cukuplah. Awak tak tahu betapa hancurnya saya saat melihat lelaki yang sangat saya cinta lafazkan akad nikah dengan perempuan lain. I was there Amsyar." Jujur Elnaura berkata. Jika di ingat kembali sangat sakit rasanya melihat lelaki ini sudah menjadi milik perempuan lain.
Amsyar tergamam.
"And because of you saya juga dah tak boleh melukis. Tiap kali saya nak melukis saya akan terus teringat saat-saat awak sakitkan saya. I try to draw but I just can't. Dulu setiap kali saya melukis awak sentiasa ada that's why saya dah tak boleh." Lirih Elnaura berkata.
Tiap kali dia memegang pensil atau berus untuk melukis tangan dia akan mengigil dan dada dia merasa sesak dengan sakit yang di tinggalkan oleh Amsyar.
Air mata Amsyar menitis mendengar kata-kata Elnaura. Sedalam itukah sakit yang dia tinggalkan untuk Elnaura?
YOU ARE READING
ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)
Romance"Beauty begins the moment you decide to be yourself." Hanya kerana kesalahan si dia Elnaura bukan lagi diri dia yang dulu. Satu peristiwa telah membuat Elnaura berubah. Diri dia yang sangat suka melukis tiba-tiba menjadi benci dengan lukis sehingga...