"Apa hubungan awak dengan lelaki tu?" Terkejut Elnaura yang baru keluar dari bilik air untuk melepaskan hajat kecil sekali itu juga cuci muka dia.
Matanya menatap Amsyar yang sedang bersandar di dinding dengan tangan bersilang. Mata lelaki itu begitu dingin menatap dia.
"Awak? No more aku kau?" Sindir Elnaura lalu jalan meninggalkan Amsyar.
Saat dia melintasi lelaki itu. Amsyar dengan pantas menolak tubuh Elnaura ke dinding. Tangan di letakkan di dinding berdekatan dengan kepala Elnaura mengurung gadis itu.
Elnaura tergamam. Dia menatap terkejut Amsyar apalagi posisi mereka sangat dekat. Dia tak pernah melihat Amsyar seperti ini.
"I asked again, what was your relationship with him?"
"Kenapa? Kalau saya ada apa-apa dengan dia pun. Apa kena mengena dengan awak Amsyar Khalaf?" Jawab Elnaura dengan berani menatap kedua mata Amsyar.
"Tetap jadi urusan saya! Sebab saya.."
"Awak apa hah?" Cabar Elnaura.
Amsyar mengeluh perlahan. Dia menunduk.
"I still love you Naura." Ujar Amsyar lirih yang sudah mengangkat wajah dia menatap Elnaura dengan tatapan teduh.
Elnaura terdiam. Tatapan itu sudah kembali tatapan yang dulu pernah dia rindukan dan kata kata cinta dari mulut lelaki ini yang juga pernah Elnaura rindukan.
"So awak dah ingat semuanya."
"I did. And it broke me. The moment I remember everything you already gone." Balas Amsyar perlahan.
Elnaura tersenyum sinis.
"Stop it Amsyar. Ingat sikit awak tu dah kahwin dengan Arianna." Elnaura jawab dengan dingin.
"Saya boleh ceraikan dia Naura! Let's get married please." Rayu Amsyar. Dia tak pernah cintakan Arianna! Dia hanya cintakan gadis di hadapan dia ini.
"Gila. Awak betul-betul gila Amsyar Khalaf!" Ujar Elnaura dengan pandangan tak percaya. Ini bukan Amsyar yang dia kenal. Kenapa Amsyar sekarang sudah berubah sampai begini sekali?
"Yes! Saya gila sebabkan awak Elnaura Alanna! I fucking love you so much!" Dengan penuh emosi Amsyar mengatakan itu.
Elnaura mengelengkan kepala dia tak percaya melihat Amsyar. Dengan kasar Elnaura menolak tubuh Amsyar untuk jauh dari dia.
"Jaga sikit perasaan isteri awak Amsyar. Ingat awak sendiri yang pilih dia untuk jadi isteri awak." Ucap Elnaura dingin cuba mengingatkan Amsyar kejadian dulu.
"Waktu itu saya hilang ingatan Naura! Saya tak ingat apa-apa."
"You don't love me enough to remember."
Amsyar tergamam. Laju dia mengelengkan kepala dia. Apa yang Elnaura mengarut?! Dia? Tak cintakan Naura?! Itu perkara gila tahu tak!
"Naura..."
"Saya ada baca satu buku ni. Situasi dia lebih kurang juga. Perempuan tu hilang ingatan dan dia tak kenal suami dia sendiri. Banyak kali dia nak berpisah dengan lelaki itu. Tahu tak apa lelaki itu cakap?" Tenang Elnaura berkata. Mata dia masih tidak lepas menatap Amsyar.
"The mind can forget but the heart never will." Kata-kata Elnaura membuatkan Amsyar lagi sekali terkejut.
"You never stay the same way as Gibran Lutfi stays for Inara. So you're not my Gibran Lutfi, Amsyar Khalaf. You just gave up." Begitu lemah kata kata Elnaura.
YOU ARE READING
ALANNA: PERFECT BEAUTY (ON HOLD)
عاطفية"Beauty begins the moment you decide to be yourself." Hanya kerana kesalahan si dia Elnaura bukan lagi diri dia yang dulu. Satu peristiwa telah membuat Elnaura berubah. Diri dia yang sangat suka melukis tiba-tiba menjadi benci dengan lukis sehingga...