Semenjak kejadian itu, Ghazrin melalui kehidupan sehariannya seperti hari hari biasa.Pergi dan balik sekolah,petang ada kala melepak adakala turun padang bermain bola sepak,malam pula membuang masa melepak dan sebagainya.
Suatu malam ketika melepak di tepi jalan, sekali lagi Arif bertanyakan hal mengenai Salina. Tetapi Ghazrin hanya menjawab acuh tak acuh kepada rakannya itu bahawa Salina ialah seorang wanita berumur 40an yang boleh digelar emak kepada merek berdua.
Arif terkedu mendengar kata-kata Ghazrin namun bertanya lagi jika Ghazrin masih menghubungi wanita itu.Ghazrin menggelengkan kepalanya.
Ghazrin menjawab dia tidak mahu mengganggu wanita itu.Biarlah wanita itu hidup dengan halnya sendiri fikir Ghazrin.
Suatu hari Ghazrin berasa sangat bosan kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukannya.Apabila dia mengajak Arif keluar melepak,Arif pula memberi alasan sibuk.Ada sahaja alasannya padahal Ghazrin tahu Arif mahu keluar dengan teman wanitanya.
Ghazrin mengambil telefon dan meneliti nama-nama wanita di dalam telefonnya yang boleh dijadikan modal untuk bermesej sekadar teman borak.Tangannya terhenti apabila terpampang nama Salina.Sedikit senyuman dilemparkannya.
Sudah lama Ghazrin tidak berbual dengan Salina.Timbul rasa ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh wanita itu.Ghazrin mula menaip menghubungi Salina melalui SMS.
Sekadar bertanyakan khabar kerana pada dirinya, tiada apa akan berlaku jika soalan seringkas itu diajukan dan tidak pula ianya sukar dijawab.
Ternyata mesejnya dijawab dengan baik dan Salina tidak kekok melayani setiap mesej dari Ghazrin. Bermula dari saat itu, Ghazrin mengetahui serba sedikit maklumat peribadi mengenai Salina.
Menurut Salina, beliau adalah lah seorang ibu kepada 3 orang anak perempuan berumur 15 tahun, 14 tahun dan yang bongsu, 7 tahun. Suami Salina berkerja sebagai seorang berpangkat dalam Jabatan Kastam manakala Salina seorang surirumah sepenuh masa.
Dari perbualan mereka, Ghazrin juga mengagak bahawa keluarga Salina berada di dalam kategori yang berada. Sebab itu Salina tidak perlu berkerja dan hanya tinggal menguruskan rumahtangganya sahaja.
Salina kerap melayani mesej-mesej daripada Ghazrin disebabkan mempunyai masa lapang kerana 2 orang anak perempuannya bersekolah di MRSM dan tinggal di asrama manakala yang bongsu bersekolah pada sesi petang.
Setiap petang lepas sekolah, Ghazrin akan berbual dengan Salina. Sama ada secara SMS ataupun panggilan telefon sehingga terbit rasa kasih sayang terhadap insan tidak pernah dilihatnya secara bersemuka.
Perhubungan mereka semakin mesra dan Ghazrin mula menganggap Salina tidak ubah seperti ibunya sendiri walaupun tidak pernah bertemu muka.
Salina pula semakin senang melayan pemuda itu dan kerap bertanya mengenai latar belakang keluarga Ghazrin.
Salina juga mengambil berat akan mengenai hal persekolahan dan pelajaran Ghazrin.Dorongan dan kata-kata semangat sentiasa diberikan kepada Ghazrin supaya rajin belajar untuk masa depan yang baik.
Salina secara tiba-tiba bagaikan mentor di dalam hidup Ghazrin.Banyak nasihat dan teguran diberikan dengan baik dan lemah lembut.
Oleh sebab itu, Ghazrin kini jarang ponteng sekolah.Dorongan dan kata-kata semangat dari Salina mendorong Ghazrin semakin berminat untuk belajar ditambah tahun ini SPM bakal menjelma.
Ghazrin mulai merasai kasih sayang seorang ibu walaupun mereka tidak pernah berjumpa dan hanya berbual melalui sms dan panggilan telefon.
Mungkin disebabkan ibu Ghazrin sibuk berkerja, jadi ruang kosong seorang ibu, dengan mudah diisi oleh Salina.
YOU ARE READING
KHILAF REMASTRED EDITION
WerewolfSalam Sejahtera Saya telah diberikan satu cerita oleh pengarang @SeranganAtasGergasi.Dia meminta saya publish di akaun Wattpad saya kerana lebih ramai followers akan membaca,katanya. Rasanya cerita KHILAF ini sudah ramai yang baca dan tergantung sep...