🌻 KHILAF 13 🌻

6.4K 97 1
                                    

Malam minggu itu seperti sebelum ini.Salina akan memasak dan dibantu anak-anak gadisnya.Kemudian makanan dihidangkan, mereka akan menikmati makan malam bersama.

Selesai makan mereka sekeluarga menonton tv bersama di ruang tamu.TV bersaiz 65" kelihatan gagah menayangkan isi ceritanya.Kadir selalunya akan memilih satu tajuk cerita di aplikasi Netflix untuk ditonton bersama.

Selesai menonton,masing-masing akan bergerak ke kamar mereka.Kadir anak beranak akan naik ke atas dan masuk ke bilik untuk tidur masing-masing.Lampu di ruang atas ditutup dan gelap.

Ghazrin yang tinggal dibilik bawah masih terkebil-kebil tidak dapat melelapkan matanya.Peluang untuknya bertemu Maya masih tidak kunjung tiba.Diseluk poket seluarnya lalu dikeluarkan sekotak Winston Light 14.Pemetik api juga dikeluarkan.

Ghazrin dengan berhati-hati membuka pintuutama rumah Kadir itu  lalu keluar menghisap rokok.Angin malam yang syahdu disinari cahaya bulan menemani Ghazrin sendirian.Sambil merokok Ghazrin melayan perasaannya.

Sesekali terdengar bunyi cengkerik berbalas sahutan.Ghazrin mengalihkan pandangannya ke atas ke arah bilik tidur Maya.Ghazrin hampa melihat Maya tidak menegurnya sejak dari masuk ke dalam kereta.

Mungkin Maya masih sakit hati padanya,fikir Ghazrin.Sebatang demi sebatang rokok dihisapnya.Sambil menghembus rokok,matanya melirik ke arah bilik tidur Salina.Gelap gelita.Sudah pasti tiada persetubuhan antara ibu bapa angkatnya itu.

Waktu mulai menginjak masuk ke awal pagi.Setelah puas menghisap rokok barulah Ghazrin masuk semula ke dalam rumah. Ghazrin menuju ke bilik air bawah dan menggosok gigi bagi menghilangkan bau rokok.

Bimbang kantoi dengan Kadir atau orang lain.Mereka tidak pernah bertanya samada Ghazrin merokok atau tidak,tetapi Ghazrin mengatakan dirinya tidak merokok.Ghazrin tahu mereka pastinya tidak menyukai remaja bawah umur sepertinya merokok.

Selesai memberus gigi, Ghazrin duduk di dalam biliknya sambil melihat jam di dinding sudah lebih dari pukul 1 pagi.Suasana amat sunyi sekali di dalam rumah itu.Terdengar bunyi tapak kaki di tangga.

Ghazrin segera meluru dan melihat kelibat Maya turun ke bawah menuju ke dapur.Entah kenapa Maya berasa tidak selesa. Malam tersebut dirasakan sangat hangat sekali. Maya juga terlupa untuk mengisi botol minuman sebelum naik ke atas.

Ghazrin yang melihat kelibat Maya turun ke dapur lantas mengikutinya ke dapur. Ghazrin berdiri di belakangnya, memerhatikan perbuatan Maya mengambil air sejuk dari peti ais lalu dituangkan ke dalam bekas minumannya.

Ghazrin yakin Maya sedar akan kehadirannya namun Ghazrin masih serba salah.Namun Ghazrin perlu berusaha mendapatkan semula hati Maya.

Ghazrin : "Maya.. Abang minta maaf pasal hari tu. Abang takde niat nak judge Maya macam tu. Abang tanya saja-saja je"

Maya : "Ermmm"

Ghazrin : "Abang rasa Maya dah salah faham ni.Abang ada belikan Maya coklat.Harap Maya sudi maafkan abang yer"

Maya berpaling tersenyum mendengar Ghazrin cuba meminta maaf sambil memberi coklat.Sebenarnya Maya sudah reda akan perasaan marah kepada kekasihnya gelapnya itu. Ghazrin menghulurkan coklat Cadbury yang dibelinya.Maya menyambut tangan menerimanya.

Maya tampak sedikit gembira menyambut cokelat dari Ghazrin .Nampaknya Ghazrin betul-betul ikhlas meminta maaf.Maya juga merasakan dirinya perlu menjaga segala adab dan perbuatan dalam perhubungan mereka.

Tidak mahu maruahnya sama seperti bohsia di jalanan.Maya tersenyum berjalan menuju ke ruang tamu yang masih dalam keadaan gelap.Sudah menjadi kebiasaan hanya lampu di bahagian dapur sahaja dibiarkan terbuka.

KHILAF REMASTRED EDITIONWhere stories live. Discover now