Ghazrin : "Macam mana Maya kenal Rudy dulu?"
Maya: "Owhh.. Kitorangkan satu sekolah.Tahun lepas ada hari sukan. So mase tu kot Rudy 1st time nampak Maya.Then kebetulan Rudy memang kenal dengan classmate Maya. Jadi classmate Maya la yang banyak tolong dia. Passkan surat mula-mula dulu. Then kirim coklat. Semua classmate Maya la jadi pengantara."
Ghazrin : " Maya memang suka kat dia ke? Memang sayang dia sangat-sangat?"
Maya : " Abang... Kalau abang tanya, sampai sekarang Maya masih sayangkan dia. Dia baik tau bang. Tak macam kawan-kawan sekolah lelaki Maya yang lain."
Ghazrin : "Apalah Maya ni. Orang dah tak sayang Maya. Buat apa Maya nak terkejar-kejar lagi. Habis tu abang Gaz ni sapa pada Maya?"
Ghazrin mendengus sendiri menahan marah. Jawapan dari kekasih hatinya itu sangat menghampakan. Rasa maruahnya seperti dipermainkan oleh gadis remaja ini.
Maya: " Hahahaha..Rileks lah bang. Maya gurau je lah bang.Apalah abang ni. Maya sayang abang je lah sekarang.. Soalan abang pon tak agak-agak kan..Kan dah kena !Padan muka!"
Merah padam muka Ghazrin menahan malu. Mujur perbualan ini berlaku dalam talian. Jika tidak, bertambah lagi malu Ghazrin jika Maya dapat melihat reaksi wajahnya ketika ini.
Ghazrin : " Kurang asam.. Orang tanya elok-elok..Dia main-maijn pulak..Eiii Maya ni..."
Maya : " Hahaaha.. Haa iyer abang Gaz. Kenapa bang ?"
Ghazrin : "Abang nak tanya sikit lah kat Maya.Boleh?"
Maya : " Haa abang nak tanye apa? Macam suspen je...?? "
Ghazrin : " Abang bukan nak menggatal. Abang saje je tanye nak cari topik perbualan."
Maya : "OK..Haa apa soalan?"
Ghazrin : " Dulu masa Maya dengan Rudy, takde buat ape-ape ke?"
Maya : " Maksud abg apa? Buat apa-apa tu?buat ape maksudnyer??"
Ghazrin : Rudy takde kiss Maya ke, buat ringan-ringan ke. Ada tak?"
Maya: " Ishh apa abang ni sanggup tanya Maya macam tu??! Ingat Maya bohsia ke nak buat benda-benda macam tu? Papa ngan mama didik Maya dengan baik-baik tau..Maya masih kenal haram dan halal la..Dahlah. Maya ada kerja nak buat. Kita sambung kat mesej je nanti.Bye!"
Talian diputuskan.
Ghazrin terkedu.Dari nada suara Maya jelas kelihatan marah dan tidak senang hati dengan pertanyaan Ghazrin itu. Hal ini mula membuatkan Ghazrin rasa serba salah. Inilah pergaduhan pertama mereka selepas bergelar pasangan kekasih.
Namun ego Ghazrin masih tinggi.Masih merasakan dirinya betul.Lagipun dirinya lebih tua dari Maya.Jadi Ghazrin mesti betul dalam semua perkara.Maya masih mentah lagi,fikirnya.
" Elehh.. Tanya je pun. Itu pun nak marah-marah. Kalau tak buat cakap je lah tak buat. Lagi nak marah-marah buat apa" bentak Ghazrin di dalam hatinya.
Ghazrin menarik bantal lalu menutup wajahnya.Seketika kemudian barulah dia tertidur.
Hari silih berganti dan tibalah hari Jumaat,penghulu segala hari. Hari yang kebiasaannya Ghazrin akan pulang ke rumah keluarga angkatnya. Seperti biasa, Ghazrin akan membawa baju persalinan untuk satu malam ke sekolah kerana tamat sekolah Ghazrin akan terus ke rumah Salina.
Selesai sesi persekolahan, Ghazrin akan terus mendapatkan bas dan terus ke rumah ibu angkatnya itu.Sebelum menaiki bas,Ghazrin sempat singgah di kedai serbaneka dan membeli 2 ketul coklat Cadbury untuk kekasih hatinya itu. Niat hati ingin memujuk Maya yang marah dan merajuk dengan pertanyaannya gatalnya tempoh hari.
Cuma dia runsing bila dan bagaimana untuk memujuk Maya kerana kebiasaannya tiada ruang peribadi untuk mereka berdua berjumpa di rumah itu.Jika Salina dan Kadir tiada di sekeliling mereka, pasti adik-adiknya pula ada. Takut juga Ghazrin kalau hubungan gelapnya dengan Maya diketahui ahli keluarga angkatnya.
Sambil berjalan menuju ke hentian bas,sudah awal lagi terpacak kereta Vellfire dipandu Salina yang setia menunggu Ghazrin.Ghazrin membuka pintu dang mencium tangan Salina.
Salina : "Haaa anak bujang mama.. Gaz sihat"?
Ghazrin : "Sihat ma. Mama sihat? Lama tak jumpa mama"
Ghazrin memasuki kereta ibu angkatnya itu. Kelihatan Maya juga ada duduk di kerusi penumpang hadapan. Fiya dan Kina pula di barisan belakang. Maya yang terlihat Ghazrin memasuki kereta menghadiahkan satu senyuman tawar walaupun Ghazrin cuba menegurnya dengan sopan.
Melihat reaksi dingi dari Maya,Ghazrin segera menoleh ke depan.Tidak mahu cerekarama antara mereka dapat dihidu oleh makhluk di dalam kereta itu.
Ghazrin : "Papa kerja ke ma"?
Salina : "Ha'ah ..Papa Gaz kerja. Kejap lagi tu dia balik"
Salina terus memandu pulang setelah mengambil Ghazrin di stesen bas.
YOU ARE READING
KHILAF REMASTRED EDITION
WerewolfSalam Sejahtera Saya telah diberikan satu cerita oleh pengarang @SeranganAtasGergasi.Dia meminta saya publish di akaun Wattpad saya kerana lebih ramai followers akan membaca,katanya. Rasanya cerita KHILAF ini sudah ramai yang baca dan tergantung sep...