👊 KHILAF 23 👊

12K 152 25
                                    

Jantung Ghazrin berdegup kencang ketika menuju ke rumah Maya. Sudah 2 minggu mereka tidak berjumpa.Hari pertama berpuasa,jin dan syaitan dirantai tetapi Ghazrin dan Maya pula pada malamnya mereka menjadi syaitan.Terlanjur berzina.

Selepas peristiwa itu,Maya dan Ghazrin tidak lagi berhubung.Ghazrin tetap sabar menunggu Maya.Seolah memberi isyarat tempoh bertenang kepada keterlanjuran perilakunya bersama Ghazrin.

Setelah 2 minggu,tiba minggu ini dimana Fiya dan Maya akan pulang.Pejam celik sudahpun sampai pada pertengahan Ramadhan.Cuti umum yang disambut oleh umat Islam bagi meraikan turunnya mukjizat terbesar di akhir zaman Al Quran yang akan kekal sehingga hari kiamat.Hari Nuzul Al Quran telahpun berlalu.

Walaupun Maya tidak memberikan sebarang respon terhadap SMS dari Ghazrin,namun Ghazrin tetap merinduinya.Suaranya dan tubuhnya menjadi igauan remaja itu. Ghazrin berharap bahawa Maya masih merasakan perkara yang sama tentang dirinya, walaupun peristiwa malam itu telah lama berlalu.

Ghazrin yakin Maya tidak akan membuka mulutnya mengenai persetubuhan mereka kepada keluarganya.Dalam hati Ghazrin dia sendiri merasakan Maya sendiri hendak bersamanya tetapi malu hendak mengaku.

Seperti biasa,tamat persekolahan Ghazrin akan menaiki bas menuju ke kawasan perumahan Salina.Dari situ Kadir dan Salina akan menjemputnya untuk pergi pula mengambil Maya dan Fiya disekolah masing-masing.

Kemudian Kadir dan Salina akan singgah di bazar Ramadhan untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa.

Sampai di rumah,Maya dan Fiya terus naik ke atas.Seketika kemudian Fiya turun semula ke bawah.Melihat semua ada di bawah,dalam diam Ghazrin naik ke atas.Ghazrin terus kebilik tidur Maya lantas mengetuk berkali kali pintu bilik itu, jantungnya berdegup kencang. 

Apabila Maya menjawab disebalik pintu, nafasnya bagai tersekat di kerongkong.Maya membuka pintu bilik.Maya kelihatan cantik seperti selalu, dengan rambut yang disisir ekor kuda yang longgar.

"Eh abang,kenapa? " katanya, suaranya lembut dan manis. "Abang buat apa kat sini?"

Ghazrin menarik nafas panjang dan memandang ke dalam matanya. "Maya, boleh kita bincang sekejap? abang dah banyak fikir pasal malam tu, dan abang nak betulkan antara kita. Abang harap Maya boleh maafkan abang.Boleh abang masuk?"

Riak muka Maya menjadi kekok, dan berundur sedikit untuk membenarkan Ghazrin masuk.

"Kejap aje tau!"

Mereka berdua duduk di atas katil bujang Maya bersama-sama, dan Ghazrin mencurahkan isi hatinya kepadanya. Dia meminta maaf atas kelakuannya dan menjelaskan betapa cintanya dia kepada Maya.

Berulang kali Ghazrin mengatakan Maya sangat bermakna kepada dirinya dan meminta maaf kerana merobek dara Maya malam pertama Ramadhan lalu.

"Sudahlah abang.. benda dah lepas" ujar Maya tidak mahu mengingati semula saat-saat itu.

"Maya maafkan abang ," bisiknya. "Dan Maya juga masih sayangkan abang."

Ghazrin tersengih gembira.Dirasakan satu beban terangkat dari bahunya apabila Maya berkata demikian.Ghazrin   menarik Maya rapat.

Mereka lantas berkucupan penuh ghairah, bibir mereka bergerak selari apabila mereka menemui semula cinta antara satu sama lain. Pada saat itu, tiada apa yang penting selain cinta mereka antara satu sama lain.

Sambil menjauhkan diri, Ghazrin memandang ke dalam mata Maya dan tersenyum. "Abang happy sangat dapat tengok Maya" katanya. "Abang janji tak akan buat Maya sakit hati lagi."

Maya membalas senyuman dan mengambil tangannya. "Yelah..yelah..Maya percaya abang," katanya.

Hati Ghazrin membuak-buak gembira sambil memeluknya erat. Dia sedar bahawa Maya kini adalah miliknya, dan dia berjanji di dalam hatinya akan sentiasa menghargai dan menyayanginya.

"Sudahlah abang..nanti Fiya naik,kantoi pulak.." ujar Maya gusar.

"Baik..baik.. abang turun sekarang"

Ghazrin yang kegembiraan lantas berlari keluar.Mujur tidak ada sesiapa di bahagian atas rumah itu.

Selepas sebulan berpuasa, tibalah masa untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kebetulan hari raya pertama jatuh pada hari Isnin,jadi pada hujung minggu itu Ghazrin pulang sekejap ke rumah Salina.Niatnya untuk bertemu Maya sebelum berpisah.

Tahun ini giliran beraya kampung Salina.Kadir dan Salina serta anaknya sudah tidak sabar-sabar pulang ke sana.

Salina bertanya kepada Ghazrin sama ada dia ingin meraikannya bersama mereka di kampung tetapi Ghazrin menolak dengan sopan.

"Terima kasih mama sebab ajak Gaz, Gaz hargai sangat-sangat jemputan itu, tetapi Gaz kena balik di rumah ibu dan adik-beradik,nak kena siap persiapan raya. Kami juga nak balik kampung halaman ibu nanti ," jelasnya.

Salina kelihatan agak kecewa, tetapi faham. " Betul jugak tu..Sudah tentu keluarga Gaz kena didahulukan. Tetapi kalau Gaz berubah fikiran, mama sangat suka kalau Gaz ada beraya bersama kami," katanya sambil tersenyum.

Ghazrin mengucapkan terima kasih kerana memahami situasi dirinya dan berjanji akan terus berhubung sepanjang perayaan itu. Semasa mereka selesai berkemas untuk bertolak, Salina sempat  memberinya bungkusan kecil yang dibalut dengan kertas berwarna-warni. "Ini adalah hadiah kecil untuk Gaz, duit raya dari kami," katanya.

Ghazrin berasa terharu dengan isyarat itu dan berterima kasih atas kebaikan Salina. "Terima kasih banyak-banyak mama. Gaz pasti teringat mama dan papa dan adik-adik nanti," katanya.

Sewaktu hendak pulang ,Ghazrin tidak dapat menahan rasa terharu dan berterima kasih kepada keluarga angkatnya diatas kasih sayang yang ditunjukkan kepadanya. 

Walaupun pada awalnya timbul  keraguan untuk tinggal bersama mereka,kini Ghazrin  melihat mereka sebagai keluarga keduanya. Ghazrin teruja untuk menyambut Hari Raya bersama mereka tetapi dia perlu dahulukan keluarga sendiri terlebih dahulu dan Ghazrin tahu dia akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati keluarga Salina.

Dalam beberapa hari berikutnya, Ghazrin terus beraya bersama keluarga. Mereka mengunjungi sanak saudara, menerima duit raya, dan menikmati makanan yang lazat. Walaupun seronok meluangkan masa bersama keluarga, Ghazrin tidak terlepas daripada merindui keluarga angkatnya.

Pada hari raya kelima, Ghazrin mengambil keputusan untuk mengejutkan Salina dengan melawat mereka secara mengejut.Ghazrin yakin mereka semua telah pulang ke rumah. Ghazrin menaiki bas dan kemudian mengambil teksi menuju ke rumah mereka. Apabila Ghazrin tiba secara mengajut, Salina dan Kadir terkejut melihatnya tetapi  tetap gembira menyambutnya dengan tangan terbuka.

"Selamat Hari Raya, !" jerit Ghazrin sambil datang bersalaman ibu bapa angkatnya.

"Selamat Hari Raya, Gaz! Happynya mama anak teruna mama  datang mengejut macam ni," balas Salina sambil tersenyum.

Maya,Fiya dan Kina bergiliran bersalaman dengan Ghazrin.Fiya memandang Ghazrin dengan perasaan tidak puas hati, terpaksa bersalaman.Maya dan Ghazrin agak kekok kerana terpaksa berpura bersalaman seperti adik beradiksedangkan perhubungan mereka seperti suami isteri.

Fiya pula mempamerkan wajah menyampah.Terpaksa bersalaman dengan lelaki bukan muhrimnya.Namun atas desakan ibubapanya Fiya gagahkan diri bersalam dengan Ghazrin.Di dalam hatinya menyumpah kutu mana yang dijadikan abangnya tanpa rela.

Kina pula,seperti biasa ceria dan gembira dengan kehadiranan Ghazrin disitu,sudah lama Kina inginkan abang seperti Ghazrin .Mereka meluangkan masa untuk mendengar, berkongsi cerita tentang perayaan mereka, dan menikmati makanan tradisional Kuih Raya. Indah sungguh di Hari Raya ke lima!

KHILAF REMASTRED EDITIONWhere stories live. Discover now