⁠🌿 KHILAF 2 🌿

10K 101 1
                                    

Masa terus berlalu dan sebulan berlalu....

"Amacam Gaz? Baik tak perempuan yang aku bagi nombor tu"? soal Arif.

Soalan Arif itu membuatkan Ghazrin teringat kembali kejadian yang berlaku bulan lepas. Saat Arif memberikannya nombor telefon seorang gadis kepadanya.Waktu dimana Ghazrin berazam untuk berkenalan dengan gadis itu dan cuba menggodanya hingga ke atas katil.Sekaligus menamatkan zaman terunanya.

"Entah lah. Aku tak try lagi. Lupa dah aku.Kai paham je la.Busy sikit la sekarang ni.Lagipun kau tak cakap rupa dia macam mana..Mana tau gemok gedempol ke tak ke naya aku nanti. Seram pon ada jugak.Kau tu bukan boleh percaya" kata Ghazrin acuh tak acuh.

"Bodohnyer kau ni. Nombor tu ada lagi tak"? soal Arif.

"Ada je. Cuma aku yang tak sempat nak call. Kau tau la kan,kalau da start call ni mesti nak kena melayan. Kalau layan nanti kerja satu tak jalan beb. Lagi pulak time sekolah macam ni.Mahu pulak time free nanti dok sibuk ajak aku sms. Aku ni jenis rimas. Weyh aku lupa nak tanya. Sape nama awek ni"? soal Ghazrin.

"Entah aku pun tak tau. Member aku pass nombor gitu je takde nama" jawab Arif.

"Elleh.. siallah.Kau apa pun tak tahu. Aku nk try contact macam mana ni nama pun takde. Form berapa minah ni"? soal Ghazrin.

"Haah ya lah. Form berapa yea? Form 3 kot" jawab Arif meneka.

"Perghh. Jap lagi aku call,kena budak-budak darjah 6 macam mana? Kau lupa dulu kau pernah pass aku nombor budak darjah 6. Dah melentok-lentok budak tu masa nampak aku. Ishhh tak selera la aku". balas Ghazrin.

"Ala.. Kau cakap kau power bab ayat awek. Sampai dah main banyak round apa bagai. Apahal pulak kau risau ni .Nama lah, pasal umurlah,pasal budaklah !" ejek Arif.

"Babi" pendek balas Ghazrin.

Itu saja yang dapat Ghazrin balas. Kerana geram dengan ejekan Arif yang memandang rendah dirinya.

Tetapi Ghazrin tidak ambil hati.Sudah masak akan perangai sahabat karibnya itu.Rakan dikala senang.Ghazrin merasakan itu satu cabaran. Benda macam ni kena buat simple,cool and steady.Fikirnya

"Aku ingat esok aku try call dulu. Ke nak terus sms je.Apa pendapat kau ?" soal Ghazrin mendapatkan pendapat temannya itu.

" Kau terus je sms. Kalau tak reply baru kau call" cadang Arif.

Ghazrin berfikir sejenak.Teringat strategi yang difikirkan olehnya sebulan lepas iaitu terus call.

"Masalahnya kita tak tau awek ni cantik ke tak" getus Ghazrin.

"Kau ingat kalau kau call kau tau ke dia cantik ke tak ,gila! Aku kan dah cakap aku tak tau dia cantik ke tak. Member aku yang pass nombor tu. Aku ni kalau gentle macam kau, lama dah aku try. Tapi awek aku tu nak letak mana pulak." balas Arif.

Ghazrin terfikir relevan juga apa yang diperkatakan oleh Arif. Mana mungkin dia tahu cantik atau tak seseorang hanya dari panggilan telefon. Lantas idea yang difikirkannya sebelum ini hanyalah sia-sia oeh kerana alasan yang diperkatakan Arif ada benarnya.

" Yelah-yelah. Aku try sms la sekarang" ujar Ghazrin.

"Haa macam tu lah. Aku pun nak tau macam mana perempuan tu. Tapi kalau sms pun kita tak tau gak apa rupa dia. Kau mesej dulu. Agak dah sangkut baru ayat ajak jumpa. Kite survey dari jauh dulu. Kalau tak cantik kite blah je la tinggalkan. Hahahaha" cadang Arif ketawa.

Ghazrin juga ketawa mendengar idea nakal Arif.Sambil menatap skrin telefon Samsung A32nya, Ghazrin mula mengakui apa yang Arif perkatakan sambil mula menaip mesej di telefon bimbitnya.

Ghazrin : Assalamualaikum. Maaf menganggu.Boleh kenal?

Ayat pendek kebudak-budakan ditaip dan dihantar ke nombor tersebut. Ghazrin menunggu namun tidak mendapat balasan.Sebatang rokok yang di pau dari Arif dibakarnya.Sambil menghisap rokok,selepas selang 8 minit, barulah pemilik nombor tersebut membalas.

??? : Walaikumusalam. Nak kenal? Siapa ni?

Ghazrin tersenyum seraya Arif juga menyeringai di sisinya.

"Woi..ada respon ni Gaz" ujar Arif ketawa.

Ghazrin : Saya Ghazrin. Panggil Gaz je. Siapa nama awak.?

??? : Owhh. Gaz. Saya Sal. Mana awak dapat nombor saya ni?

Ghazrin : Adalah.Sal je ke? Nama penuh?

??? : Penting ke?

Ghazrin : Ya.Penting.

??? : Nama saya Salina.Mana awak dapat nombor saya ni?

Ghazrin : Wow. Salina.Boleh tahan nama ni.Ada macam nama orang lama-lama ni.Kawan saya yang pass kat saya.Dia cakap awak cantik.

Salina : Dah memang saya orang lama. Mana ada cantiknya. Awak ni umur berapa?

Ghazrin : Saya form 5. Awak?

Salina : Hahaha. Form 5? Boleh kita sambung mesej nanti-nanti dik? Anak saya yang bongsu ni dah nak balik sekolah ni.Assalamualaikum.

Ghazrin terdiam. Anak? Apa yang perempuan ni melalut difikirannya seraya menatap wajah Arif di sebelahnya. Arif juga ikut tersengih.

"Kau tengok Rif. Aku kena reject ler! Pastu entah nombor makcik mana kau bagi aku ni woii!!! jerit Ghazrin.

"Aku rasa dia saja je tu. Alasan malas nak layan kau cakap dia ada anak" jawab Arif ketawa.

Namun Arif berhenti berseloroh melihat riak muka Ghazrin yang tampak serius,bimbang dimarahi Ghazrin . Ghazrin pula diam seribu bahasa. Sambil itu otaknya ligat berfikir ada juga benarnya kata Arif itu.

Bukan tidak pernah, perempuan-perempuan yang pernah Ghazrin kacau memberi alasan menyamar sebagai ayah, emak, atau abang ketika dia cuba bermain mesej dulu semata-mata ingin mengelak dari dikacaunya.

"Ahh malaslah aku mesej lagi minah ni. Kene reject lak." bentak Ghazrin.

"Hahaha.. Rilek lah Gaz. Kau kata kau power ayat perempuan. Try la lagi nanti-nanti. Dia memang tengah ada kerja kot tu. Kalau tak, takkan kau cakap nak kenal dia masih reply. Kalau dia tak nak layan, mesej kau awal-awal tadi pun dia tak reply dah." balas Arif.

Ada benarnya kata Arif itu.Ghazrin tidak mahu serabutkan kepalanya.

"Tengoklah nanti esok-esok lau aku rajin aku mesej lagi. Aku gerak balik dululah. Dah nak Maghrib ni. Kerja sekolah tadi cikgu bagi pagi kalau kau dah siap nanti esok pagi kat sekolah kau bagi aku pinjam buku kau. Aku nak tiru" ujar Ghazrin.

Ghazrin berlalu pergi meninggalkan taman permainan yang menjadi tempat dia dan rakan-rakannya melepak setiap petang.Jika hari lain biasanya Ghazrin akan ke padang sekolah bermain bola sepak.

Hanya beberapa langkah dihayun, Ghazrin sudah sampai didepan lif blok beliau. Jika nak dibandingkan dengan rumah Ghazrin , blok rumah Arif sedikit jauh ke belakang dan berselang 2 blok dari blok rumahnya.

KHILAF REMASTRED EDITIONWhere stories live. Discover now