🌳 KHILAF 7 🌳

7K 97 2
                                    

"Gaz berdiri sebelah kanan Papa. Apa pulak makmum lelaki berdiri sebelah Kina" ujar Kadir memberi arahan.

Ghazrin melihat ada sehelai sejadah sudah dibentang di sebelah kanan bapanya. Ghazrin menahan malu. Terasa tebal kulit mukanya.

Kina yang berada di sebelahnya juga ketawa kecil melihat kelakuan Ghazrin. Tidak hairan jika Ghazrin diketawakan kerana kali terakhir beliau sendiri bersembahyang pun tidak mampu diingatinya. Apatah lagi berjemaah di surau.

Ghazrin lantas berjalan laju ke sebelah Kadir dan berdiri tegak tanda sedia untuk bersolat.

"Haa Gaz.. Iqamat" arah Kadir lagi.

"Aduhh.." keluh Ghazrin.

Sekali lagi Ghazrin kerisauan. Dirinya langsung tidak faham apakah maksud Iqamat. Ghazrin terdiam sambil melihat muka papanya.Kadir perasan akan Ghazrin yang tidak tahu qamat itu.

"Alaa.. Iqamat tu macam azan. Tp versi pendek. Yang selalu bilal sebut sebelum imam start solat. Ingat tak?" soal Kadir.

Kadir faham apa yang bermain di isi hati anak angkatnya itu. Terbit rasa kasihan dalam dirinya terhadap Ghazrin.Banyak lagi benda yang anak muda ini ketinggalan,masih banyak perlu dibaiki diri Ghazrin.

Ghazrin pula sedang menyusun sebutan-sebutan azan yang diingatinya. Mujur rumahnya yang agak berdekatan dengan surau. Jadi, Ghazrin selalu mendengar azan berkumandang. Sedikit sebanyak, sebutan azan dapat diingat dan disusun kembali di dalam fikirannya. Lantas Ghazrin memulakan iqamat sedang yang lain mendengarnya.

Selesai iqamat, Kadir yang mendengar sedikit tersenyum. Ternyata masih ada iman walaupun sebesar biji sawi di dalam diri Ghazrin. Susunan semuanya betul. Sedikit kesalahan sebutan tapi tidak keterlaluan.

Ghazrin menarik nafas lega. Dan masih kebingungan sama ada iqamat yang dilafaznya tepat atau tidak. Kemudian mereka berlima pun mengerjakan solat dengan Kadir menjadi imam.

Usai solat, dengan kain pelikat dan t-shirt lama yang dipinjamkan oleh bapa angkatnya, Ghazrin dan Kadir menuruni tangga rumah tersebut menuju ke ruang keluarga untuk menonton tv.

Baju dan seluar yang pakai seharian, disidai Salina dan dikeringkan memandangkan pakaian tersebut sedikit basah akibat peluh tetapi tidaklah berbau.

Salina hanya mahu Ghazrin solat dalam keadaan selesa dan berasa santai ketika dia menonton tv di bawah bersama suaminya.

"Fuhh papa. Tu PS4 yea? Sapa yang main? Papa"? soal Ghazrin.

"Yalah. Ingat papa tak power ke. Nak try PES 2020?" soal Kador pula.

"Boleh jugak" balas Ghazrin.

Sementara di tingkat atas, Salina sedang bersiap untuk turun ke bawah. Ketika keluar dari bilik, Fiya yang kebetulan pada masa yang sama keluar dari bilik.

Salina : "Ehh Fiya. Nak ke mana tu"?

Fiya : "Takde ke mane. Kenapa mama??"

Salina : "Tu bertudung bagai. Ingatkan nak keluar tadi"

Fiya :"Eh taklah ma. Dah malam macam ni nak keluar ke mana.Banyak dah nak tutup. Mama tu tak pakai tudung kenapa?"

Salina : "Mama takde ke mana pun. Nak turun bawah ke dapur mama nak masak" jawab Salina.

Fiya : "Eh kan abang Gaz ada kat bawah tu?"

Salina :"Habis tu kenapa dengan abang Gaz? Dia tu dah macam abang Fiya dah tau"

Fiya : "Eh kan dia tu budak tu orang luar. Mana boleh macam tu"

Salina : "Ish Fiya ni. Suka cakap yang bukan-bukanlah. Dia tu dah macam anak mama dah tau"

KHILAF REMASTRED EDITIONWhere stories live. Discover now