Suatu hari,selepas Ghazrin pulang dari sekolah,Ghazrin masuk ke biliknya dan terus berbaring.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Tertera nama Salina menghubunginya.
Salina : "Gaz.. Gaz suka makan apa"?
Ghazrin : "Gaz makan semua ma. Takda apa yang Gaz tak makan. Asalkan halal.Sebab ibu memang da ajar Gaz jangan pernah memilih pasal makanan".
Salina : "Owhhh.. Alhamdulillah. Bagus anak bujang mama sorang ni. Okay-okay. Apa makanan favorite Gaz?"
Ghazrin : "Kalau favourite tu Gaz suka makanan pedas.Macam ayam masak lemak cili padi ke. Ayam sambal ke. Kalau ada sambal belacan pun dah ok sangat-sangat. Kenapa mama?"
Salina : "Mama ingat nak masak untuk Gaz. Nantikan kita nak keluar cari barang sekolah Gaz dengan adik-adik.Baliknya tu kita makan kat rumah mama ok"?
Ghazrin : "Ishh Mama. Gaz seganlah. Nak pergi beli barang sekolah pun Gaz dah segan, apatah lagi nak datang rumah mama siap makan lagi"
"Lahh.. Kan kebetulan tengah cuti sekolah. Papa pulak memang tengah cuti. Tak apalah kita jalan ramai-ramai. Lagipun Gaz dah nak exam kan. Alat tulis semua dah ada ke"?
Ghazrin : "Gaz lupa nak tanya ibu pasal tu. Tak apa. Nanti Gaz confirmkan lagi dengan mama"
Sebaik Gaz menamatkan perbualannya bersama ibu angkatnya, Ghazrin lantas menelefon ibunya yang sedang berkerja mengenai rancangan keluarga Salina. Dan ibunya membenarkan Ghazrin untuk keluar bersama keluarga angkatnya itu dengan syarat Ghazrin harus jaga perangainya.Jangan memalukan dirinya dan keluarga.Ghazrin faham dan patuh arahan ibunya.
Selepas pertemuan pertama Ghazrin bersama keluarga angkatnya itu, Ghazrin lantas menceritakan mengenai mereka kepada ibunya. Alhamdulillah, ibunya memahami dan menerima perhubungan anaknya dengan keluarga Salina.
Ibunya gembira melihat perubahan Ghazrin yang kini lebih ajin ke sekolah. Tetapi ibunya tetap mengingatkan Ghazrin supaya ingat akan asal usulnya,jangan pernah meminta-minta.Dan jangan pula menyusahkan mereka. Di sudut hati ibunya, tersemat sedikit rasa cemburu melihat anaknya gembira bersama keluarga angkat.
Oleh kerana ibunya jugak tidak mampu melayan dan memberi apa yang Ghazrin perlukan memandangkan adik-adik Ghazrin lebih memerlukan perhatiannya, maka ibunya redha dan berharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu Ghazrin membina semula personaliti dirinya. Daripada Ghazrin bercampur dengan kawan-kawannya yang bukan-bukan, ada baiknya Ghazrin bersama keluarga angkatnya.
Pada hari yang dijanjikan, mereka pun keluar sekeluarga. Mereka makan tengahari bersama kemudian berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang sama. Di kedai alat tulis, Maya dan adik-adiknya khusyuk memilih alat tulis. Mereka juga sempat mencapai senashkah dua novel untuk mereka habiskan masa ketika berada di asrama dan beberapa buku rujukan sekolah.
Kadir : Aaii Gaz. Beli pen 2 batang je?Barang-barang lain tak beli ke?
Ghazrin : Cukuplah ni pa. Gaz takde pen je. Yang lain semua cukup lagi.
Kadir : Novel taknak?
Ujar Kadir cuba bergurau dan ketawa kecil.
Ghazrin : Ishh Papa ni. Taklah. Takkan lelaki baca novel.
Kadir : kalau tak nak beli novel, tu ada buku agama tu.
Ghazrin ketawa. Maya dan Kina yang kebetulan lalu disitu juga ikut ketawa. Dalam diam, Fiya yang berada selang beberapa rak dari situ hanya melihat dari jauh dengan perasaan menyampah.
Rupanya dalam diam, dia hairan bagaimana seluruh keluarganya boleh menerima Ghazrin sebagai anak angkat. Ya dia tahu, ibu dan bapanya sangat inginkan anak lelaki, tetapi baginya tidak cukupkah mereka bertiga.Lagipun bagi Safiyyah anak perempuan juga rezeki dari Allah.
Fiya juga tidak suka akan latar belakang Ghazrin.Ibunya pernah bercerita mengenai Ghazrin sering ponteng sekolah dan tidak bagus dalam pelajaran.Dan yang paling memusykilkan dirinya ialah, bagaimana ibunya boleh mengenali Ghazrin. Dan tidak adakah sedikit keraguankah dalam diri bapanya mengenai hubungan Ghazrin dan ibunya.
Fiya terus memerhatikan telatah ibu bapanya dan Ghazrin dengan hati yang menyampah.Menyirap darahnya kerana merasakan Ghazrin telah mencemari kebahagiaan keluarganya.Orang asing yang muncul secara mendadak dalam kehidupan keluarganya.
Selesai urusan di pusat membeli belah, mereka terus ke pasar untuk membeli barang mentah untuk dimasak sebagai hidangan makan malam mereka. Kadir dan anak-anak perempuannya hanya menunggu di dalam kereta. Salina hanya ditemani Ghazrin masuk ke pasar.
Ghazrin masih teringat, kali terakhir beliau menemani ibunya ke pasar semasa beliau masih di tingkatan 1. Sejak itu, dia malas untuk menemani ibunya.Adik-adiknya pula yang sering bertukar giliran menemani ibunya ke pasar.
Di pasar, Salina mengajar Ghazrin cara memilih barang mentah.Menurut Salina,orang lelaki juga harus belajar ke pasar. Harus kenal jenis-jenis ikan dan sayuran. Harus tahu bahan-bahan mentah untuk sesuatu jenis masakan. Jadi disebabkan Salina akan menyediakan makanan kegemaran Ghazrin , jadi Salina menunjukkan bahan-bahan untuk membuat ayammasak lemak cili padi.
Ghazrin terasa dihargai dan terharu dengan sikap Salina yang kelihatan seperti memanjakan dirinya. Di dalam keluarga kandungnya sendiri, dia akui dirinya sedikit terabai kerana ibunya lebih fokus membesarkan dan menjaga adik-adiknya. Tapi dia tidaklah menyalahkan ibunya kerana dia faham keadaan ibunya.
Setelah selesai membeli barang masakan di pasar, mereka terus ke rumah Salina.
YOU ARE READING
KHILAF REMASTRED EDITION
WerewolfSalam Sejahtera Saya telah diberikan satu cerita oleh pengarang @SeranganAtasGergasi.Dia meminta saya publish di akaun Wattpad saya kerana lebih ramai followers akan membaca,katanya. Rasanya cerita KHILAF ini sudah ramai yang baca dan tergantung sep...