🎨 Flashback untuk KHILAF 4 🎨
Jam di dinding menunjukkan pukul 5.00 petang. Kadir sampai ke rumah agak awal dari kebiasaannya. Kebiasaannya Kadir sampai ke rumah jam 6.30 lebih kerana selesai urusan kerja, Kadir akan terus ke sekolah Kina untuk menjemput anak bongsunya itu.
"Awal balik hari ni bang" sapa Salina.
"Ha'ah. Kerja abang tadi semua siap awal.Itu yang balik awal ni.Abang nak mandi dulu, nak solat Asar dulu.Lepas tu boleh la kita boleh keluar makan sama-sama.Kalau awak nak la.Satu lagi Kina balik sekolah nanti awak nak ikut ambik dia sekali atau nak abang sorang saja pergi ambik?" soal Kadir.
Salina masih lagi diam tidak membalas pertanyaan Kadir.Jarinya masih ligat menaip sesuatu di telefon bimbitnya itu.Kadir hanya memerhatikan kelakuan isterinya yang asyik dengan telefon itu.
"Haii.. Khusyuknya mengadap telefon tu. Siapa pulak yang awak mesej tu??" soal Kadir.
Mendengar soalan itu barulah Salina terpinga-pinga dan berpaling ke arah Kadir.Sambil tersenyum Salina bangun dan meletakkan telefonnya lalu menuju kepada Kadir.
"Maaf Bang,Sal ralit pulak " jawab Salina tersenyum.
"Abang pergi ambik Kina lah.Nanti Sal siapkan makan malam " jawab Salina.
"Awak tak nak makan luar?" soal Kadir.
"Tak" jawab Salina pendek.
"OK" balas Kadir pendek lalu melangkah naik ke atas.
" Abang !! "
Kadir baru melangkah 3 anak tangga hendak naik ke atas tetapi tiba-tiba namanya dipanggil Salina.
"Apa lagi?" soal Kadir.
"Haa bang.Tunggu kejap..ni Sal ada benda nak cerita dekat abang ni " ujar Salina menuju ke tangga.
"Apa benda lagi?" soal Kadir kehairanan.
"Ni.Tadi kan abang tanya kenapa Sal menghadap telefon lama-lama..Ni Sal ada dapat mesej sorang budak ni. Awalnya dia salah nombor tapi lama-lama Sal layan berborak dengan dia. Sal jadi kesian pulak kat dia bang" ujar Salina.
"Kenapa dengan dia? OKU ke?Tak makan ke? " soal Kadir kehairanan.
"Dia ni anak yatim.Bapak dia da lama meninggal. Mak dia sibuk kerja.Dari segi bahasa dia Sal tengok mulanya macam budak nakal. Tapi dari sehari ke sehari Sal mesej dia, Sal tahu dia budak baik sebenarnya.." ujar Salina lagi.
Langkah Kadir terhenti.Pelik dengan perangai isterinya melayan mesej dari orang yang tidak dikenali.
"Sapa nama dia? Umur budak tu berapa tahun? Sejak bila awak dah mesej dengan dia?" soal Kadir.
Kadir sedikit curiga. Setahunya, Salina seorang yang tidak mudah melayan panggilan orang yang tidak dikenali.
Pernah dahulu isterinya mendapat panggilan seorang lelaki mengaku teman sekolah Maya.Lelaki itu memberitahu mahu bertanya hal pelajaran tetapi cepat-cepat Salina melaporkannya kepada Kadir dan Kadir meminta Salina terus mengabaikan panggilan dari lelaki tersebut.
Bukan itu sahaja, ada beberapa kes yang lebih kurang sama terjadi selepas itu,namun Salina tetap tidak melayani sebarang nombor yang tidak dikenali.Samada SMS mahupun panggilan telefon.Sebab itu Kadir percaya akan isterinya dan tidak mengambil pusing mengenai hal itu.
Ya. Salina masih cantik ,masih bergetah dan tambahan pula seorang yang baik hati.Tetapi kali ini, Kadir musykil.Kenapa dengan budak baru ini Salina boleh pulak melayannya.Kesemua hal itu diberitahu Kadir dan tiada yang dirahsiakan.
"Owhh. Baru seminggu. Nama dia Gaz. Alahh bang. Baru 17 tahun. Baya-baya Maya je. Sal bukan apa. Dia cakap dia bosan. Mak dia sibuk kerja. Takda masa nak layan dia. Kurang kasih sayang budak ni" ujar Salina.
Kadir mendengus perlahan.Nama Ghazrin.
"Awak tu jaga-jaga. Pemikiran budak lelaki 17 tahun zaman sekarang ni tak macam pemikiran budak-budak zaman kita dulu-dulu" ujar Kadir.
"Ishh abang kesitu pulak.Sal tahulah. Takkanlah Sal tak tahu hukum hakam bang. Sal sedar Sal ni isteri abang lagi.Tahu lagi batas pergaulan. Kalau abang risau, Apa kata kita jumpa dia dulu.Tengok macam mana.Sal tahu dia budak baik bang." jelas Salina.
"Awak ni semua orang baik" sindir Kadir.
Salina tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu.
"Awak pernah jumpa dia?" soal Kadir.
"Tak" balas Salina pendek.
" Wahh awak ni..Macam ni pun ada.Awak tak pernah jumpa dia,then cakap dia budak baik?" soal Kadir kehairanan.
"Dia ada minta akaun Facebook dan Instagram saya,tapi abang tahulah saya mana main media sosial tu semua.." jawab Salina lagi.
"Facebook dia?Insta dia? " soal Kadir.
"Entahlah Bang,Sal tak tanya pun" jawab Salina.
"Pelik la awak ni,tak jumpa,tak kenal dah kata budak tu baik " ujar Kadir.
" Kalau dah jumpa dan dia betul-betul baik, apakata kita buat anak angkat? nak tak bang?" soal Salina lagi.
Kadir terdiam dengan cadangan Salina.Difikirnya sebentar.Sudah lama Kadir dan Salina idamkan anak lelaki.Jika dahulu mereka beria-ia mahukan lelaki namun setelah 3 kelahiran anak perempuan,Kadir pasrah.Cukuplah 3 anak perempuan.Kadir bersyukur.Salina pula tidak memaksa.
"Yer saya tahu awak ni baik hati. Saya percaya kat awak. Tahulah awak teringin anak lelaki. Nanti budak 2 orang tu balik dari asrama, kita bawak mereka semua jumpa sekali si sapa nama dia tadi tu"? soal Kadir.
"Gaz bang" jawab Salina.
"Haa si Gas tu"
"Gaz la bang. Apa pulak Gas. Gas buat masak tu" balas Salina ketawa
"Hahaha.. Ya si Gaz tu.Dah jumpa nanti kita ajak dia pergi jalan-jalan beli barang-barang ke bawak gi makan ke" cadang Kadir.
"Haa boleh-boleh. Saya baru nak cadangkan kat abang macam tu" ujar Salina pula.Gembira dengan cadangan Kadir.
"Dapat pahala Sal kalau kita layan anak yatim. Dah la saya mandi dulu. Lepas tu saya keluar ambik Kina kat sekolah. Saya ingat nak terus pergi pasar malam. Awak ada nak kirim apa-apa tak kat pasar malam tu"?
Salina tidak menjawab sebaliknya diam menaip sesuatu di telefon nya dan tidak mengendahkan pertanyaan suaminya itu.Masih tidak terputus perhubungannya dengan Ghazrin melalui SMS.
"Ishhh tengok tu. 2 kali dah saya cakap awak tak dengar. Dahlah. Saya naik atas dulu" ujar Kadir berlalu ke atas.
YOU ARE READING
KHILAF REMASTRED EDITION
WerewolfSalam Sejahtera Saya telah diberikan satu cerita oleh pengarang @SeranganAtasGergasi.Dia meminta saya publish di akaun Wattpad saya kerana lebih ramai followers akan membaca,katanya. Rasanya cerita KHILAF ini sudah ramai yang baca dan tergantung sep...