🍀 KHILAF 9 🍀

6.6K 101 5
                                    

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam.Kadir dan Ghazrin masih leka menonton TV.Kadir mulai menguap.Dijelingnya jam di dinding,melihat waktu sekarang.Malam semakin larut,yang ada di ruang tamu hanyalah mereka berdua.Kemudian muncul kelibat Fiya menuruni anak tangga.

"Fiya. Masuk bilik belakang. Ambikkan toto, bantal dengan selimut untuk abang Gaz" arah Kadir.

Fiya tersentak mendengar arahan papanya."Kau yang nak tidur, aku pulak yang nak kena punggah" bentak Fiya di dalam hatinya tidak berpuas hati.

Fiya dengan muka sedikit masam menurut arahan papanya sambil mengomel di dalam hati.Fiya menjeling ke arah Ghazrin.Meluat melihat pemuda itu.

Terasa dirinya seperti orang gaji untuk remaja yang yang entah dari mana muncul di dalam rumahnya.Tiba-tiba dia mendapat abang baru hari ini.Sudahlah siap datang tidur di rumahnya pula tu.

Jika sebelum ini hujung minggu Fiya dan Maya balik ke rumah untuk menghabiskan masa bersama ibu bapanya,namun suasana itu terganggu dengan kehadiran Ghazrin.Fiya yang menjaga aurat terpaksa bertudung di dalam rumahnya.

Fiya mengomel sendirian berjalan masuk ke belik belakang di tingkat bawah untuk mengambil kelengkapan tidur untuk Ghazrin di bilik belakang.

Bilik belakang Kadir jadikan bilik stor untuk menyimpan kelengkapan dan peralatan yang jarang digunakan. Oleh kerana bilik belakang tidak sempat dikemas, Kadir menyuruh Ghazrin untuk tidur di tingkat bawah di ruang tamu sahaja buat sementara ini.

Rumah tersebut mempunyai 4 bilik di tingkat atas. Master bedroom untuk mereka suami isteri,1 untuk Maya,1 bilik lagi untuk Fiya dan Kina. Sebuah bilik lagi Kadir jadikan sebagai bilik bacaan dan juga bilik menyimpan perlbagai barangan hobi.

Dibilik itulah Kadir menyimpan model-model robot Gundam,action figure dan beberapa model kereta. Jadi bilik tersebut tidak sesuai untuk dijadikan bilik tidur.

Ghazrin tidak ada masalah untuk tidur di ruang tamu atas. Tapi Kadir masih ragu-ragu kerana ruang tersebut berada di hadapan bilik anak-anak gadisnya. Takut-takut kalau anak-anaknya tidak selesa jika ada tetamu lelaki yang baru dikenali tidur di hadapan bilik mereka.

Jadi untuk permulaan,Kadir meminta Ghazrin tidur di ruang tamu bawah dahulu.Bilik atas nanti Kadir akan aturkan semula.

Kadir bercadang menempatkan ketiga-tiga anaknya dalam 1 bilik supaya mereka lebih rapat.Tambahan pula Maya dan Fiya menetap di asrama hari persekolahan, Jadi bilik itu hanya dihuni Kina seorang pada hari biasa.

"Maaflah Gaz sebab kena tidur kat ruang tamu ni" ujar Kadir.

"Ehh takpelah papa. Ghaz tidur kat atas lantai je. Lagipun ada karpet ni. Selesa ni nampaknya" jawab Ghazrin,

Fiya muncul disitu dengan memegang toto dan bantal.Ghazrin perasan perubahan di muka Fiya. Jelas Fiya kelihatan tidak senang menuruti arahan papanya.Bantal,selimut dan toto dipeluknya sambil dilemparkan ke ruang tamu rumah.

"Ghaz tidur sini dulu yer. Mama lupa nak kemas bilik belakang tu. Tu Fiya dah ambikkan toto. Jangan tidur atas karpet je. Nanti sakit badan" jelas Kadir.

Salina yang kebetulan berada selesai membasuh pinggan di dapur juga sudah bersiap untuk naik ke atas tidur.Salina ke ruang tamu rumah.Toto,selimut dan bantal yang diambil Fiya dihamparkan tengah ruang tamu itu oleh Salina.

"Mama harap Ghaz OK tidur sini.Nanti mama susun bilik belakang tu" ujar Salina selesai menghampar toto itu.

Ghazrin mengangguk faham.Terasa dirinya bertuah dilayan baik oleh keluarga ini.Mana mungkin dia bisa bermimpi mendapat layanan seperti ini di rumahnya.

Jauh dihatinya,Ghazrin berasa bersalah kepada ibunya.Ghazrin memberitahu tidur di rumah kawan,tidak sampai hati untuk memberitahu perihal ibu angkatnya kepada ibu kandungnya ketika ini.

KHILAF REMASTRED EDITIONWhere stories live. Discover now