Part 8

1K 13 0
                                    

"Tok !!! Hello ! Ada orang tak kat dalam ?? Nak bagi kunci spare nii!"

Nina melepaskan diri daripada Zafran. Dia bergegas menuju ke pintu utama dan menyapa tetamu yang menghantar kunci spare rumahnya itu.

"Meh kunci spare tu! Bagi saya pegang."

"Eh kenapa pulak? Kan saya punya bilik."

"Ouh taknak bagi ya."

Zafran bangun dan menuju ke arah pintu. Dia mengunci pintu dan mula menghampiri Nina yang sedang berdiri di hujung katil. Nina hanya berdiam diri. Nina melangkah kebelakang dan akhirnya dia terduduk di atas katil saiz queen itu.

"Eh awak nak buat apa pulak nii"

"Nak bagi kunci ke taknak?"

Nina menggelengkan kepalanya dan hanya mendiamkan diri. Zafran menghampiri mukanya ke muka Nina.

"Eyyy yela yela . Ambillahh kunci ni. Jahat!"

Zafran tersenyum dan mula bergerak ke bilik mandi berdekatan. Dia membasuh mukanya dengan air di bilik mandi itu. Kemudiannya dia melangkah pergi meninggalkan Nina seorang diri.

"Haish, kunci spare pun dia nak ke ? Apalah."

Nina tidak menghiraukan hal itu. Dia membuka tudungnya dan terus merebahkan badannya di atas katil. Dia pun mula terlelap.

Tingg!

"Nina. Jom pergi makan. Awak belum makan lagi kan dari tadi?"

"Malasnya. Saya baru nak tidur ni."

"Hei! Jangan tidur lah lepas asar. Dah saya tunggu dah ni dekat bawah."

Nina menghembuskan nafas berat. Dia segera mandi dan bersiap untuk keluar makan bersama Zafran.

"Ei awakni. Lama betul ea bersiap. Dah sejam dah ni saya tunggu."

"Eleh beria je dah sejam. Baru 20 minit. Er"

Zafran ketawa melihat reaksi Nina. Dia senang dapat melihat wajah kekasih lamanya itu. Seandainya waktu boleh diputarkan kembali, semestinya dia tidak akan melepaskan gadis ini ditangan orang lain.

"Eh awak termenung apa lagi ni? Dah jom lah. Tadi nak cepat sangat."

"Janganlah marah. Hahaha"

Nina memberikan jelingan kepada Zafran. Zafran hanya tersenyum melihat Nina.

Zafran membawa Nina untuk makan di restoran termuka di Perak itu. Zafran sudah menempah kerusi yang agak privasi dan khas untuk orang berpasangan.

Selepas siap makan, Zafran pun membawa Nina ke kawasan Pulau Pangkor. Zafran membawa Nina untuk mengambil angin pantai.

"Wah cantiknya tempat ni. Awak selalu ke pergi sini?"

"Selalu je. Belakang tu ada kedai makan sedap. Saya selalu makan sini."

"Ouh, mesti dengan bakal menantu pilihan mak awak kan."

Senyuman Nina hilang serta merta. Dia meninggalkan Zafran sendirian. Dia mengambil angin pantai dan ingin membuang perasaan sedihnya sejauh mungkin.

Zafran memandang ke arah Nina yang semakin menjauh meninggalkannya sendirian di bawah pokok itu.

Seandainya dia tahu, aku kesini saat aku merindukan dirinya.

Zafran menghela nafas berat. Dia berlari mendapatkan Nina.

𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞 Where stories live. Discover now