"Assalamualaikum semua. Saya Sir Zamir. Saya akan mengajar awak semua subjek ni. Saya harap awak semua dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada dalam kelas saya. Pelbagai peraturan akan saya beritahu nanti. Okay terima kasih. Sila duduk."
Kelas pertama sudah mula berlangsung pada hari ini. Nina sudah bersedia untuk menimba ilmu di tempat baharu, bersama rakan baharu.
"Hai, boleh saya duduk sini? Saya pelajar course ni juga." ujar seorang jejaka yang agak tampan dan mungkin menarik perhatian bagi gadis-gadis.
"Aaa sure." kata Nina.
"Erm. You stay mana? Boleh tak i nak kenal dengan you lebih ra-"
"Kejap lagi kita borak. Lecture tengah mengajar tu. Nanti takfokus pulak." kata-kata lelaki itu tidak sempat dihabiskan langsung dicelah oleh Nina.
"Ouh okay." lelaki itu tersenyum kelat.
Selepas hampir 1 jam kelas dijalankan, Nina pun keluar dari bilik kuliah itu. Lelaki itu membontoti langkah Nina.
"Hai nama you apa? I taksempat nak tanya tadi." katanya.
"Nur Shanina. Boleh panggil Nina. You pulak?"
"Nama I Muhammad Daniel. Boleh panggil I Danny."
"Ouh I see. Okayla. I nak balik bilik dulu. Jumpa lagi nanti. Terima kasih sudi nak berkenalan dengan I."
"Wait Nina. Can I have your number?"
"Erm.. 0123456789."
"Thank you. See you Nina."
Nina melangkah pergi, meninggalkan Danny sendirian disitu. Danny hanya memerhati langkah Nina untuk ke biliknya tanpa kata-kata.
'Erm menarik..' bisik hati Danny .
Setelah sampai dirumah penginapannya, Nina menyiapkan pakaian untuk tidur. Dia sudah merasa lelah dengan segala aktiviti pada hari ini. Bukan sahaja kelas Sir Zamir pada hari itu, malahan ada juga dilakukan hari Orientasi pada hari itu.
Ting!
10 NEW MESSAGE*
'Aduhai nanti saja la aku balas semua chat tu. Aku rasa mengantuk sangat ni.' bisik hatinya.
Nina menutup matanya dan terus terlelap dikatilnya. Dia sudah terlalu penat, dia juga perlukan rehat yang secukupnya untuk menjalani hari esok. Jadual hari esok sangatlah padat.
Malam itu, Nina tidur tanpa menghiraukan keadaan disekelilingnya. Dia tidak menghiraukan bunyi telefon bimbitnya yang sudah lebih 10 kali berdering akibat ditelefon seseorang.
5 pagi
"Ya Allah, dah pukul 5 pagi .Kenapalah aku boleh tertidur dari petang semalam. Habisla solat aku tertinggal." Nina segera bangun dari katil dan segera mandi untuk solat subuh.
Selepas mandi dan solat Subuh, Nina membuka telefon bimbitnya dan melihat begitu banyak notification daripada Mama, Abang, Zafran dan nombor yang tak dikenali.
Mak: NINA!! Mak ada berita gembira . Abang kamu dapat masuk Pulapol dekat Sabah.
Abang : Lepasni kita jarang dah jumpa. Esok abang nak jumpa Nina kali terakhir.
Zafran : NINA!! mana awak ni. Tidur ke ??
+60123456798 : Haii! Saya Danny. ❤️
'Huh! Nasib baik dia dah dapat pergi jauh dari aku' bisik Nina dalam hatinya.
Terlepas juga Nina akhirnya. Dari genggaman lelaki sial itu.
"Eh katanya nak jumpa esok? Jadi dia akan datang ke sini? Oh tidak!" Nina menepuk dahinya.
Dia berfikir-fikir. Sudahlah Zafran ada kunci rumahnya. Jikalau tiba-tiba dia tidur disini macam mana. Tidakkah Nina akan menjadi lauk lagi.
*MAK CALLING*
"Nina, petang ni abang kamu nak jumpa kamu dekat perak. Before dia pergi Sabah. Mak tak ikut tau, sebab Mak nak kena buat kerja sikit harini."
"Tapi mak-."
"Kenapa Nina, abang kamu tu nak ke Sabah dah nanti. Nanti kalau kamu tak jumpa dia sekarang, 6 bulan lagi baru dia balik."
"Haish yela yela."
Nina meletakkan telefonnya di atas katil setelah ibunya menamatkan perbualan. Nina berasa takut dan risau. Fikirannya masih tidak boleh bersangka baik.
"Macam mana kalau dia buat lagi?"
Nina tidak dapat berfikir. Dia cuma berfikir sebaik mungkin.
Petang itu setelah habis kelas, Nina segera pulang ke biliknya kerana keletihan. Telefonnya juga tiada mesej atau panggilan dari siapa pun. Mungkin abangnya tidak jadi untuk datang.
Selepas balik ke rumahnya, Nina merebahkan badannya di atas katil. Ketika Nina hampir terlelap, tiba-tiba terdengar bunyi seseorang di dalam bilik air.
YOU ARE READING
𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞
Romance26 Januari 2020. Hari yang penuh bersejarah hitam bagi diri Shanina. Hatinya bagai digiris pisau yang tajam dan dia sendiri tidak tahu apa tujuannya untuk hidup di muka bumi tuhan ini. Jikalau bunuh diri itu bukanlah dosa yang besar, pastinya dia...