Part 16

187 3 0
                                    

"Nina!!!" Zafran mengetuk pintu rumah Nina dengan sekuat hati.

Setelah dia dapat memecahkan pintu rumah Nina, dia segera masuk ke dalam rumah dan melihat pakaian Nina yang sudah berterabur di atas lantai ruang tamu rumahnya.

"Nina! Awak kat mana?" soal Zafran.

Zafran mencari Nina dan melihat Nina sedang terbaring di atas lantai biliknya dengan keadaan yang penuh dengan lebam di tangan dan mukanya. Nina sudah tidak sedarkan diri. Zafran menelefon ambulans. Zafran memakaikan pakaian kepada Nina dengan kadar segera.

Selepas 10 minit, doktor keluar dan memberi penjelasan berkenaan dengan Nina. Doktor memberitahu bahawa terdapat banyak air mani di dalam kemaluan dan lubang belakangnya koyak dan luka.

Zafran menggenggam penumbuknya dan menahan amarahnya. Berani-beraninya lelaki-lelaki itu melakukan hal sebegitu terhadap Nina.

Setelah itu, Zafran menelefon seseorang dan memberitahu mereka untuk melihat CCTV di kawasan berdekatan rumah Nina. Kelihatannya 4 orang pelajar lelaki memasuki rumah Nina melalui tingkap dan seorang lagi lelaki memasuki rumah itu setelah Nina masuk ke dalam. Zafran meminta 5 orang lelaki itu dikeluarkan daripada universiti itu dan rakaman CCTV itu dihantar kepada pihak polis.

Selepas itu, Zafran masuk ke dalam ward dan melihat kondisi Nina yang sudah banyak lebam dan luka-luka di badannya. Nina masih lagi tidak sedarkan diri. Zafran menangis kerana masih tidak dapat menyelamatkan Nina.

Ketika Nina sedar, dia melihat Zafran berada di hadapan matanya.

"Saya dekat mana ni? Apa jadi dekat saya?" soal Nina.

"Shuuu.. takada apa apa.. Awak relaxkan diri awak je.. nanti apa-apa awak bagitahu saya.." ucap Zafran.

"Nina!! Nina okay takk!!" kedengaran suara seorang perempuan dari luar. Wanita itu adalah ibu kepada Zafran.

"Saya okay je, aunty.." ucap Nina.

Setelah beberapa hari berada di hospital, Nina pun sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Namun Nina masih trauma dengan rumah itu, sekiranya dia menjejakkan kakinya ke sana, peristiwa hitam itu kembali bermain dalam fikirannya.

Oleh itu, ibu Zafran memutuskan untuk mengajak Nina untuk tinggal bersama mereka. Nina pada awalnya agak keberatan kerana teringat akan kejadian dahulu dimana ibu Zafran meminta mereka untuk putus, menyebabkan Nina kembali trauma. Namun setelah dipujuk oleh mama Zafran sendiri, Nina akhirnya turuti juga.

"Nina.. maafkan Mama.. Dulu Mama takkenal pun dengan Nina. Sebab dulu mama ingatkan perempuan tu baik, dan sekarang Mama dah tahu siapa sebenarnya batu dan siapa sebenarnya permata.." ujar Mama Zafran setelah melihat Nina yang sedang mengemas pakaiannya untuk diletakkan di dalam almari.

"Tak apa Mama.. Nina okay je.." ujar Nina dalam senyuman.

"Kalau mama tahu Nina sebaik ini. Mama takkan pilih orang lain selain Nina. Maafkan mama ya Nina.." ucap Mama Zafran.

"Nina taktahu nama Mama yang sebenarnya, Nina lupa nak tanya hehe"

"Nama Mama Zaiton."

"Ouh okay Mama.. Mama Zaiton.." ujar Nina lagi.

"Nina duduk je sini.. Nanti hujung tahun ni, mama jumpa family Nina, nak tak?" ujar Puan Zaiton.

"Eh, awal sangat ke Mama.."

"Okay la tu Nina.. Mana ada awal. Zafran pun dah umur berapa dah sekarang." ucap Puan Zaiton sambil ketawa.

"Nanti Nina bincang semula dengan mak Nina ya Mama.."

Zafran datang, dia mahu membawa Nina untuk pergi ke pantai. Gadis itu baru sahaja sembuh, dia pergi menenangkan fikirannya di pantai.

𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞 Where stories live. Discover now