Part 18

232 4 1
                                    

Keesokan harinya, Nina bangun dari tidur dan terus ke dapur untuk menyiapkan juadah sarapan pagi untuk santapan mereka. Ibunya awal-awal lagi sudah pergi ke pasar untuk membeli ikan. Nina memasak nasi goreng kampung kesukaannya.

"Eh rajinnya bakal isteri saya ni.." Zafran yang baru sahaja bangun terus pergi ke dapur dan melihat tunangnya sedang memasak.

Rambut Nina yang panjang sampai ke pinggul sudah diikat terlebih dahulu supaya tidak serabai.

"Eh awalnya bangun. Baru pukul 6.30 pagi ni." ucap Nina.

"Saja je bangun awal. Sedapnya bau."

"Awak nak ke? Boleh. Pergi lah mandi dulu." ucap Nina sambil mencedok nasi yang baru siap digoreng ke dalam mangkuk.

"Okay sayang." Zafran bangun dan terus bergegas ke bilik mandi.

"Adik masak apa tu?" Alif bangun dan menuju ke meja makan.

"Nasi goreng je. Aik? Awal bangun." Nina mengerutkan dahinya.

"Hehe saja."

"Assalamualaikum.." suara seseorang menerpa dari luar rumah.

"Waalaikumussalam, eh Laila. Kau buat apa datang sini?" soal Nina apabila melihat rakan sekolahnya datang ke rumah.

"Mak aku ada hantar kuih sikit ni.. alang-alang aku pun tengah on the way nak pergi kerja." ujar Laila.

"Siapa yang datang dik?" soal Alif yang tiba-tiba keluar ke pintu. Matanya melihat ke arah Laila yang kini sudah terlihat sangat cantik dan menawan sejak bergelar sebagai seorang guru.

"Eh dah lama tak nampak abang Alif. Abang Alif sihat ke?" soal Laila tersipu-sipu malu.

"Abang sihat je.. Laila sihat tak?" soal Alif kembali.

"Laila sihat je bang. Eh Laila dah lambat ni.." ucap Laila sambil melihat ke arah jam tangannya.

"Eh laila.. boleh tak abang nak minta nombor telefon laila?" soal Alif dengan tersipu-sipu malu.

"Ohh boleh, nanti abang minta dekat Nina. Nina ada nombor Laila. Okaylah Laila minta diri dulu ya. Jumpa nanti." ucap Laila sambil pergi dengan tergesa-gesa.

"aik.. tiba-tiba je minta nombor dia. dulu bukan tak suka ke." perli Nina.

"dulu je.. sekarang dah suka dah.." ucap Alif.

"apa-apa jela. lambatnya mak dengan ayah nak balik ni. orang dah lapar ni.." ucap Nina.

*************************************

Cerita ni dah hampir sampai ke pengakhirannya. So next, nak cerita berkenaan dengan apa? Cinta , Sekolah, Abang, or what? Just komen.

𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞 Where stories live. Discover now