Part 9

1K 11 0
                                    

"Eh awak, dah malam dah ni. Jomlah balik."

"Marilah."

Nina berjalan beriringan dengan Zafran. Zafran memandang Nina yang kelihatan sedih dan sayu. Setelah sampai di kereta mereka, Zafran membukakan pintu untuk Nina. Nina hanya tersenyum kelat.

"Terima kasih. Tak perlulah awak bersusah payah buat semua ni untuk saya." ujar Nina pada Zafran.

"Takpelah. Anything for you Nina."

Ketika mereka berada dalam perjalanan untuk pulang ke kolej Nina, keadaan di dalam kereta sangatlah sunyi.

********************************************

" Terima kasih tolong hantarkan saya. Saya masuk dulu." ujar Nina.

"Jumpa lagi nanti." balas Zafran.

"Kalau rajin 🙄. Dah bye!"

Nina melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah penginapannya. Zafran hanya memerhati dari kereta. Dia menghembuskan nafas berat.

'hmpphh.. kalau la aku takbuat macam tu dulu. mesti aku takkan kehilangan dirinya yang macam dulu.' bisik hati Zafran.

Zafran menekan minyak keretanya dan pulang.

Manakala di dalam bilik tidur Nina, dia pun mandi sekali lagi. Kerana baru pulang dari pantai. Pastinya badan sudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti-aktiviti berat. Nina mengenakan baju tidur dan merebahkan badannya di atas katil.

"Haih. penat nya harini. kenapa ye, walaupun dah lama benda tu berlalu, tapi aku tetap takdapat terima kenyataan. hati aku masih sakit bila mengingatkan apa yang jadi dulu." kata Nina dalam hatinya.

Nina mula menutup matanya. Dalam masa yang sama, dia ingin menangis. Air matanya mula jatuh berjujuran di pipi. Dia mula melangkah ke alam mimpi.

------------------------

TO BE CONTINUE.

𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞 Where stories live. Discover now