Nina bangun dari tidur dan dia melihat Zafran sudah tertidur di sofa. Dalam beberapa minit, dia melihat ke arah bajunya dan merasakan bahawa bajunya sudah bukan baju abayanya lagi.
"Arghhh!!" Nina menjerit.
Zafran terbangun dan terus bergegas ke arah Nina. Dia kelihatan risau terhadap gadis itu.
"Kenapa Nina??"
"Siapa yang pakaikan saya baju ni?" tanya Nina.
"Erm saya, tapi masatu awak sedar. And saya takbuat apa apa pun pada awak." jelas Zafran.
Nina teringatkan kembali tentang apa yang berlaku terhadap dirinya semalam. Bahawa dirinya yang hampir dirogol oleh 5 lelaki, 4 lelaki yang dia kenali, namun seorang lagi dia tidak tahu siapa kerana mukanya tertutup dengan topeng. 4 lelaki itu adalah rakan sekelasnya, dia tidak tahu mengapa rakan sekelasnya itu sanggup melakukan hal seperti itu terhadapnya.
*************************************
Di kelas.
4 orang lelaki itu memerhatikan Nina di dalam kelas. Nina cuba untuk menghiraukan keempat orang jejaka itu. Nina tidak tahu mahu letak muka dimana, sejak dari kejadian semalam.
"Nina, boleh saya pinjam pen?" ujar Danny dan menghentikan lamunan Nina.
"Aaa boleh. Nah!" Nina menghulurkan pen tersebut dan dia terpandang ke arah Danny yang berada di sebelahnya.
"Eh kenapa dengan bibir awak tu? Macam kesan berdarah je?" soal Nina.
"Ah ? Tak- takde apa apa. Luka sikit je ni. Jatuh semalam masa main rugby." ujar Danny dalam teragak-agak.
"Perfume ni.. macam aku pernah bau. tapi dekat mana ya? aku takingat. ahh ! aku kan selalu duduk dengan Danny, Mungkin sebab itu la aku dah biasa sangat dengan bau perfume ni kot!" bebel Nina di dalam hati.
Nina menyambung kerjanya sebelum dihantar ke pensyarah. Dia mahu segera pulang kerana takut akan kejadian yang sama seperti malam tadi. Kejadian itu masih berdarah di dalam ingatannya.
"Nina, awak okay ke? Nak saya teman awak balik tak?" soal Danny.
"Takpe Danny.. Takpayah.. Saya okay je." ujar Nina.
"Eh saya risaukan awak. Bahaya sorang ii dekat sini. Lagi ii dekat lorong gelap tu. Awak jangan lalu lorong tu sorang ii. Bahaya tau! Meh saya temankan awak." ujar Danny.
"Eh Danny, saya okay la.." ucap Nina sebelum kejadian kemarin berlegar-legar di dalam fikirannya.
"Takpe biar saya teman awak sampai dalam bilik." ujar Danny.
"Takpayah! Saya kata takpayah kan! Kenapa awak degil sangat ni!" jerkah Nina sebelum melarikan diri ke dalam biliknya.
YOU ARE READING
𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞
Romance26 Januari 2020. Hari yang penuh bersejarah hitam bagi diri Shanina. Hatinya bagai digiris pisau yang tajam dan dia sendiri tidak tahu apa tujuannya untuk hidup di muka bumi tuhan ini. Jikalau bunuh diri itu bukanlah dosa yang besar, pastinya dia...