Akhirnya Nina tamat pengajian di Universiti itu. Tarikh pernikahannya juga sudah semakin hampir. Segala persiapan dari segi pakaian, hantaran, makanan, dan sebagainya telah siap disediakan oleh mereka.
"Tak sabar saya nak jadi suami awak minggu depan." ujar Zafran.
"Samalah saya pun taksabar nak jadi isteri awak." balas Nina kepada Zafran.
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, pada 12/12/2022, tarikh di mana mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka. Nina sudah siap didandan dan cantik memakai baju bersanding mereka. Nina pada hari itu tidak makan kerana dia sedikit gementar untuk majlisnya pada hari ini.
Pada pukul 12 tengah hari, mereka sudah diijabkabulkan di masjid berdekatan. Mereka sudah sah bergelar sebagai seorang suami isteri. Kini tibalah waktu untuk persandingan mereka.
Nina masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya kepada baju sanding. Dia masuk ke dalam bilik dan menukarnya. Belum sempat dia mahu menyarung baju, seseorang telah menariknya ke atas katil dan menutup pintu.
"Harini kau dah jadi bini orang. Bagilah aku rasa kau untuk kali terakhir." ucap seseorang itu.
"Kau siapa hah? Lepaskan aku!! Atau aku jerit!" ujar Nina.
"Kau tak kenal aku?" lelaki itu menunjukkan wajahnya disebalik mask hitam.
"Danny!! Macam mana kau boleh ada dekat sini?! Lepaskan aku la!!" jerit Nina.
Danny menutup mulut Nina dengan menggunakan tangannya.
"Aku dekat sini, tak ada urusannya dengan kau. Aku dah lama tahu rumah kau. Dan kau takkan boleh lari dari aku. Kalau aku takdapat kau, tak ada siapa akan dapat kau. Kau faham tak ni?" bisik Danny lagi.
Nina menggigit tangan Danny dan Danny meraung kesakitan. Nina ingin melarikan diri namun Danny dengan segera menariknya semula ke atas katil dan menampar wajah gadis itu.
"Berani kau ya! Sini aku ajar kau!" ucap Danny keras.
Danny meraba buah dada milik Nina sebelum menyelak kain milik Nina. Dia mencium leher Nina sambil menutup mulut Nina dengan menggunakan tangannya.
Dommmm! Pintu ditendang dari luar.
"Woii !! Kau buat apa nii !!" jerit Zafran. Zafran segera mendapatkan Nina yang sudah separa bogel.
Alif segera menangkap Danny, dia memegang leher bajunya Danny dan terus memberikan sebiji penumbuk kepadanya.
"Berani kau buat macam-macam dekat adik aku ya?!" jerkah Alif kepada Danny.
Alif segera menelefon pihak polis atau lebih tepat lagi tempat kerjanya untuk menangkap si pelaku durjana ini.
Tidak lama kemudian, pihak polis datang dan menangkap Danny. Mujur saja rumah masih belum ramai orang yang datang, jadi tidaklah sukar untuk mereka menjawab persoalan daripada orang-orang yang melihatnya.
"Sayang.. sayang sakit ke? Sayang okay ke?" soal Zafran kepada Nina yang kelihatannya sudah pucat.
Nina menganggukkan kepalanya sebelum dia jatuh pengsan. Zafran dengan bimbang terus meminta Alif dan ahli keluarganya untuk menelefon doktor peribadi mereka.
Setelah doktor tersebut memeriksa dan melihat Nina, doktor itu menjelaskan bahawa Nina gastrik dan perutnya kosong. Itu yang menyebabkan dia pengsan. Oh ya, mana tidaknya, dari malam tadi Nina belum makan.
Setelah itu, majlis persandingan mereka dibatalkan pada hari itu dan diganti dengan hari esok.
YOU ARE READING
𝕾𝖊𝖝𝖞 𝖑𝖆𝖉𝖞
Romance26 Januari 2020. Hari yang penuh bersejarah hitam bagi diri Shanina. Hatinya bagai digiris pisau yang tajam dan dia sendiri tidak tahu apa tujuannya untuk hidup di muka bumi tuhan ini. Jikalau bunuh diri itu bukanlah dosa yang besar, pastinya dia...